Friday, October 14, 2011

Menteri buang dokumen


Seorang menteri Britain merah padam selepas gambarnya sedang membuang dokumen kerajaan ke dalam tong sampah di taman, tengah London disiarkan akhbar hari ini.

Menteri Dasar Kerajaan, Oliver Letwin, membuang dokumen berkaitan pendekatan kontroversi yang digunakan kerajaan ketika menyoal siasat suspek keganasan di St James Park, tidak begitu jauh dari pejabat Perdana Menteri, David Cameron di Downing Street, lapor Daily Mirror.

Akhbar tabloid itu menyiarkan gambar menteri berkenaan sedang bercakap menerusi telefon bimbitnya dan membuang dokumen berkenaan termasuk salah satu daripadanya menjelaskan bagaimana ketua risikan “gagal mendapatkan kebenaran” berkaitan pembabitan kerajaan dalam soal siasat.








.

2 Penyokong CHELSEA:

De'din on October 14, 2011 at 10:41 PM said...

banyak betul paparazi kat sana,,
nasib kat malaysia x macam tu kan :D

Adzrien Shoppe on October 14, 2011 at 11:21 PM said...

patut le keje tak siap... byk rasuah ni

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!