Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, MyKad baru itu dapat menangani isu pemalsuan MyKad serta masalah berkaitan kualiti dan ketahanannya terutama berkenaan kualiti cip yang sering dibangkitkan oleh sesetengah pihak.
"MyKad dengan struktur baru ini lebih berkualiti dan menepati ciri-ciri keselamatan, sesuai dengan peredaran waktu, keadaan dan cabaran pada masa depan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Semberong berkata demikian selepas menghadiri majlis pelancaran pengeluaran MyKad Satu Hari di JPN Kluang dan pengeluaran MyKad dengan strukur baru.
Hishammuddin berkata, MyKad baru itu diperbuat daripada bahan polycarbonate yang lebih tahan serta mengaplikasikan teknologi turisan laser pada permukaan kad.
.
6 Penyokong CHELSEA:
whoa! nak g buat myKad baru lah..heee..
bagus lah dipertingkatkan....
tak ya bayar kan?
harap ia nya lebih safety utk kebaikan kita bersama..
adoi laa baru je tukar mykad sbb dompet hilang aritu. dah la kene bayar 110. tibe2 plak nak tukar lain.
free ka tukar ni?
Post a Comment