Monday, October 17, 2011

Semua insan layak mengecapi bahagia


“Saya bersyukur impian insan cacat seperti saya menimang cahaya mata kini menjadi kenyataan. Hanya Allah saja yang mengetahui betapa bertuah dan gembiranya hati ini.
“Rasa rendah diri kerana cacat sebelum ini kini semakin terhakis dengan kehadiran anak lelaki yang akan menyerikan lagi rumah tangga yang dibina Mei tahun lalu,” kata Mohd Khairi Othman, 35, orang kelainan upaya (OKU) tanpa kedua-dua belah tangan dan kaki sejak dilahirkan.

Mohd Khairi yang terkenal dengan kegigihan mengusahakan ternakan ikan air tawar sangkar di Sungai Pahang, di sini, sejak lebih 10 tahun lalu, mendirikan rumah tangga dengan Zaleha Mohd Nafis, 37, dan mereka kini menetap Kampung Tanjung Pulai, dekat sini.
Katanya, sejak isterinya disahkan mengandung perasaan gembira mula terbit di hatinya terutama untuk membuktikan kepada masyarakat insan cacat sepertinya masih berpeluang melayari kehidupan berkeluarga dengan sempurna.

Katanya, tidak dinafikan perasaan bimbang anak yang bakal dilahirkan mengalami nasib sama dengannya setiap hari membuatkan selepas solat dia berdoa semoga Allah dapat membantu.

“Sepanjang isteri mengandung, sebanyak tiga kali proses imbasan dilakukan bagi mengetahui jantina seterusnya keadaan anak yang bakal lahir, saya berpuas hati kerjasama yang diberikan pihak Hospital Pekan dan Pusat Kesihatan Paloh Hinai, di sini, begitu membanggakan.

“Saya yakin pegawai perubatan yang melakukan pemeriksaan memahami perasaan saya, mereka memberi sokongan dan motivasi kepada saya supaya terus berdoa hinggalah imbasan kali ketiga dilakukan saya dapat melihat anak dalam keadaan normal,” katanya kepada Harian Metro, di sini, semalam.

Beliau berkata, walaupun saiz anak lelakinya agak kecil dengan berat 2.49 kilogram, dia bersyukur proses kelahiran di wad bersalin Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Selasa lalu berjalan lancar tanpa sebarang masalah pada kedua-dua insan disayanginya itu.




.

4 Penyokong CHELSEA:

MizzTina on October 17, 2011 at 10:23 AM said...

Allah maha besar.. =)

Anonymous said...

Subhanallah..

Ce'gu JAERA on October 17, 2011 at 11:32 AM said...

syukur alhamdulillah.. akhirnya mengecap kebahagiaan seperti insan yang lain.. Allah Maha Pemurah

Hanis Azla on October 17, 2011 at 11:51 AM said...

Alhamdulillah.. tumpang seronok melihat kebahagiaannya..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!