Saturday, October 1, 2011

Takde macam tu...


Kementerian Pelajaran tidak pernah mengeluarkan sebarang garis panduan atau arahan kepada Jabatan Pelajaran Negeri untuk melarang pelajar yang dianggap lemah daripada menduduki peperiksaan bagi mengelak prestasi sekolah terjejas.

Timbalan Menterinya Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, menjadi tanggungjawab semua warga pendidik di setiap sekolah untuk memastikan pelajar dapat mencapai keputusan yang terbaik.
Beliau berkata pihak yang melarang pelajar daripada menduduki peperiksaan tidak akan terlepas daripada tindakan kerana kementerian akan menjalankan siasatan secara terperinci.

"Jangan cari helah, pelajar itu pelajar ini tidak boleh ambil peperiksaan, kerana siasatan kita merangkumi temubual dengan mangsa atau pelajar tersebut dan apabila dijalankan secara rapi, akhirnya akan terbongkar dan kita akan perolehi rumusannya,” katanya.



P/S - Gambar sekadar hiasan..








.

2 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on October 1, 2011 at 10:17 AM said...

mendidik manusia lebih susah kerana ia berbeza dari segi keupayaan, latar belakang keluarga dan persekitarannya...

Ce'gu JAERA on October 1, 2011 at 10:37 AM said...

iya memang patut KPM ambil tindakan segera terhadap seklah2 yang tdk bettanggungjawab.....

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!