Saturday, October 1, 2011

Mangsa kedua, meninggal dunia..


Seorang warga Indonesia yang cedera parah akibat terjatuh dari kren semasa menjalankan kerja mengecat bangunan di Kompleks Dataran Pahlawan di sini semalam, meninggal dunia hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Supt Muhammad Koey Abdullah yang dihubungi Bernama berkata mangsa yang dikenali sebagai Sutrisno, 34, meninggal dunia kira-kira pukul 6 pagi tadi di Hospital Melaka di sini.


Dalam kejadian pukul 10 pagi semalam, seorang warga Indonesia, Tasmikin, 24, terbunuh manakala rakannya parah selepas terjatuh dari kren yang dinaiki bagi menjalankan kerja mengecat bangunan apabila tiang kren itu patah.




P/S - Berita terdahulu [klik sini]







.

3 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on October 1, 2011 at 11:10 AM said...

kesian... gara2 kealpaan majikan, para pekerja yang menjadi mangsa.. patutnya majikan perlu memeriksa dan menyelenggara segala mesin2 dan kenderaan yang boleh mendatangkan mudarat kepada para pekerja...

Admin on October 1, 2011 at 11:20 AM said...

semoga tiada lagi kejadian seperti ini terjadi d negara kita..tetapi bak kata pepatah malang tidak berbau kan

pinky_liscious on October 1, 2011 at 11:33 AM said...

kesian..takziah...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!