Seorang lelaki yang bakal melangsungkan perkahwinan bulan depan, maut apabila kenderaan yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Sarawak, berhampiran Jambatan Satok di sini, malam tadi.
Mangsa, Zulramond Roslan, 34, yang berasal dari Kampung Kudei Tengah dikatakan memandu kereta Perodua Viva berwarna hitam dan singgah mengisi minyak di sebuah stesen berdekatan tempat kejadian.
Sejurus mengisi minyak, dia dilihat memecut kereta dengan laju ke arah sungai kira-kira pukul 10 malam.
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat lemas dan mayatnya dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk bedah siasat.
Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mun Kock Keong berkata, pihaknya masih melakukan siasatan terhadap kes itu sama ada kemalangan atau cubaan membunuh diri.
"Kita masih siasat kes tersebut dan pada masa ini kita klasifikasi sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Difahamkan sebelum kejadian, terdapat saksi yang melihat mangsa memandu ke arah sungai terbabit bersama seorang individu di sebelah tempat duduk pemandu.
Bagaimanapun, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) yang melakukan operasi mencari dan menyelamat menemui mayat mangsa sahaja.
Tunang mangsa, Nuramani Indra, 19, dari Kampung Empila, Samarahan yang masih terkejut dengan kejadian itu tidak menyangka khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada Zulramond pada pukul 9.44 malam tadi yang bertulis 'kelak2 kita jumpa lagi' adalah yang terakhir daripada arwah.
Katanya, kali terakhir dia menemui arwah petang semalam ketika masing-masing mahu pulang kerja dan ketika itu, Zulramond memberi pelbagai barangan peribadinya termasuk satu keping doa Qunut dan Ayat 1000 Dinar untuk disimpan.
"Arwah juga ada bercerita, dia sering diganggu mimpi sejak minggu lalu apabila didatangi arwah neneknya yang melambai-lambai ke arahnya, namun dia tidak berkelakuan pelik," katanya di rumah arwah di Kampung Kudei Tengah di sini.
Sementara itu, ibu arwah, Siti Zubaidah Napiah, 58, berkata, anaknya tidak menunjukkan sikap yang aneh kecuali banyak mendiamkan diri sejak semalam sebelum mereka sekeluarga dikejutkan dengan kejadian tersebut pada pukul 11 malam tadi.
Makan sambil tengok Twilight Breaking Dawn
.
1 Penyokong CHELSEA:
kesian kan. Harapan tak kesampaian.. al-Fatihah buat arwah
Post a Comment