MAJLIS perkahwinannya mencetuskan kontroversi kerana dikatakan bernilai RM15 juta. Bertambah kecoh apabila lelaki yang menjadi suaminya adalah seseorang yang tidak diketahui identitinya dan ini sekaligus menjadi punca kepada merebak spekulasi demi spekulasi.
Tambahan pula apabila mengetahui penyanyi ini menerima hantaran mewah iaitu sebuah rumah banglo, sebiji kereta yang bernilai jutaan ringgit dan beberapa barang mewah menimbulkan tanda tanya – dengan siapa dia berkahwin sebenarnya atau ia hanyalah kisah di alam khayalan?
Ada yang berkata bahawa wanita bernama Nursyella Kamaruddin atau Syella ingin menunjuk-tunjuk kekayaannya kepada masyarakat sekeliling. Maka kebanyakan yang dibuat sebelum ini adalah ‘propa’ (menipu) atau sengaja membesar-besarkan cerita.
Maklumlah sebelum ini dia hidup serba sederhana dengan menyara keluarga menerusi jualan nasi lemak secara kecil-kecilan selain menjalankan perniagaan butik perkahwinan.
Atas apa alasan yang mendorong penyanyi Menangis Dalam Hujan boleh tergamak untuk bermegah-megah sebegitu?
“Sebenarnya, tidak timbul soal ingin menunjuk-nunjuk kemewahan di sini sebab apa yang dilakukan ini untuk berkongsi tentang cerita perkahwinan saya kepada semua orang. Tak ada niat pun nak buat orang dengki apabila saya dedahkan apa jenis hantaran yang diterima.
“Orang di luar tak tahu bagaimana susah payah saya bertungkus lumus untuk memperbaiki kehidupan keluarga selama ini. Bila tersebar gambar itu, orang cakap Syella ‘propa’ dan berlebih-lebih pula? Apa ni?
“Buat apa saya nak bohong dan Syella tak akan buat majlis perkahwinan mewah kalau tak mampu. Syella kumpul duit sendiri dan buktikan bahawa artis juga mampu untuk buat majlis perkahwinan tanpa sebarang penaja,” katanya dalam perbualan pada petang Jumaat lalu.
Anak bekas pemain ragbi Polis Diraja Malaysia (PDRM) ini juga kesal apabila penyebaran gambar dia bersanding seorang diri tanpa pengantin lelaki di majlis perkahwinan yang berlangsung di Flat Sri Cheras, Kuala Lumpur pada minggu lalu, dijadikan isu besar.
“Sebenarnya, majlis perkahwinan di situ adalah kali keempat Syella bersanding selepas bersanding di tiga lokasi berasingan di sekitar Kuala Lumpur. Kebetulan majlis itu bersanding bersama adik Syella iaitu Effa dengan suaminya, Firdaus. Jadi kami bersanding bersama-sama sekali lagi.
“Teruk sangat ke Syella sampai orang cakap Syella syok sendiri bersanding atas pelamin seorang-seorang? Majlis itu dibuat untuk beritahu pada semua orang yang Syella dah bersuami dan kami dah bernikah sejak awal bulan September lalu,” katanya berterus-terang.
Ditanya siapakah gerangan suami Syella? Wanita ini bertegas: “Dia orang biasa-biasa saja. Saya tak akan dedahkan identiti dia walaupun didesak oleh banyak pihak. Biarkan mereka nak cakap apa-apa pun sebab ini adalah pendirian tetap saya.”
Mengulas kebenaran sama ada teman hidup wanita berusia 26 tahun ini dari kalangan orang kenamaan (VVIP), Syella enggan menjawabnya.
“Saya tak nak cakap sebab bimbang nanti orang cakap saya berlagak pula. Sudah-sudahlah apa orang berkata tentang saya yang tak menyanyi dan berlakon tak ada apa-apa pun.
“Apa yang saya nak cakap bahawa kehidupan saya sekarang adalah kerana rezeki sebagai seorang anak yang telah banyak berkorban untuk keluarga sendiri,” katanya.
P/S - JOM MAIN MASAK-MASAK
.
6 Penyokong CHELSEA:
konfius ag dgn cter ni sbnrnya..
klu tak nak bgtau siapa suaminya, buat apa nak heboh2 majlis persandingan?? confius gak ni...
nampak sgt nak menunjuk nunjuk
sangat pelik. Tujuan kenduri kahwen nak war-warkan perkahwinan. Ini buat grand-grand tapi taknak bagitau pasangannya siapa. Jin kot? ekeke....
ntah pape je...dah kawen tapi taknak kenal kan suami...pelik kan???jgn lah nak rahsiakan sampai mcm tu skali...kang jd mcm pelakon eja..dah 10 tahun kawen baru nak kenal kan suami..tu pun disebabkan dia dah mengandung...
ANGAU KOT~ TAKDE PUN GAMBAR NIKAH. LG SATU KALAU TAK NAK MENUNJUK-NUNJUK KENAPA BERSANDING SAMPAI 4 KALI??? TAK KE RIAK TU??? HAHAHAHAH
PEREMPUAN NI GILA NAK BERLAKI AGAKNYA!!!! BODOH!
MINAH P.R.O.P.A !
Post a Comment