Sunday, November 13, 2011

DAH PINJAM SILA BAYAR BALIK


Seramai 69,573 pelajar yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diperintah supaya membayar balik pinjaman mereka oleh mahkamah sehingga Oktober lalu.

Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamad Said, berkata jumlah itu antara 104,083 peminjam yang disaman kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.

"Tindakan mahkamah ini terpaksa dilakukan setelah pelajar terbabit gagal membayar balik pinjaman walaupun selepas dihubungi dan diberikan peringatan berkali-kali oleh PTPTN," katanya selepas menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Kerdau hari ini.
Ismail, yang juga Ahli Parlimen Kuala Krau, berkata sehingga September lalu, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34 peratus berbanding RM6.2 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 8,143 pelajar yang disenarai hitam Jabatan Imigresen membayar balik pinjaman mereka membabitkan kutipan kira-kira RM146 juta.

Katanya, jumlah itu masih rendah berbanding 132,801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Sementara itu, beliau berkata, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kini mencecah RM456.02 juta membabitkan 1.03 juta penyimpan sehingga 30 September lalu.








.

1 Penyokong CHELSEA:

shida on November 13, 2011 at 9:05 AM said...

ahaks...tu lah..
baik bayar balik kankankan?
nt kat akhirat susah..dah xleh bayo...~~

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!