Wednesday, November 30, 2011

Didier Drogba akan tinggalkan Chelsea FC


Didier Drogba hampir pasti untuk meninggalkan Chelsea selepas pemain itu menolak tawaran lanjutan kontrak bersama skuad Blues selama 12 bulan.
Kontrak luma-yan bernilai 120,000 pound (RM591,000) seminggu yang sedang dinikmati oleh penyerang Ivory Coast berusia 33 akan tamat musim ini.

Bagaimanapun, Drogba dijangka menghabiskan baki kontraknya itu dan kemudiannya menjadi ejen percuma bagi membuka laluan kepadanya untuk berhijrah ke Rusia atau Qatar.
Ejen Drogba, Thierno Seydi yang berpangkalan di Senegal malam kelmarin mendakwa: "Didier telah ditawarkan Chelsea lanjutan kontrak setahun.

"Namun ia tidak menarik minat kami.
"Kami tahu apa yang kami inginkan, di mana kami mahu pergi dan apa tawaran yang kami miliki.
"AC Milan cuba meminjam Didier dengan opsyen untuk membeli tetapi saya terus mengatakan 'tidak' terhadap tawaran tersebut.

"Pada usia Didier sekarang, tiada apa lagi yang perlu dia buktikan sebagai seorang pemain.
"Dia akan pergi ke mana sahaja yang mana menawarkan pendapatan paling banyak.
"Jadi ia mungkin Amerika Syarikat, Rusia, Qatar atau mana-mana di Asia.
"LA Galaxy, Anzhi Makhachkala adalah antara kemungkinannya.
"Bagaimanapun, tiada lagi tawaran diterima daripada mereka."

Drogba dibawa ke Stamford Bridge dari Marseille oleh Jose Mourinho dengan harga perpindahan 24 juta pound (RM118.2 juta) pada 2004 dan telah meledak 146 gol selama tujuh tahun bersama Chelsea.



P/S - Kena siapkan diri untuk kehilangan Drogba.. Walaupun sejak kebelakangan ni prestasi Drogba agak menurun, rasanya sejak Torres ada, maybe drogba terasa dia bukan lagi bintang di chelsea, namun, drogba bagi lulu sebagai peminat chelsea adalah antara legend yang banyak menyumbang kepada zaman kegemilangan chelsea.. Semoga dia sukses dalam apa jua pilihan kerjayanya selepas ni..









.

3 Penyokong CHELSEA:

Kumbang Jingga on November 30, 2011 at 8:01 AM said...

torres tak bagus

Ce'gu JAERA on November 30, 2011 at 8:09 AM said...

Alalala.. Sedihnya baca kisah ni.. Betul tu.. saya pun adalah peminat setia Drogba semasa dia di bawah Maurinho dulu...

Masih ingat lagi kehebatannya ketika berganding dengan Hernan Crespo yang meledak banyak gol sekaligus mengejutkan 3 gergasi utama masa tu eMyU, Arsengal dan Liverfool...

Dia adalah pemain legend yang telah melonjakkan nama Chelsea setaraf dengan kelab2 hebat masa kini..

Dahlah Chelsea kehilangan Anelka, kini giliran Drogba plak... Torres tu sebenarnya ayam mati dalam skuad the Blues... Buang karan jak.. Tak pasal2 kena belasah Liverfool 0-2 pagi tadi.. ekeke

Unknown on November 30, 2011 at 10:20 AM said...

adoi...klu drogba kuar aku pun mau kuar team juga la cik lulu...huhu...villas boas mmg x boleh handle chelsea....sokong team ghimau n barca ja la pasni..... :(

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!