Thursday, November 24, 2011

Evie, 3, mati apabila kabinet televisyen jatuh menghempapnya ketika bermain di rumah datuk dan nenek


Seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun mati apabila kabinet televisyen datuk dan neneknya jatuh mengenainya ketika dia sedang bermain. Evie Caragher telah berayun pada pintu perabot marma apabila kabinet itu runtuh.

Dia yang mengalami kecederaan kepala, maut dalam kemalangan yang menyebabkan 'hentakan kuat' yang telah didengar oleh ibu bapanya di luar di taman.
Laura dan Brendan Caragher bergegas ke bilik di tingkat atas dan mendapati anak perempuan mereka ditindih oleh kabinet kayu.

Mereka cuba untuk menyedarkan kembali anak perempuan mereka dan bergegas ke hospital, tetapi dia meninggal dunia pada awal pagi berikutnya. Semalam inkues diberitahu bahawa dia telah menonton televisyen dan bermain-main dengan kanak-kanak lain di dalam bilik di tingkat atas, rumah bandar datuk dan neneknya di Regency di Cheltenham, Gloucestershire.

  
Puan Caragher berkata dalam satu kenyataan yang telah dibacakan kepada sidang mahkamah: "Kami baru saja selesai makan tengah hari Ahad. 'Evie dengan kanak-kanak lain bermain dalam rumah dan semua orang dewasa duduk di taman apabila saya mendengar hentakan itu.

'Saya berlari ke bilik di mana anak saya ditindih oleh kabinet TV di atas lantai. Saya mengangkat kabinet itu dan Evie adalah di bawahnya.
Ambulans dipanggil manakala abangnya Dom cuba memberi bantuan pernafasan mulut-ke-mulut pada anak saudara beliau.

menurut ibu kanak-kanak malang itu, 'Dia tiada reaksi dan matanya terbuka..'

'Ambulan tiba dan paramedik memberitahu kami agar Evie harus terus dibawa ke Hospital. '

Paramedik membawa Evie ke Hospital Besar Cheltenham sebelum beliau dipindahkan ke Hospital Frenchay di Bristol.
Pakar bedah melakukan satu pembedahan untuk melegakan tekanan pada otak Evie pukul 7 malam tetapi kecederaan itu - termasuk patah di sebelah kiri tengkorak itu - terlalu teruk dan dia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pemulihan.

Tidak lama kemudian, ibu bapanya telah diberitahu dia mati otak dan Evie telah dipindahkan ke Hospital Royal Bristol untuk Kanak-kanak untuk kawan-kawan dan keluarga untuk mengucapkan selamat tinggal. Dia meninggal dunia pada jam 4.30 pagi berikut.

Timbalan Koroner David Dooley membaca laporan bedah siasat oleh pakar patologi Dr Craig Platt yang memberi punca kematian sebagai 'kecederaan kepala dan pnuemonia aspirasi'.







.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!