Pengurusan artis ternama Korea, YG Entertainment melarang girlband atau group muzik wanita baru mereka menjalani pembedahan plastik. Seperti diberitakan, akhbar tempatan berhasil menggali lebih dalam mengenai group muzik wanita YG Entertainment yang akan memulakan debutnya tahun depan.
YG Entertainment mengakui, mereka telah menambah syarat ke dalam kontrak, iaitu melarang personel group muzik wanita baru ini menjalani pembedahan plastik.
“Group muzik wanita yang baru ini terdiri dari anggota yang tidak pernah menjalani pembedahan plastik. Mereka juga setuju dengan syarat tidak menjalani pembedahan plastik di masa depan dalam kontrak mereka dengan CEO, Yang Hyun Suk. Kontrak ini dibuat kerana kami fokus mencipta group muzik wanita yang menekankan kecantikan semulajadi,” ujar YG Entertainment kepada OSEN.
YG Entertainment optimis boleh menghasilkan group muzik wanita yang menarik tanpa harus melakukan pembedahan plastik. Meskipun demikian, belum dapat dipastikan jumlah ahlil group muzik wanita baru ini.
“Group muzik wanita baru yang akan menemui peminat pada tahun depan ini akan memiliki sekitar 5-7 anggota. Seluruh anggota belum muktamad. Oleh kerana itu mereka sangat bersemangat untuk bersaing antara satu sama lain,” ujar YG Entertainment kepada Star News.
Seperti diketahui, tidak ramai selebriti Korea yang mahu mengaku pernah melakukan pembedahan pada wajah. Hanya sedikit di antara mereka yang pernah mengakui menjalani pembedahan plastik, iaitu pelakon Kim Hyun Joong dan Hwang Jung Eum.
Kualiti yang paling baik untuk seorang lelaki dimata seorang wanita ;)
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment