Telefon pintar keluaran Apple Inc. (Apple), iPhone 4S, yang dilancarkan pada 4 Oktober lalu menjadi carian paling diminati oleh pelayar Internet menerusi enjin pencari Google di negara ini bulan lalu.
Perkara itu disahkan Google Malaysia melalui hasil keputusan Google Zeitgeist berdasarkan terma pencarian tertinggi pada bulan itu di laman web www.google.com.my.
Google Malaysia berkata, pencarian mengenai pengasas Apple, Steve Jobs, 56, yang meninggal dunia baru-baru ini akibat penyakit barah pula menduduki tempat kedua.
Ia diikuti oleh filem Real Steel lakonan Hugh Jackman yang berkisar mengenai sukan tinju di tempat ketiga.
Menurut kenyataan itu, pencarian maklumat berkaitan Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri baru-baru ini menduduki tempat keempat manakala sebuah filem khas mengenai mangsa culik di Jepun, Junko Furuta, 17, yang didera oleh empat orang budak selama 44 hari berada di tempat kelima.
Kisah Muammar Gaddafi yang dibunuh di tempat kelahirannya di Sirte, Libya turut mendapat perhatian pengguna Internet di negara ini apabila menduduki tempat keenam tertinggi dalam carian Google.
.
2 Penyokong CHELSEA:
ohhh...carta google rupanya
bestnya klu dpt iphone 4s tu.. he..he..
Post a Comment