Friday, November 4, 2011

Peragut dicekup orang awam

Seorang lelaki yang cuba melarikan diri selepas meragut beg tangan seorang wanita di Pasar Sri Setia di sini, dicekup oleh orang awam selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah motosikal lain.
Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa yang berusia lewat 20-an sedang berjalan di sebatang lorong di tepi pasar berkenaan sambil mengendong bayinya apabila suspek yang menunggang motosikal dari arah belakangnya meragut beg tangannya.

Namun, peragut berumur 20-an itu gagal mengawal motosikal lalu merempuh motosikal lain dari arah belakang menyebabkan suspek terjatuh dan melarikan diri meninggalkan motosikalnya.
Suspek kemudian dikejar para peniaga pasar berkenaan sebelum ditangkap dan dibelasah di depan deretan kedai berhampiran pasar.

Anggota polis dari Balai Polis Sungei Way, yang berdekatan lokasi kejadian, tiba beberapa minit kemudian untuk menahan suspek dan membawanya ke balai polis.
Mangsa dan anaknya pula tidak cedera.

Peniaga jagung, Saidi Maskor, 36, ketika ditemui berkata, kes ragut membabitkan mangsa wanita sudah beberapa kali berlaku di kawasan pasar berkenaan memandangkan ia menjadi tumpuan orang ramai.
"Biasanya, peragut menjadikan wanita yang berjalan sendirian di lorong tepi pasar ini sebagai mangsa. Kejadian ini bukan kes pertama berlaku di sini," katanya.
Sementara itu, jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.










.

1 Penyokong CHELSEA:

Ca'Oi_Bartowski on November 4, 2011 at 10:56 AM said...

Pernah sekali merasa tangkap peragut... Rasa mcm hero pulak...hehee


Follow sudah, komen sudah, klik iklan pun sudah...
Jom singgah sini pulak... =D

http://takbest.blogspot.com/2011/11/apple-macbook-air-percuma.html

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!