Sunday, November 6, 2011

Rumah hangus menjelang Aidiladha


Kegembiraan seorang ibu tunggal untuk menyambut Hari Raya Aidiladha bersama adiknya di Rawang, Selangor, kira-kira 400 kilometer dari sini, berakhir apabila rumahnya di Taman Bersatu, Kuala Kedah di sini hangus dijilat api petang kelmarin.

Ketika kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Maslina Wong Abdullah, 55, sibuk menyiapkan ketupat dan lemang untuk juadah Hari Raya Aidiladha di rumah adiknya di Rawang.
Menurut Maslina, dia hampir pengsan apabila diberitahu oleh salah seorang anaknya tentang kejadian itu dan terpaksa bergegas pulang ke rumah sewanya itu walaupun baru sahaja tiba di Rawang.

"Saya sedih melihat semua barang di dalam rumah hangus termasuk wang simpanan sebanyak RM1,000 dan sebuah motosikal jenis Honda EX5 yang diletakkan dalam rumah itu," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.
Ketika kejadian anaknya, Mohd. Mahadi Abdul Mutalib, 25, keluar membeli makanan di restoran berhampiran.

"Saya tidak tahu apa puncanya kerana sebelum saya bertolak ke Rawang pada malam Khanis lalu, saya telah tutup semua suis elektrik termasuk di peti ais selain tidak benarkan anak saya memasak," ujarnya lagi.
Menurut Maslina, dia kini tinggal sehelai sepinggang dan mungkin terpaksa menumpang sementara di rumah anaknya yang terletak tidak jauh dari rumah sewanya itu.

"Selain rumah saya, dua buah rumah yang terletak bersebelahan rumah saya turut terbakar. Bagaimanapun ia tidak teruk kerana api sempat dikawal oleh anggota bomba," jelasnya.
Dalam pada itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Raja di sini memberitahu, pihaknya masih menyiasat kerugian dan punca kejadian kebakaran yang melibatkan tiga buah rumah itu.









.

2 Penyokong CHELSEA:

Rohaizam Rosli on November 6, 2011 at 12:56 PM said...

Haah... sedih sgt bila dgr berita nih... yela pakat masing2 nak beraya kan... nak wat cmne... dah takdir, Allah nak menguji diorg... udahan diorg tabah,...


Jom usha sini... kamu telah ditag...

http://nyuting88.blogspot.com/2011/11/saya-mmg-gila-korea.html

nurkaloi on November 6, 2011 at 1:41 PM said...

dugaan besar bagi dia sekeluarga

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!