Pesi Santos, 40, maut akibat cedera parah di badan dan tangan selepas ditetak.
Pemangku Ketua Polis Daerah, Asisten Supritendan Bong Kuet Khiun berkata, isteri mangsa, Normah Ali, 39, parah di kepala akibat ditetak dan kini dirawat di unit rawatan rapi Hospital Lahad Datu.
"Polis percaya kejadian berpunca daripada tindakan mangsa yang sebelum itu bertengkar dengan jirannya berhubung kehilangan barang seperti kasut dan baju," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Kuet Khiun berkata, polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu pukul 8.30 pagi.
Setibanya di rumah itu, katanya, mangsa ditemui berlumuran darah di bilik manakala isterinya berjaya menyelamatkan diri dan meminta pertolongan.
Katanya, suspek melarikan diri selepas kejadian itu.
Tambahnya, polis belum menemui senjata tajam yang digunakan dalam kejadian tersebut.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment