Friday, November 18, 2011

Tidak sempat kongsi kejayaan



Seorang murid Sekolah Kebangsaan (SK) Bertam Indah di sini terkilan tidak sempat berkongsi kejayaan mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 dengan bapanya yang terbunuh dalam satu kemalangan jalan raya petang semalam.
Nur Hazwani Rosaidi, 12, hanya mampu memegang slip keputusan UPSR yang disampaikan Pengarah Pelajaran negeri, Ahmad Tarmizi Kamaruddin di sisi jenazah bapanya, Rosaidi Awang Kechik, 41, di rumahnya di Taman Paya Keladi di sini.

Menurut Nur Hazwani, bapanya yang bertugas sebagai pegawai bank di Pulau Pinang beria-ia memohon cuti untuk menemaninya ke sekolah mengambil keputusan UPSR hari ini.
“Bapa juga bercadang membawa kami sekeluarga melancong semasa cuti sekolah ini sebagai hadiah sekiranya saya berjaya mendapat 5A.

“Memang sedih sangat apabila bapa tak sempat nak tengok keputusan ini. Saya berjanji untuk belajar bersungguh-sungguh selepas ini,” kata anak ketiga daripada enam adik beradik itu.
Menurut murid itu, bapanya meninggal dunia ketika pulang dari tempat kerja kira-kira pukul 7.30 malam semalam apabila motosikal ditungganginya melanggar sebuah lori yang sedang membuat pusingan U di Butterworth.

Dalam pada itu, seorang lagi calon yang mendapat 5A, Azwin Nurain Aidi Kharsana dari SK Ara Rendang berkata, mimpi bertemu bapanya semalam yang mengucapkan tahniah kerana mendapat 5A akhirnya menjadi kenyataan.
“Abah berjanji mahu memberi hadiah sekiranya saya berjaya mendapat 5A, tetapi itu semua tinggal kenangan,” ujarnya.
Bapanya, Aidi Kharsana Ahmad @ Mat Noor, 38, terbunuh selepas mereka sekeluarga terlibat dalam kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Tapah, Perak ketika pulang berhari raya dari Pontian, Johor, 8 November lalu.

Ibunya, Mukrimah Hamzah cedera parah dan masih dirawat di Hospital Pakar KPJ dekat sini manakala adik bongsunya, Muhammad Mukhriz, 3, patah kaki.











.

2 Penyokong CHELSEA:

Hanis Azla on November 18, 2011 at 9:44 AM said...

sedihnya.. semoga arwah tenang di sana.. semoga anak2 yg tinggal terus berjaya dlm pelajaran dan kehidupan kita..

Ce'gu JAERA on November 18, 2011 at 2:16 PM said...

terkedu baca... kejyaan yang tidak dapat dikongsikan bersama2 ayah yang kembali ke Rahmatullah.. semoga anak2 ini akan cekal dengan hidup

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!