Akibat memberi laluan kepada ambulans di persimpangan lampu isyarat, seorang pegawai bank dan isterinya nyaris maut apabila kereta mereka dirempuh kenderaan lain di Gong Kapas dekat sini, hari ini.
Kejadian berlaku pukul 11.30 pagi ketika mangsa, Mohd. Haslin Ibrahim, 34, dalam perjalanan dari arah Kampung Paloh dekat sini untuk menghantar isterinya, Salina Salleh, 31, ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kuala Terengganu.
Salina ketika ditemui berkata, kereta Proton Waja yang dipandu suaminya itu berhenti di lorong paling kanan kerana lampu isyarat merah sebelum sebuah ambulans muncul dari arah belakang sambil membunyikan siren.
Ketika itu, katanya, suaminya segera membelok ke kiri untuk memberi laluan namun tiba-tiba, sebuah kereta Perodua MyVi dari sebelah kiri terus melanggar kereta pasangan itu.
"Kereta kami kemudian terbabas sehingga merempuh sebuah Proton Wira di arah bertentangan yang turut berhenti kerana lampu isyarat merah, sementara MyVi berkenaan melanggar tiang lampu isyarat," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana kesemua mangsa yang terlibat tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan siren kecemasan sama ada ambulans, polis atau bomba.
"Pemandu harus berwaspada dengan siren kecemasan tidak kira ambulans atau bomba bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini," katanya.
.
8 Penyokong CHELSEA:
aduh!..nasib tiada nyawa yang melayang...nie akibatnya tidak berwaspada...
bahaya betulla. kena jaga2 drive nie. bulan puasa mmg mcm byk kemalangan jer. org tak fokus kot memandu di bulan puasa nie...
tkut nye klo jd gni
siannye..nk membantu beri laluan,dia plak yg kne
ya betul, nasib tak ada kemalangan jiwa berlaku
kadang2 pemandu kereta ambulans ni pun satu hal.. nak cepat tapi macam nak menyondol kereta orang depan je.. sabar2la.. bukan kitaorang tak bagi laluan pun.. ini nak cepat sampai kereta orang lain pulak yang eksiden
nasib baik tak ada apa2 berlaku
walaupun kita dah berhati-hati tapi kita tak tau apa akan jadi.. macam kisah dalam entry ni..
Post a Comment