KETUA kumpulan Secret, Hyosung dilaporkan mengalami kecederaan teruk di kedua-dua belah kakinya selepas terjatuh tangga baru-baru ini.
Menurut agensi TS Entertainment, kejadian malang itu berlaku semasa Hyosung keluar dari bilik persalinan untuk menjalani sesi latihan.
"Akibatnya, tulang rawan pada lutut kiri Hyosung terkoyak manakala tulang kaki kanannya retak.
"Kedua-dua kaki Hyosung kemudiannya disimen dan dia perlu menjalani rawatan sekurang-kurangnya selama empat minggu.
"Itu apa yang telah diberitahu oleh pihak hospital," kata agensi tersebut.
Pada hari kejadian, Hyosung dijadual menyertai acara Hallyu Expo yang menyaksikan dia hadir sebagai duta program tersebut.
Kemalangan yang menimpa penyanyi ini juga telah menyebabkan pihak agensi membuat keputusan untuk membatalkan kehadiran Hyosung dalam Majlis Anugerah Muzik Melon 2011.
"Kecederaan yang dialami Hyosung merupakan sesuatu yang tidak dapat dielakkan, kami akan susun semula jadualnya.
"Buat masa sekarang, dia perlu memberi perhatian pada rawatan yang diberikan," katanya.
Ubati HATI yang luka...
.
3 Penyokong CHELSEA:
lulu minat korea! :)
kesian2... rehat bebanyak2 laaa.. ngeh3
jom baca kejap=)
http://lolz-l.blogspot.com/2011/11/pandai-sangat-dah-kan.html
Kesiannya idol adik saya ni. :<
Post a Comment