Monday, December 19, 2011

Bunuh Artis Korea?


Jun lalu, dunia hiburan Korea dikejutkan dengan kematian penyanyi Lee Eun Mi. Vokalis utama girlband ini mati secara tragis kerana 65 tusukan di bahagian perut dan kepala. Dia dibunuh oleh mantan kekasihnya, Cho.

Peristiwa itu terjadi saat penyanyi itu dalam perjalanan pulang ke rumah. Di tengah perjalanannya, Lee Eun Mi bertemu mantan kekasihnya. Lelaki itu mahu kembali pada Lee Eun Mi dan siap memperbaiki hubungan mereka. Namun, Eun Mi menolaknya. Terjadilah pertengkaran di antara dua orang tersebut.

"Setelah diberitahu bahawa hubungan mereka sudah berakhir, Cho (tertuduh) meminta untuk bertemu dengan mangsa untuk memperbaiki hubungan. Kata-kata yang dia dengar membuatnya malu dan membuatnya sakit hati. Dan dia pun membunuh dengan cara yang mengerikan," tulis pernyataan pengadilan seperti dipetik dari Allkpop.

Setelah melakukan penyelidikan dan persidangan, akhirnya kes ini diputuskan di pengadilan. Pengadilan pada awalnya menjatuhkan hukuman 20 tahun penjara kepada tertuduh. Namun, setelah pembunuh tersebut menunjukkan penyesalannya, maka hukumannya dikurangkan tiga tahun.

"Dengan mempertimbangkan fakta bahawa dia menunjukkan penyesalan atas tindakannya dan telah memberikan wang sebesar US$10 ribu kepada keluarga si mati. Kita menjatuhkan hukuman selama 17 tahun penjara," ungkap perwakilan pengadilan.

Ketika ditangkap, Cho mengaku bersalah. Dia mengakui melakukan hal tersebut kerana Eun Mi telah memiliki lelaki lain. Dan dia tidak dapat terima kenyataan tersebut.









.

5 Penyokong CHELSEA:

Bunga Ros on December 19, 2011 at 9:55 PM said...

Kesian kt artis tu, memang ajal dh tiba agaknya.. :')

Beckhrooy on December 19, 2011 at 9:58 PM said...

Ornag korea memang 'baik'

Fahmi Piruz on December 19, 2011 at 11:11 PM said...

aduhh..Sia-sia je hidup mcm tu. -,-''

Chqrliey sqyonqrq on January 17, 2012 at 1:16 PM said...

tu lh manusiakan..
nax nax laky,,,
low ptoz cnta jep nk pukol lh,,bunoh lh.
npe lh sengal sgt..kn amai lg pmpuan at dunia ney

Chqrliey sqyonqrq on January 17, 2012 at 1:23 PM said...

2 lahh lumrah hidop..
cinta x kmana x..

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!