Pekerja swasta, Hidayu Abdullah, 25, merayu orang ramai agar tampil memberi maklumat berhubung kedudukan ibu bapa kandungnya yang telah berpisah dengan dia sejak lahir. Katanya, sudah pelbagai usaha telah dilakukan bersama keluarga angkat untuk menjejak mereka berdua termasuk menemui saudara-mara dan jiran tetangga pasangan berasal dari Muar, Johor itu namun gagal.
"Semasa saya berumur 12 tahun, saya dikhabarkan ibu saya sakit tenat, namun tiada khabar berita dari mereka selepas itu.
"Anak mana yang tidak mahu menatap wajah ibu bapa kandung mereka? Saya sememangnya berazam berbuat demikian sejak dahulu lagi.
"Lebih-lebih lagi apabila saya kini akan melangsungkan perkahwinan tahun depan. Kehadiran mereka merupakan saat yang paling menggembirakan saya," katanyai.
Jelas Hidayu, dia hanya memiliki sekeping kad pengenalan lama ibunya, Siti Hawa Mohamad yang diperolehnya semasa membuat MyKad 13, tahun lalu. Gadis yang membesar di Kajang, Selangor itu juga merayu kepada bapa, Abdullah atau sesiapa mengenalinya supaya mewalikan perkahwinannya pada akhir Januari tahun depan.
"Segala persiapan perkahwinan semuanya sudah dibuat dan tetamu juga sudah dijemput. Tetapi saya bimbang sekiranya tiada wali, majlis ini akan terjejas," ujarnya.
Orang ramai yang mengenali ibubapanya dan mempunyai maklumat berhubung pasangan itu boleh menghubungi Hidayu 017-6203597.
.
0 Penyokong CHELSEA:
Post a Comment