Friday, December 30, 2011

Indahnya Hotel Ais


Tidur di atas katil yang diperbuat daripada ais memberi satu pengalaman unik kepada setiap pengunjung yang menginginkan kelainan ketika bercuti.

Hotel of Ice yang terletak berhampiran tasik glasier Balea di kawasan Pergunungan Fagaras menawarkan pengalaman dan suasana 'sejuk beku' apabila hampir keseluruhan struktur binaannya dihasilkan daripada ais.

Pengunjung turut berpeluang menggunakan kemudahan lain seperti restoran dan bar yang menyediakan gelas dan meja diperbuat daripada ais.

Setiap kali tiba musim sejuk sejak 2005, hotel unik tersebut akan dibina semula untuk menampilkan kelainan menggunakan bahan-bahan semula jadi.

Tukang ukir tempatan bertanggungjawab mengukir bongkah-bongkah ais besar untuk membina dan meninggikan dinding hotel tersebut.

Hotel yang mempunyai antara 10 hingga 14 bilik itu terletak pada altitud 2,034 meter.

Namun, bukan semua pengunjung dapat bertahan menginap di hotel tersebut kerana suhu di dalamnya dicatatkan serendah -4 darjah Celcius, walaupun selimut tebal disediakan.

Hotel of Ice merupakan hotel pertama seumpamanya di Timur Eropah dan pengunjung perlu menggunakan perkhidmatan kereta kabel untuk sampai ke sana.










.

3 Penyokong CHELSEA:

Qil_Zawawi on December 30, 2011 at 1:16 PM said...

unik nyer...makin maju :)

Tunsha Ayunie on December 30, 2011 at 2:59 PM said...

alangkah best kalau malaysia juga ade tempat begini.. haha

Anonymous said...

kat sini kalau hujan lebat pun kekadang x tahan sejuknya...huhu

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!