Thursday, December 22, 2011

Datuk AC Mizal?


Pengacara dan usahawan AC Mizal, 41, mengesahkan penerimaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk bersempena sambutan hari keputeraan Sultan Pahang Sultan Haji Ahmad Shah ke-81 pada Khamis.
Pengesahan AC itu sekaligus menepis pelbagai spekulasi yang mempertikaikan pengurniaan tersebut sebelum ini.

Menjawab tentang isu gelaran Datuk itu, AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, berkata surat pengurniaan berkenaan sebenarnya sudah diterimanya sejak sambutan ulang tahun keputeraan baginda yang ke-79 lagi.

Bagaimanapun, upacara pengurniaan kepadanya itu tertangguh kerana dia perlu mengikut giliran senarai penerima darjah kebesaran itu sebelum ini sehingga mencetuskan pertikaian di kalangan orang ramai.
"Pada hari ini (Rabu) saya baru sahaja terlibat dengan sesi latihan untuk upacara penganugerahan Datuk bersempena ulang tahun keputeraan baginda Sultan Pahang yang ke-81.
"Saya berharap dengan pengurniaan Datuk pada hari ini (Khamis) akan menjawab segala kekeliruan yang tercetus sebelum ini," katanya.

AC Mizal ditemui pada sidang media majlis pelancaran laman sosial pertama Malaysia, mface di Hotel Doubletree by Hilton, di sini, malam Rabu.









.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on December 22, 2011 at 12:47 PM said...

apa pun, tahniah la datuk,.. lepas ni bole jual gelang banyak2,.. ahaha

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!