Mahkamah Tinggi semalam mengarahkan seorang lelaki Perancis menjauhkan diri sementara daripada Kristen Dunst selepas dia berulang kali menulis surat dan sanggup terbang dari Perancis ke Los Angeles semata-mata untuk bertemu aktres itu.
Hakim Carol Boas Goodson mengarahkan Jean Christophe Prudhon dari Dijon, Perancis tidak mendekati pelakon filem Spiderman itu dalam jarak sembilan meter.
Surat lelaki itu yang disertakan dalam petisyen yang dikemukakan Dunst menyatakan, dia menjual rumahnya di Perancis supaya dapat terus bertemu pelakon itu.
Prudhon menghantar lebih 50 surat kepada Dunst yang tidak membalas sebarang surat berkenaan.
Ibu pelakon itu, Inez Dunst dalam surat sumpahnya berkata, dia menjadi bimbang apabila Prudhon datang ke rumah mereka untuk bertemu anaknya minggu lepas.
.
1 Penyokong CHELSEA:
payah gak ble glamer ni kn.hmmm...
Post a Comment