Wednesday, December 14, 2011

Fizo Omar bakal diisytihar muflis?


Pelakon popular, Fizo Omar terkejut apabila namanya digunakan sebagai penjamin bagi pinjaman RM8 juta dilakukan sebuah syarikat percetakan dan dirinya kini diburu bank supaya membayar pinjaman lebih RM2.5 juta yang gagal dibayar syarikat itu.

Fizo berkata, beliau pernah bekerja sebagai pengarah di syarikat itu selama setahun dan berhenti pada akhir 2008, menyedari dirinya menjadi mangsa penganiayaan itu selepas dihubungi beberapa kali oleh pegawai bank yang menuntut bayaran itu, sejak akhir tahun lalu.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkannya tertekan kerana kesalahan tidak dilakukannya itu turut menyekatnya keluar dari negara ini.

“Saya tidak mengetahui apa-apa mengenai pinjaman RM8 juta dibuat syarikat itu kerana selepas berhenti kerja, saya menjadi pelakon sepenuh masa.

“Saya percaya ada pihak menggunakan nama saya sebagai penjamin dan perkara ini tidak sepatutnya berlaku sebab ia membabitkan jumlah pinjaman besar, malah saya sendiri tidak mampu membayarnya,” katanya di Wangsa Maju, semalam.

Beliau turut ditemani Pengerusi Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat.

Katanya, beliau sudah membuat aduan kepada SukaGuam untuk meneliti kes itu, sebelum tindakan susulan dilakukan.
“Saya tidak pernah menerima sebarang dokumen berhubung pinjaman bank berkenaan dan tidak pernah menurunkan tanda tangan kepada sebarang dokumen berkaitan,” katanya.

Sementara itu, Khairul Anwar berkata, pihaknya akan berjumpa pengurusan bank berkenaan dalam masa terdekat untuk menyiasat secara terperinci kejadian menimpa pelakon itu.










.

5 Penyokong CHELSEA:

Adzrien Shoppe on December 14, 2011 at 8:06 AM said...

kesiannya dia..

Hudalatip on December 14, 2011 at 8:18 AM said...

la..kesiannya...

Dyla Zaman on December 14, 2011 at 9:46 AM said...

Kesian Fizo Omar Dyla ni.. heheh.. pasan jee.. @~@

Nour Eyza on December 14, 2011 at 9:46 AM said...

kesiannya la Fizo.. baru jumpa..huuuu

bicara mak dara on December 14, 2011 at 10:51 AM said...

kes naya ni.. kesiannn dia

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!