Tuesday, December 13, 2011

Jangan Guna Minyak Masak Lebih Dari Sekali


Pusat Racun Negara memberi amaran bahawa minyak masak yang digunakan berulang kali boleh menyebabkan hipertensi, merosakkan hati dan meningkatkan risiko kanser.
Pakar runding Pusat Racun Negara, Dr T.Jayabalan berkata, minyak masak tidak sepatutnya digunakan lebih dari sekali.

"Apabila digunakan berulang kali, tahap kelikatan hidrokarbon di dalam minyak masak meningkat dan menyebabkan salur arteri tersumbat, hipertensi dan merosakkan hati.
"Kebanyakan pengguna tidak membuang minyak yang telah digunakan. Mereka menyimpannya di dalam bekas untuk digunakan sekali lagi sebelum dibuang" katanya.

Pertubuhan Kajian dan Pembangunan Kualiti Makanan Universiti Kebangsaan Malaysia, Unipeq Sdn Bhd yang menjalankan ujian ke atas 19 jenama minyak masak mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati apabila menggunakan minyak masak dalam bungkusan 1 kilogram.

"Berdasarkan piawaian yang ditetapkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia, minyak masak itu tidak sihat," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Siti Noor Baiyah Abdul Malek.













.

7 Penyokong CHELSEA:

maszull on December 14, 2011 at 12:23 AM said...

assalamualaikum Lulu...wah mcm ni kena lah gunakn sekali jer kn...nice info...:)

Ce'gu JAERA on December 14, 2011 at 12:27 AM said...

huhuhu.. nak bagitau emak cepat2 ni.. mak saya kalau goreng ikan salu pakai minyak yang da terpakai... uwaaaaa

syuha zulkifli on December 14, 2011 at 1:04 AM said...

Ohh kena warning makkkkkk!

Adzrien Shoppe on December 14, 2011 at 7:46 AM said...

nak jimat tapi penyakit yg datang

mumui on December 14, 2011 at 8:29 AM said...

ya,,, cam yg lecture kiteorg ckp.. minyak yg diguba banyak lagi boleh menyebabkan kanser... pastu minyak yg selalu dibuka tutup juga sama... sebab mengalami pengoksidaan...

Al-Ustazah Smkts on December 14, 2011 at 3:13 PM said...

Time kasih krn berkongsi..minta izin share kat blog,akan backlink ...tengaa

Anonymous said...

huhu....percaya ke? tak buat kajian dulu ke, tak pernah dengar pun kes sakit sebab minyak selama 34 tahun aku hidup ni,ni mesti geng org kaya membazir reta je pandai.

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!