Friday, December 9, 2011

GAYA STREET, KOTA KINABALU

INI ADALAH BAHAGIAN 2 PERCUTIAN DI KOTA KINABALU









Mengunjungi Kota Kinabalu, adalah tidak lengkap jika tidak berkunjung ke Gaya Street (sunday market).. Terletak tidak jauh dari hotel tempat lulu menginap, Tang Dynasty, tempat ni penuh sesak dengan orang ramai dan kereta.. Nak cari parking sangat lah sukar.. Namun bila berjaya mengunjungi tempat ini, bolehlah kita shooping sepuas-puasnya..












Pelbagai barang kraftangan dan bermacam-macam benda lagi ada terjual disini.. Daripada hasil kerja tangan, makanan, hinggalah kepada makanan dan minuman.. Pakaian dan alat tradisional, beg tangan.. semuanya ada disini..






Dengan terik mentari, berpeluh juga melalui setiap gerai yang ada.. Dan pelbagai reaksi pengunjung kita akan lihat disini..






Memandangkan krismas akan menjelma tidak lama lagi, gelagat seorang lelaki dengan anjingnya yang 'berpakaian' kostum krismas (menurutnya) berlegar-legar di gaya street ini begitu menarik perhatian.. Terasa kesian dengan anjing itu, namun terselit rasa kagum juga disitu, kerana anjing itu kelihatan selesa dalam keadaan begitu..


















 

Di beberapa gerai juga terdapat fridge magnet dan key chain yang menjadi 'kegilaan' ramai.. Dan yang bestnya, ianya dijual dengan harga yang murah.. Berbanding tempat yang lulu pernah pergi, biasanya 1 FM saja boleh mencecah RM9-RM15, namun disini dengan kualiti dan hasil yang menakjubkan, alaaaa RM10 boleh dapat 3 tau.. Terfikir juga masa tu nak buat giveaway, nak beli dengan banyak.. Namun niat itu terpadam sebab budget kena dioptimakan.. Banyak tempat lagi nak pergi wuwuwu.. Love Sabah.. :)



Jika ketempat ini, tidak sah jika tidak merasa makanan jajan yang selalu menjadi perbualan.. Lulu kurang arif mengenai namanya.. Namun, rasanya saja sudah cukup menambat hati.. Sekali rasa memang nak lagi.. Haa kat sini memang sukar nak cover budget..ekeke..












Ada beberapa hasil jualan lain yang juga menarik perhatian lulu.. Siyes, disini memang sangat berbeza jika dibandingkan dengan 'Petaling Street'.. Lulu benar-benar terpikat dengan hasil kerja tangan ayaman beg tangan.. Harga dia agak mahal juga, (tak berjaya merembat walau satu pun..huhu), namun sangat kreatif.. Ada pelbagai saiz dan warna..









Susah nak diceritakan satu persatu.. namun semoga gambar-gambar yang lulu selitkan, berjaya menambat hati korang.. jangan lupa singgah kesini jika berkunjung ke Kota Kinabalu....




BAHAGIAN 1 DISINI













.

6 Penyokong CHELSEA:

Tie HT on December 9, 2011 at 6:41 PM said...

kuih tu sedap kan..best nye jln2 kt sabah :)

Anonymous said...

js slalu lepak sini on sunday..mmg best mcm2 ada..dulu la..hehe

Syafiq Ahadin on December 9, 2011 at 6:53 PM said...

thanks Lulu!! silalah tambah lagi!!!!! hehe! teruskan promote sabah. Heeeeeeee~~

Cik Purple on December 9, 2011 at 9:12 PM said...

nama kuih yg bulan sabit tuh.. bhasa sini panggil kekara, tu daerah kami.. yg lain taktau pulak.. yang bulat2 tuh kuih cincin.. ;) hihi.. sedap tu~ kuih febret cp.ngeee~~ =)

precious cla on December 9, 2011 at 10:57 PM said...

about that anjing sy sllu nampak setiap perayaan dgn style nya yg mmg cute !

Unknown on December 9, 2011 at 11:48 PM said...

lulu duk otel apa?murah x

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!