Saturday, December 31, 2011

Kembali kepangkuan


Kepulangan sensasi Thierry Henry ke pangkuan Arsenal mungkin dapat disaksikan apabila kelab London itu menentang Fulham, Isnin ini.

Gunners dijangka bakal menandatangani perjanjian dengan pemegang rekod penjaring terbanyak kelab itu secara rasmi, Ahad ini sebaik pasaran perpindahan dibuka.

Perbincangan lanjut telah berlangsung kelmarin dan usaha bagi menyaksikan kepulangan penyerang Perancis itu bakal menjadi realiti pada usianya yang mencecah 34 tahun.

Keinginan bos Arsenal, Arsene Wenger untuk membawa pulang Henry sekurang-kurangnya selama enam minggu semakin memuncak setelah menyaksikan persembahan tidak bermaya anak-anak buahnya yang sekadar seri 1-1 dengan Wolves di tempat sendiri, kelmarin.

Gunners bakal membayar 70,000 pound (RM343,646) seminggu untuk khidmat Henry, dan menyelesaikan polisi insurans dalam usaha memuaskan hati kelab yang diwakili pemain itu, New York Red Bulls.

New York tidak akan memulakan musim mereka sehingga 11 Mac depan.

Perjanjian serupa turut dilakukan antara LA Galaxy dan AC Milan bagi mendapatkan bekas kapten England, David Beckham pada musim 2008/09.

Henry yang sudah memulakan latihan bersama Gunners, memiliki rekod cemerlang menentang Fulham, dengan sembilan kemenangan dan seri 11 perlawanan. Dia dijangka menyarung jersi No. 12.

Sementara itu, pertahanan Arsenal, Per Mertesacker turut menggesa Wenger mendapatkan penyerang Jerman, Lukas Podolski.


Gunners sememangnya mengikuti perkembangan penyerang Cologneitu yang dianggarkan bernilai 15 juta pound (RM73.7 juta).

Mertesacker, rakan sepasukan Podolski dalam skuad Jerman, berkata: "Dia merupakan seorang penyerang yang bagus. Kaki kirinya amat luar biasa."








.

0 Penyokong CHELSEA:

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!