Wednesday, December 14, 2011

Lagi kes seumpamanya


Sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang disiarkan semalam di China menunjukkan usaha menyelamat seorang kanak-kanak perempuan yang dilanggar sebuah kereta.
Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak berusia lima tahun itu duduk di tengah sebatang jalan raya di sini.

Ibu kanak-kanak itu cuba untuk memaksanya berjalan ke sebuah tadika tetapi anaknya itu enggan dan duduk di tengah-tengah jalan raya.
Justeru, ibunya berjalan dengan meninggalkan kanak-kanak berkenaan.
Dia menganggap kanak-kanak itu akan mengikutinya.
Namun, sebuah kereta berwarna hitam membelok dan bergerak ke arah kanak-kanak itu.
Kereta tersebut kemudian melanggar kanak-kanak berkenaan.


Ibu kanak-kanak itu dan pemandu kereta berkenaan serta orang ramai bergegas untuk menyelamatkan si mangsa.
Seramai 16 orang membantu untuk mengangkat kereta berkenaan bagi menyelamatkan kanak-kanak tersebut yang terperangkap di bawah kenderaan itu.
Kanak-kanak itu dihantar ke sebuah hospital dan dilaporkan hanya mengalami cedera ringan.









.

2 Penyokong CHELSEA:

aReLaN on December 14, 2011 at 8:05 PM said...

masih ada sifat kemanusiaan kt china rupanya.hmmm

Ce'gu JAERA on December 15, 2011 at 3:23 AM said...

aduinaa.. teringat palk kisah kanak2 yang d China tempoh hari yang kena langgar tanpa sapa dtg menolong..
tapi kes ni org ramai tergesa2 plak nak dtg membantu.. baguslah kan...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!