Wednesday, December 14, 2011

Bila kahwin tanpa restu


Artis Shandy Aulia yang dilamar oleh David Herbawo sudah melangsungkan perkahwinan mereka secara rahsia di Bali, tahun lalu.
Bagaimanapun, perkahwinan itu berlangsung tanpa restu bapanya, Kiemas Yusuf Effendi.

Kiemas menegaskan dia tidak pernah tahu David sudah melamar anak perempuannya dan memutuskan untuk tidak menghadiri perkahwinan Shandy.
“Saya tidak menghadiri acara perkahwinan mereka. David tidak pernah berjumpa dengan saya bagi meminta izin untuk berkahwin dengan Shandy,” katanya sebagaimana dipetik daripada akhbar Cek & Ricek.

Selain itu, Kiemas juga tidak tahu bagaimana rupa menantunya itu kerana hingga saat ini, dia belum lagi bertemu dengan David.

“Sampai detik ini, saya tidak tahu siapa David dan bagaimana rupa parasnya,” katanya. David adalah jejaka berketurunan Cina yang berasal dari Jawa Timur dan anak lelaki kepada pemilik syarikat penerbitan buku ternama di Indonesia.

Shandy yang dilahirkan pada 23 Jun 1987 itu sebelum ini dikatakan akan berkahwin dengan Dave Laksono, anak lelaki Menkokesra Agung Laksono. Bagaimanapun, hubungan cinta mereka putus di tengah jalan tanpa sebab yang jelas.









.

2 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on December 15, 2011 at 3:21 AM said...

macam perkahwinan campur ja ni....

Katak Comel on December 13, 2012 at 9:57 AM said...

smmgnye restu ibu bapa itu pnting tuk sesebuah ikatan..tkot jgk nk kawen camni

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!