Wednesday, December 14, 2011

Lelaki dibelasah tidak sempat larikan diri selepas menyamun

Seorang suspek cedera dibelasah orang ramai kerana tidak sempat melarikan diri selepas menyamun seutas rantai emas di sebuah kedai emas di Pasar Batu Enam, Manir, dekat sini petang ini, disebabkan enjin keretanya tidak boleh dihidupkan.

Dalam kejadian pukul 2 petang itu, suspek berusia 30-an dari Pasir Putih, Kelantan, sebelum itu datang ke kedai emas berkenaan dan berpura-pura untuk membeli berang kemas.
Bagaimanapun, semasa seorang penjual wanita berusia 30 tahun menunjukkan seutas rantai leher berharga RM6,000 itu, suspek melarikan rantai tersebut lalu meluru masuk ke keretanya yang diletakkan bersebelahan kedai emas itu.

Suspek namun gagal menghidupkan enjin keretanya menyebabkan dia panik dan terus berlari keluar dan membuang rantai berkenaan di depan pintu sebuah kedai kasut berhampiran.
Menurut pemilik kedai emas itu, Sharifah Ayob, 32, ketika kejadian dia berada di dalam kedainya yang tiada pelanggan, sebelum tiba-tiba terkejut mendengar pekerjanya menjerit meminta tolong.

"Saya lihat lelaki berkenaan melarikan diri dan saya cuba mengejarnya namun apabila sampai dekat kereta suspek, saya terkejut apabila dia tiba-tiba membuang rantai yang disamun dan terus melarikan diri.
"Namun, dia sempat ditangkap oleh orang ramai berhampiran sekitar 500 meter dan dibelasah," katanya.









.

1 Penyokong CHELSEA:

Ce'gu JAERA on December 14, 2011 at 5:56 PM said...

padan mukaa... belasah dulu sampai koma sebelum hantar kat balai polis...

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!