Sebuah keluarga termasuk seorang warga emas nyaris maut apabila sebahagian ruang tamu, bilik tidur dan tandas tiba-tiba runtuh dalam kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Charu, Jalan Sungai Lembing di sini semalam.
Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, antara penghuni yang masih berada di dalam rumah itu ialah dua kanak-kanak bersama seorang dewasa manakala warga emas terbabit, Wan Mah Wan Ali, 70, tiada di rumah kerana mempunyai urusan di Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).
Menurut Taufik Mohd. Shafie, 11, dia pergi ke tandas pada pukul 9 pagi untuk membuang air kecil sebelum berasa sesuatu yang tidak kena dirumah tersebut.
Katanya, dia tidak mempedulikan telahan itu dan keluar bermain dengan adiknya, Nor Shafikah Hafizah sebelum menyedari hakisan tanah bermula di bilik tidur utama.
Tambahnya, dia kemudian bergegas berlari ke arah nenek yang baru tiba di rumah dan memaklumkan mengenai hakisan tanah sebelum warga emas itu mengejutkan bapanya, Mohd. Shafie Adam, 30, sedang tidur dalam bilik tersebut.
"Saya pergi ke belakang untuk melihat keadaan hakisan itu namun terkejut apabila melihat tandas bersama dua katil, televisyen serta perabot lain tiba-tiba hilang akibat tanah runtuh di belakang rumah ini," katanya ketika ditemui di Dewan Komuniti, Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR), di Kampung Panching di sini, hari ini.
Turut hadir melawat dan menghulurkan bantuan ihsan Parlimen Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panching Mohd. Zaili Besar.
Sementara itu Wan Mah berkata, akibat kejadian tersebut, dia berasa sedih kerana rumah yang didiami sejak 30 tahun lalu musnah sekelip mata.
Bagaimanapun, katanya, dia bersyukur kerana diberi tempat perlindungan sementara di dewan tersebut sebelum bercadang mencari rumah sewa lain.
.
2 Penyokong CHELSEA:
isk sedihla klo tetiba hilang rumah sekelip mata kan..harap ada yg sudi membantu~
assalamualaikum Lulu...kesian nyer mereka kn...:)
Post a Comment