Monday, December 19, 2011

Remaja maut, parah


Empat remaja maut manakala dua lagi rakan mereka parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki terbabas lalu terhumban ke dalam gaung di Kilometer 33.7, Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini semalam.
Dalam kemalangan ngeri pukul 5.30 petang itu, mangsa yang terbunuh ialah Ng Sin Yun, 17; Winnie Ng, 18; Tey Jia Xin, 17; dan Ching Hui Sean, 18.
Sin Yun mati di tempat kejadian, manakala Winnie Ng, Jia Xin dan Hui Sean meninggal dunia semasa mendapatkan rawatan di Hospital Kota Tinggi.

Pemandu kenderaan, Victor Ng Wee Tai, 17, iaitu adik Winnie Ng dan seorang lagi rakan mereka, Chin Shi Xuan, 17, cedera parah dan kini masing-masing menjalani rawatan lanjut di sebuah hospital swasta dan Hospital Sultan Ismail di Johor Bahru.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Che Mahazan Che Aik berkata, kemalangan itu berlaku kira-kira 300 meter dari satu selekoh sebelum persimpangan lampu isyarat Jalan Kulaijaya-Johor Bahru-Kota Tinggi.
Katanya, punca kemalangan itu dipercayai berlaku apabila Toyota Innova yang mereka naiki terbabas ke kiri jalan lalu merempuh pembahagi jalan dan papan tanda ketika melalui jalan tersebut.

"Hasil siasatan awal juga mendapati jalan licin ekoran hujan sejak kebelakangan ini dan siasatan lanjut sedang giat dijalankan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.









.

2 Penyokong CHELSEA:

Khumaera Ismail aka Mariam Ismail on December 19, 2011 at 9:43 AM said...

masyaAllah..teruknya kete.huhu~

Admin on December 19, 2011 at 10:16 AM said...

kereta macam kena gumpal..
na'uzubillah..

Latest Post:
1. Yang kau kahwin tu, kau pernah kahwin sebelum ni?
2. Lupakan cinta lama. Kau boleh?

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!