Monday, December 19, 2011

Kanak-kanak hilang


Seorang ibu bimbang kerana anak lelakinya yang berusia tujuh tahun hilang bersama seorang anak jirannya berusia lapan tahun ketika kedua-duanya bermain di bawah rumah mereka di Flat Padang Tembak di sini, Selasa lalu.

Difahamkan kanak-kanak tersebut, R. Dass, 7, dan seorang lagi yang hanya dikenali sebagai Chandran, 8, tidak pulang ke rumah selepas keluar bermain bersama-sama pukul 12 tengah hari.
Ibu Dass, Kasturi Arjunan, 33, berkata, anaknya keluar bersama tiga adik-beradik lain untuk bermain di bawah flat.
"Tiga beradik telah kembali ke rumah pukul 8 malam tetapi Dass tidak balik lagi dan saya ingat dia masih bermain.

"Saya menunggu anak saya sehingga lewat malam dan cuba mencarinya di rumah kawan dan di sekitar flat di sini tetapi tidak berjumpa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Berikutan kehilangan Dass, Kasturi yang mempunyai lima anak lagi berusia antara empat dan 11 tahun membuat laporan polis.
Kasturi memberitahu, Chandran yang merupakan anak kepada jirannya juga hilang ketika bermain dengan anaknya.

Sehubungan itu, dia berharap orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubunginya di talian 014-3089972 atau mana-mana balai polis berdekatan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng ketika dihubungi hari ini mengesahkan menerima laporan tersebut.
"Setakat ini masih belum ada sebarang maklumat diterima mengenai nasib kanak-kanak berkenaan dan polis meminta orang ramai tampil memberi bantuan," katanya.










.

2 Penyokong CHELSEA:

azu on December 19, 2011 at 11:26 AM said...

kes budak2 hilang ni makin kerap..riso betul!

Uji Hussein on December 19, 2011 at 12:03 PM said...

Selalu rasa risau bila tengok budak2 kecik tanpa pengawasan.Bila hilang, kan susah!

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!