Sunday, December 18, 2011

Samuel Eto'o digantung 15 perlawanan


Cameroon menggantung ketua pasukan, Samuel Eto'o untuk 15 perlawanan kelmarin dan penolong ketua pasukan, Eyong Enoh bagi dua perlawanan selepas kedua-duanya memujuk rakan sepasukan agar tidak berkunjung ke Algeria bagi aksi persahabatan bulan lalu.
"Samuel Eto'o, dengan peranannya sebagai ketua pasukan, menghasut rakan sepasukannya supaya menolak kunjungan ke Algeria.

"Maka (majlis tatatertib) memutuskan bahawa (dia) digantung selama 15 perlawanan daripada pasukan senior kebangsaan lelaki," kata Persekutuan Bola Sepak Cameroon dalam laman webnya www.fecafootonline.com.

Pemain Cameroon melancarkan mogok pada November lalu mendakwa, mereka tidak menerima wang yang dijanjikan bagi penampilan pada Kejohanan Empat Negara di Maghribi, hujung minggu terdahulu.
Persekutuan itu berkata, Eto'o, 30, Pemain Bola Sepak Terbaik Afrika empat kali, tidak mampu menjelaskan mengapa pemain enggan turun buat pasukan kebangsaan selepas Kementerian Sukan Algeria dan Cameroon menawarkan jalan keluar daripada krisis tersebut.










.

2 Penyokong CHELSEA:

FaKArePa!n on December 18, 2011 at 1:43 PM said...

pdan muka.. hahah

Admin on December 18, 2011 at 2:04 PM said...

ex player inter milan tu hehe

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!