Saturday, January 8, 2011

Dia sudah! Anda bila lagi....whoaa..


Salam...hai kawan-kawan (Wah budget kanak2 riang..ngee)
Seronoklah hari ni eh...
Cuti-cuti semalaysia...
Mesti kebanyakan korang takde masa nak layan blog...
Ceh ceh..dating yer...


Sedar-tak sedar dah setengah tahun join blog..
Memang banyak yang lulu belajar..
Tapi masih lagi banyaaakkk yang perlu dibelajar..
Huhu....Ada orang yang baru sebulan ada blog,
follower dah mencecah lebih ribu riban..
Tabik you..
Macam mana korang buat eh?


Tapi walaupun blog Lulu-Pages ni tak seberapa,
lulu dah boleh berbangga...
Sekurang-kurangnya PV harian cecah ribu riban...
Bangga...banggaa...
Semoga terus maju jaya......


Hari-hari update blog..
Tak sedar, orang femes dan join sekaki...
(Korang ada? *riak sekejap..)
Tengok kat atas tu...huhu...
Dan, lulu dah pernah terjoin segmen menarik beliau...
-Semoga terus maju jaya En. Ben..



P/S - Dan untuk yang belum join 2 kaki menjadi follower lulu, silalah berbuat demikian..



.

Hodgson tinggalkan Liverpool



Liverpool mengumumkan hari ini pengurus, Roy Hodgson telah meninggalkan kelab selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah pihak dan tempatnya digantikan dengan Kenny Dalglish menjelang perlawanan Piala FA menentang Manchester United esok

.

Ditawar jadi pelakon


Pengemis memiliki suara emas, Ted Williams kini ditawarkan untuk berlakon dalam filem terbitan pelakon dan pengarah terkenal, Jack Nicholson, lapor Entertainment Tonight kelmarin.
Tawaran itu adalah yang terbaru selepas dia tiba-tiba menjadi popular di Amerika Syarikat (AS) dan mendapat banyak tawaran untuk menggunakan suara emasnya dengan bayaran lumayan selepas satu klip video menunjukkan dia mengemis disiarkan di Internet.
Nasib Williams yang berusia 53 tahun itu berubah serta-merta selepas seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch merakamkan gelagat pengemis itu bercakap meminta bantuan dengan menggunakan suara emasnya di tepi jalan di Houston Street, Columbus, Ohio. Jurugambar itu kemudian menyebarkan rakamannya itu di Internet.
Semasa rakaman itu, pengemis itu meminta bantuan kewangan dengan tangannya memegang cebisan kotak mengandungi ayat yang memperkenalkan dirinya sebagai bekas juruhebah radio.
Dia kemudian bercakap seperti aksi deejay radio.
Williams kini menimbangkan tawaran untuk menjadi penyumbang suara bagi memberitahu perkembangan pasukan bola keranjang Cleveland Cavaliers dalam liga Bola Keranjang Nasional (NBA).
Dia juga ditawarkan untuk merakamkan iklan Kraft Macaroni & Cheese yang akan disiarkan di saluran Rangkaian Hiburan dan Sukan (ESPN) semasa perlawanan Fight Hunger Bowl pada perlawanan akan datang.
Ekoran penemuan pengemis bersuara emas itu, seorang ejen pencari bakat, Shane Cormier berkata, dia boleh menjadikan Williams jutawan kerana keunikan suaranya.
Menyentuh mengenai tawaran terbaru dalam bidang lakonan, Williams berkata: "Jack Nicholson telah menghubungi seorang ahli keluarga saya yang kebetulan berada di Columbus, Ohio. Mereka akan menerbitkan sebuah filem dengan Jack memainkan watak sebagai seorang deejay. Dia mahu saya berlakon bersamanya," kata Williams.
Berita tersebut didedahkan selepas Williams bertemu semula dengan ibunya, Julia Williams di New York untuk pertama kali selepas 20 tahun.
Dalam pertemuan yang penuh emosi itu, Julia yang berusia 90 tahun berkata: "Anak saya yang suka membazir akhirnya pulang ke rumah."
Pengemis itu turut berkata: "Saya sudah sampai di rumah. Saya pernah beritahu akan pulang pada tahun ini. Saya tidak kelihatan hebat. Tetapi saya sudah ada di rumah," kata Williams.
Kelmarin, dia merakamkan suaranya untuk program promosi penjenamaan terbitan stesen televisyen MSNBC.
Dia tinggal di jalanan pada 1993 selepas kehidupannya musnah akibat penyalahgunaan dadah dan alkohol.
Beberapa hari lalu, dia hidup di dalam sebuah khemah di tepi lebuh raya di Columbus.
Sebelum menjadi terkenal disebabkan klip video selama 90 saat di Twitter dan YouTube, Williams pernah ditahan di beberapa buah lokap di Ohio atas dakwaan jenayah seperti mencuri dan memiliki dadah.
Semasa diwawancara dalam rancangan televisyen Today, kelmarin, dia mengaku terlibat dalam jenayah untuk memenuhi keperluan ketagihan dadahnya.
Williams pernah menjadi juruhebah radio sebelum dia hilang pekerjaan kerana masalah ketagihan alkohol dan dadah.
Namun, dia kini tidak lagi mengambil dadah atau alkohol selama dua tahun.
Williams turut menyuarakan perasaan terkejutnya apabila banyak pihak memberi perhatian terhadapnya semasa dia muncul dalam program Today terbitan stesen televisyen NBC itu di New York.
"Amat memeranjatkan. Ia merupakan fenomena dan tidak mungkin saya pernah bayangkan semua perkara ini akan berlaku. Saya rasa seperti Susan Boyle atau Justin Bieber," katanya yang dipetik daripada akhbar Columbus Dispatch.
Susan Boyle, 49, menjadi terkenal di dunia kerana suaranya yang merdu semasa menyertai pertandingan bakat nyanyian Britain's Got Talent pada 2009.
Justin Bieber pula menjadi penyanyi amat popular masa kini walaupun dia kini berusia 16 tahun.
Mengulas mengenai pengajaran yang didapati semasa melayan golongan yang tidak berumah Williams berkata: "Jangan menilai manusia secara luarannya. Semua orang mempunyai kisah tersendiri."



.

Tanduk aneh tumbuh di kepala (Bukan untuk wanita mengandung)

Huang Yuanfan, seorang lelaki lanjut usia dari Ziyuan, China Selatan, menjadi perbincangan di dunia kesihatan. Datuk 84 tahun ini memiliki sebuah tanduk aneh berukuran tiga inci atau tujuh sentimeter.


Yuanfan bercerita, tanduk di kepalanya mulai tumbuh sejak dua tahun lalu. Sejak itu tanduknya terus tumbuh. "Saya cuba memotongnya tetapi ia terus tumbuh. Saya tidak dapat mengubahnya, makin besar," ujarnya.
Namun, tanduknya tak boleh tumbuh lebih tujuh sentimeter. "Doktor tidak mengetahui apa yang terjadi pada saya. Saya menyembunyikan tanduk dengan mengenakan topi tetapi takut akan kelihatan bila bertambah panjang," kata Yuanfan.


Mac lalu, seorang nenek di negara itu juga mengalami hal serupa. Zhang Ruifang, nenek 101 tahun, pertama kali menyedari ada tanduk sepanjang enam sentimeter di sisi kiri dahinya pada 2009. Dia pun merasa dahi sebelah kanannya juga mulai tumbuh tanduk.


Wanita berasal dari Linlou, China bahagian timur, itu menolak untuk memotong tanduknya. "Awalnya, saya tidak dapat tidur. Tetapi sekarang saya merasa biasa saja. Ramai orang yang datang membawa hadiah dan makanan hanya untuk mengambar tanduk saya."


Putra bungsu Zhang Guozheng, 60, mengatakan, dia dan lima saudaranya frustasi membujuk sang ibu bersedia menghilangkan tanduk di kepalanya. "Kami hanya berusaha agar tidak terlambat hingga tanduknya melekat selamanya di sana. Mungkin sudah menjadi takdirnya," ujarnya.


Diperkirakan, tanduk yang tumbuh di kedua kepala lansia asal China itu berasal dari keratin, substansi yang sama seperti kuku. Meskipun kulit tanduk hanya beberapa milimeter, pada beberapa orang pertumbuhan ini bisa mencapai beberapa sentimeter.




.

“Giveaway 2010 dari TiniHani.com”


Mari kita meriahkan GA dari TiniHani.com...
Hadiahnya pun menarik sebab tulisan dan gambar pada baju adalah
hasil jahitan beliau.....
Best kalau menang....
Untuk lebih lanjut, sila klik pada banner..


Kalau lulu menang, kat baju nak letak nama 'Meimei'
dan gambar muffin pada baju...
ehek...
(Semoga lulu menang)..


Hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut :
Pertama :  Felt Tshirt yang mempunya nama dan gambar pilihan anda
Kedua : Felt Tshirt yang mempunya nama pilihan anda
Ketiga : 3 buah ribbon brooch yang comel


Tarikh tutup : 14hb Jan 2011




.

Macam mana nak masak? Bila..


Jika sebelum ini orang ramai bimbang dengan kekurangan bekalan minyak masak di pasaran, kini pengguna terpaksa berhadapan kenaikan harga bawang yang meningkat antara RM2 hingga RM3 kepada RM6 sekilogram sejak dua minggu lalu.

Tinjauan Berita Harian di beberapa kedai runcit, pasar raya dan pasar basah di seluruh negara semalam mendapati pengguna turut menghadapi kesukaran mendapatkan minyak masak tetapi bahan itu tidak mengalami kenaikan harga.

Di SHAH ALAM, tinjauan di sebuah pasar raya pemborong terkemuka mendapati kebanyakan minyak masak botol lima kilogram (kg) berharga RM13.35 habis dijual dengan setiap pengguna dihadkan dua botol bagi setiap pembelian.

Bekalan bawang merah pula dilihat tinggal sedikit di dua pasar raya utama dengan sesetengah bawang sudah rosak selain dijual pada harga RM6.90 hingga RM7.99 sekilogram.

Di KOTA KINABALU, minyak masak paket 1kg pada harga RM2.75 masih boleh diperoleh di kebanyakan pasar raya dan kedai runcit, manakala harga bawang merah import pula berbeza dari satu kedai ke kedai lain, kebanyakannya dijual antara RM14 hingga RM17 sekilogram sejak sebulan lalu, berbanding antara RM3 hingga RM5 sekilogram sebelum ini.

Di PULAU PINANG, bekalan bawang di sekitar bandar raya ini berkurangan secara mendadak sejak beberapa minggu lalu sehingga menyebabkan peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga mencecah sekali ganda.

Di ALOR SETAR, bekalan minyak masak tidak mencukupi bagi menampung keperluan pengguna termasuk isi rumah, pengusaha kedai makan dan kantin sekolah sejak empat hari lalu berikutan penguncupan kuota jualan yang diterima daripada pengilang.

Di IPOH, tinjauan berhampiran Pasar Besar Ipoh mendapati harga bawang besar naik hampir 100 peratus manakala harga minyak masak (sawit tulen) kekal pada harga sama iaitu RM14.70 bagi botol 5kg.

Di JOHOR BAHRU, beberapa kedai sekitar Tampoi dan Larkin menjual bawang merah dari India pada harga RM7.50 sekilogram, manakala bawang besar dari China pada harga RM5 sekilogram.

Di KUALA TERENGGANU, Pengurus Besar Mydin, Malek Mahibob, berkata bekalan minyak masak kritikal sejak dua minggu lalu, manakala harga bawang merah meningkat kepada RM5.99 sekilogram berbanding RM3.59 sebelum ini dengan bawang besar dijual RM4.39 sekilogram.

Di SEREMBAN, beberapa kedai runcit dan pasar raya kekurangan minyak masak dan bawang dijual pada harga RM10 sekilogram.

Di MELAKA, selain bawang besar dijual antara RM6 hingga RM6.50 sekilogram dan dijangka terus meningkat, harga beberapa barangan lain seperti kicap dan cuka turut naik 20 sen, tetapi harga minyak masak kekal

Di KUANTAN, masalah bekalan minyak masak semakin reda apabila menerima bekalan pada purata lebih 100 tan sehari sejak seminggu lalu, namun tinjauan mendapati masih ada premis perniagaan tiada langsung bekalan bahan itu, manakala harga bawang merah pula naik antara enam hingga 30 peratus.

Di KUCHING, bekalan minyak masak bersubsidi di Sarawak dibimbangi memasuki tahap kritikal berikutan masalah bekalan yang gagal diterima pekedai, manakala bawang kecil naik sehingga RM13 sekilogram.

Di KOTA BHARU, tinjauan di sebuah pasar raya besar mendapati bekalan minyak masak berpaket hampir kehabisan.




.

jatuh dari tingkat 21


Seorang wanita warga emas terkejut apabila seorang lelaki yang ditegurnya kerana berdiri di tepi koridor tingkat 21 Rumah Pangsa Teluk Indah dekat sini akhirnya ditemui mati dipercayai terjatuh dari bangunan itu.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 3.35 petang semasa Janet Tan, (gambar) 56, yang berjalan pulang ke rumahnya di tingkat sama, terlihat seorang lelaki sedang termenung dalam keadaan resah sambil menghisap rokok.

Janet berkata, ketika itu dia menasihati lelaki berkenaan agar tidak berada di tepi koridor berkenaan kerana perbuatan itu membahayakan keselamatannya.

“Tapi teguran saya tidak diendahkan oleh lelaki berkenaan, sebaliknya dia hanya diam dan terus menghisap rokok dengan keadaannya seperti orang dalam kesusahan.

“Melihat sikapnya yang mencurigakan, saya menghubungi seorang penduduk lain memaklumkan perkara itu dan saya kemudian masuk ke dalam rumah,” ujarnya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian semalam.



.

Ular dikahwinkan?


Satu majlis perkahwinan di Kemboja menarik hampir 1,000 orang kerana pengantin lelaki dan perempuannya ialah ular.


Perkahwinan antara Chamreun, ular sawa betina peliharaan yang sepanjang 3.7 meter dan berat 91 kilogram dengan Krong Pich, ular sawa jantan itu dilangsungkan di Kampung Satu, wilayah Kandal, kira-kira 19 kilometer dari Pnom Penh.


“Kami mengadakan majlis perkahwinan untuk ular sawa itu kerana mahu mengusir perkara tidak baik dan membawa rahmat dan kebahagiaan kepada kampung kami,” kata pemilik Cmareun, Neth Vy, 41.


Tukang tilik percaya ular sawa itu adalah haiwan ajaib yang membawa kemakmuran dan keamanan kepada kampung itu dan penduduk mengambil keputusan untuk mengahwinkan mereka selepas seorang budak dipercayai disampuk baru-baru ini.


Majlis itu berlangsung selama dua jam dan berakhir selepas dua sami Buddha merestuinya sambil penduduk kampung menaburkan bunga ke atas mereka.


P/S - Geli weh...memalam entry pasal ular... Cuba tengok kat kaki yang terlunjur, atau bawah katil, kot ada ular...wahhh...lariii..




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!