Thursday, January 20, 2011

Cekik dan tarik rambut ibu..kerana NAK mainan?




Di China, kerana inginkan mainan, seorang kanak-kanak telah mencekik 
dan menarik rambut ibunya..



Tanpa menghiraukan orang ramai, 
kanak-kanak itu menangis dengan kuat
dan memujuk ibunya untuk membelikan mainan buatnya.




Ketika si ibu enggan dan tidak menghiraukannya,
kanak-kanak itu secara spontan telah mencekik dan menarik rambut ibunya..








Kesian si ibu......
Kecil-kecil lagi dah begini...
macam mana pula kalau dah dewasa nanti yer..




.

Dapat 'Hidu' Kejutan Suami


Aktres Umie Aida menerima kejutan sempena ulang tahun hari jadinya ke-38 oleh suami dan adiknya.
Majlis berkenaan disambut pada Selasa lalu di Restoran Tony Romas, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Namun begitu, Umie berkata dia dapat menghidu terlebih awal tentang majlis tersebut kerana suaminya, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak pandai ‘berlakon’.
Kek hari jadi Umie.
Bagaimanapun, Umie pada mulanya hanya menyangkakan suaminya mahu mengajaknya ke majlis makan malam biasa dan bukan majlis besar yang dihadiri seramai 60 orang itu.
Umie dengan suami tersayang, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan.
“Mereka sepatutnya menyambut majlis hari jadi saya pada malam 17 Januari lalu tetapi waktu itu saya tidak sihat. Jadi, mereka terpaksa menunda kepada malam 18 Januari lalu.

Antara rakan artis yang hadir. Dari kiri: Sofea Jane, Ziela Jalil, Vanidah Imran, Ning Baizura, Erra Fazira dan Noniswara.

“Saya dapat mengagak suami akan membuat sesuatu (kejutan hari jadi) pada malam itu apabila dia mengajak saya keluar tetapi dia berpakaian formal.

"Sedangkan biasanya kalau dia keluar bersiar-siar dengan saya pada waktu malam, dia hanya selesa mengenakan pakaian ringkas,” katanya. Artis yang hadir ialah kakaknya, Erma Fatima, Erra Fazira, Vanidah Imran, Rashidi Ishak, Ning Baizura, Sofea Jane, Ziela Jalil, Noniswara dan Maya Karin.

Bercerita tentang hadiah hari lahir pemberian suami, Umie berkata dia tidak menerima dan meminta apa-apa hadiah daripada suaminya.
“Saya tidak mengharapkan apa-apa hadiah. Yang penting suami memberikan kasih-sayang dan menghargai diri saya.

“Sempena ulang tahun ini, saya mendoakan agar diberikan rezeki anak,” ujarnya yang akan terlibat dengan penggambaran sebuah telefilem pada Februari ini.
Selepas selesai dengan pementasan teater Natrah, dia berehat seketika daripada berlakon dan bercuti ke Eropah bersama-sama suami.



.

Aku bukan single


Pemenang tempat pertama Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25), Anna Raffali (gambar) sudah mempunyai kekasih yang dikenalinya sebelum bergiat aktif dalam penulisan lagu.
Perkara itu disahkan sendiri oleh abangnya, Harris yang turut dimaklumkan oleh Ana mengenai hubungan istimewa tersebut.

“Saya tahu dia sedang berkawan dengan seseorang. Sebagai abang saya tidak kisah asalkan dia pandai jaga diri dan tidak leka," katanya ketika sama-sama menyertai Program Santai@Langkawi anjuran majalah pelancongan, Santai, di sini, baru-baru ini.
Menerusi program selama tiga hari itu, Ana telah bertemu peminat-peminatnya di sambil membuat beberapa persembahan.

Sementara itu Ana yang popular dengan lagu Tolong Ingatkan Aku memberitahu, walaupun sudah agak lama mengenali lelaki tersebut tetapi hubungan mereka masih pada peringkat masih mengenali hati budi masing-masing.

Katanya, lelaki itu memahami kerjayanya sebagai seorang artis serta menyokong setiap aktiviti seni yang dilakukan.
"Sehingga kini kami masih berkawan dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing. Dia faham kerjaya saya," katanya.

Sambil berseloroh Ana berkata, tidak salah mereka berkawan tetapi asalkan “jangan pegang-pegang”, merujuk kepada lagu popular duetnya dengan Sohaimi Meor, iaitu lagu Kalau Berpacaran.

Selepas memegang status juara AJL25, dengan menggondol wang tunai RM35,000, Ana berkata kehidupannya masih sama seperti dahulu tetapi berubah dari segi penghargaan daripada mereka yang meminati lagu dan muzik yang diperjuangkan.

"Mencipta lagu adalah minat saya, saya mahu karya saya dekat dengan jiwa mereka yang mendengarnya.
"Selepas menang AJL25 lebih ramai yang nak bergambar dengan saya dan sudi beli album. Peminat di Facebook juga bertambah," katanya yang bersyukur dengan perkembangan itu.




.

"Lulu Pages... Brings you the best from the air"


 
Salam....Ramai cuti hari ni..
Yang tak menyambut Thaipusam pun sibuk juga
nak holiday....merasa eh tidur sampai ke tengah hari? 
Apa tanya, sejak pagi tadi, blog sunyi sepi jer...
ngee...kantoi korang eh...


Bila sign in blog, sebentar tadi, 
lulu terkejut dengan komen dari entry ni..[KLIK SINI]
akmall merupakan follower baru lulu-pages..
wah komited bersama blog ni..




"Lulu Pages...Brings you the best from air"


Dan, atas kesetiaan akmall,
yeah, anda merupakan follower bertuah lulu....




Dan, entry ini akan melekat hingga malam nanti....
Whoaa...
(Dah lama tak buat entry 'Follower bertuah",
lulu yang excited...ekekeke)



P/S - JOM MERIAHKAN BLOG AKMALL..



.

Berusia 500 tahun dan akan dipamerkan di Internet..


Satu manuskrip antara naskhah al-Quran paling penting dan jarang dilihat di dunia akan dipamerkan di Internet, lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab suci tulisan tangan itu yang dianggarkan berusia sekitar 500 tahun, amat berharga dan rapuh sehinggakan para ilmuwan tidak dapat meletakkannya untuk dipamerkan.


Setiap helaian daripada 470 muka surat kitab itu yang berukuran 88x60 sentimeter, menyamai saiz skrin televisyen plasma besar dan ia disimpang di Perpustakaan John Rylands, Universiti Manchester, Britain.

Kini, pakar-pakar di perpustakaan berkenaan menggunakan teknologi digital untuk merakamkan setiap muka surat dan menyiarkan kitab suci itu di Internet bagi membolehkan para ilmuwan dan pelajar mengkajinya.
Kitab al-Quran itu dipercayai berasal dari perpustakaan Kansuh al-Ghuri, Kaherah, Mesir dan disimpan pada zaman dinastik terakhir Mamluk.


Ia dibeli oleh pihak pengurusan Perpustakaan John Rylands pada 1901 sebagai sebahagian daripada koleksi artifak Earls of Crawford.



.

Teringin timang anak


HAMPIR setahun berkahwin, rumah tangga penyampai Wanita Hari Ini (WHI), Siti Hasfizza Aswaty Sab Jahan (Fizza), masih belum diserikan dengan cahaya mata.
Akui Fizza, hidupnya dan suami sunyi tanpa kehadiran anak dan untuk mendapatkan cahaya mata diidamkan, dia sanggup memperlahankan karier yang diceburinya buat sementara waktu.

“Impian saya dan suami memang untuk mendapatkan anak dalam tempoh terdekat ini. Kalau dulu saya mengamalkan diet yang ketat untuk menjaga berat badan, kini saya pastikan mengambil makanan berkhasiat untuk membolehkan saya mengandung.

“Pihak Mayfair juga memberi kelonggaran kepada saya untuk tidak berdiet seperti dulu kerana mereka faham situasi saya mahu mendapatkan cahaya mata tahun ini,” katanya.

Jika masih belum mendapat anak selepas lebih setahun, kata Fizza, dia dan suami merancang berjumpa doktor pakar untuk mendapatkan kaunseling dan rawatan kesuburan.

“Kami juga tak kisah dapat anak lelaki atau perempuan kerana yang penting bayi yang dilahirkan sihat dan cukup sifatnya. Insya-Allah, kalau ada rezeki kami ingin memiliki empat anak kelak,” katanya.

Personaliti TV3 yang berkulit hitam manis ini mengakui tidak kisah sama ada mereka dapat anak cepat atau lambat.

“Suami saya memang bersikap terbuka dalam soal anak ini. Setakat ini, saya percaya, kami berdua tidak ada masalah kesihatan untuk mendapat anak, cuma mungkin belum ada rezeki saja lagi.

“Keluarga saya pula tidak pernah mendesak kami dalam soal anak ini kerana cepat atau lambat itu ketentuan Tuhan,” katanya.

Fizza yang berkahwin dengan Afief Farhan Fauzi pada 2 April tahun lalu berkata, dia sudah bersedia untuk memegang status ibu pada bila-bila masa saja sekarang.

“Kehadiran cahaya mata juga akan menceriakan lagi kehidupan kami suami isteri. Bila berjumpa dengan kawan-kawan pun topik yang dibincangkan ialah soal anak kerana masing-masing sudah ada anak sendiri.

“Kami tidak terfikir pula untuk mengambil anak angkat kerana belum lagi terdesak. Emak juga sudah mempunyai tiga cucu dan keluarga kami juga besar dengan pada lebih 50 anak saudara dari sepupu yang sudah berkahwin,” katanya.

Mengenai perkembangan kariernya di TV3, kata Fizza yang juga bekas pengacara Nona ini, dia semakin serasi mengendalikan program WHI sejak empat tahun lalu bersama penyampai lain, Azizah Ariffin, Nor Azurra Azizul Azman, Teh Syuhaida, Hazrena Mohamed Kassim, Nur Syahirah Aiyob, Irin Putri Azmi, Ezzan Zalilah Zulfadzli dan Siti Farah Abdul Hanif.

“Buat masa ini, saya hanya fokus dengan tugas sebagai penyampai di TV3 dan tanggungjawab sebagai duta produk pelangsingan badan, Mayfair. Selain itu, saya juga menjadi pengacara majlis bila ada kelapangan,” katanya.

Fizza yang ditemui di majlis memperbaharui kontraknya sebagai duta produk Mayfair baru-baru ini turut berkongsi pengalaman dengan dua pelanggan Mayfair, Jazillah Rashid, 23, dan Tryambikay Vengades, 28.

Kata Fizza, ini tahun kedua dia diberi kepercayaan menjadi duta produk Mayfair. Sebelum ini, dia memang takut untuk mengambil sebarang produk pelangsingan kerana bimbang dengan kesan sampingannya. Bagaimanapun, semua itu berubah apabila ditawarkan menjadi duta produk ini.

“Mereka melihat wajah dan tubuh saya yang nampak besar di laman web di TV3 sebelum ini. Selepas diberi kepercayaan menjadi duta produk ini dan mencubanya selama enam bulan, saya percaya inilah produk pelangsingan yang saya cari-cari selama ini iaitu kaedah membuang lemak tanpa pembedahan plastik,” katanya.

Berkongsi masalah utama dihadapinya, tambah Fizza adalah lemak di bahagian lengan dan peha. Ini kerana Fizza berdarah Pakistan mempunyai rangka tubuh yang besar.

Katanya, dalam keluarga, memang dia dan kakaknya mempunyai masalah itu. Selepas mengamalkan rawatan intensif dengan Mayfair seperti Slim Master dan terbaru Medi Jet, saya mendapat tubuh dan berat badan diidamkan daripada berat badan asal 60 kilogram kepada 50 kilogram sekarang,” katanya.

Selain duta produk, Fizza juga menjadi hos untuk program TV, Impian Anggun musim ketiga di TV3 bergandingan dengan seorang lagi hos yang juga pelakon filem Ratu, Nur Eina. Program ini adalah kerjasama Mayfair dan Ree’s Skin.

Lebih menarik, kali ini Fizza berpeluang berkongsi pengalaman sendiri dengan penonton mengenai rawatan yang saya sudah cuba sepanjang menjadi duta produk pelangsingan badan ini.

Impian Anggun musim ketiga bersiaran setiap Isnin, jam 5.35 petang hingga 6 petang bermula 3 Januari lalu di TV3.



.

Bergaya seperti Popeye


Seorang pekerja pembersihan, William Chavarriaga meraikan ulang tahun yang ke-30 menghiburkan penumpang lapangan terbang dan rakan-rakannya dengan membuat mimik muka dan lagak seperti watak kartun popular, Popeye.


Chavarriaga menghiburkan penumpang-penumpang dan rakan-rakannya di Lapangan Terbang Olaya Herrera di Medellin, Colombia.


Menurutnya, dia akan terus menghiburkan para penumpang dan orang ramai kerana suka dengan perhatian yang diberikan kepadanya.
Chavarriaga yang berumur 49 tahun akan menghisap paip dan menunjukkan penumbuknya selain memiliki tubuhnya yang sasa.



.

Setuju potong


Mangsa renjatan kabel elektrik yang melecur hampir 35 peratus tubuhnya, akhirnya membenarkan kedua-kedua tangan serta ibu jari kaki kirinya dipotong akibat dijangkiti kuman selepas mendapat nasihat doktor yang mengesyorkannya untuk berbuat demikian.

Kakak Mangsa, Maryuni Miskon, 32, berkata adiknya, Muhammad Hairuman, 22, bersetuju menjalani pembedahan itu selepas mendapat nasihat doktor bagi mengelak keadaan menjadi lebih serius.

Muhammad Hairuman dilihat memasuki bilik bedah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada jam 4.45 petang semalam.

Sementara itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata pihaknya bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa dan berjanji menyalurkan bantuan kepada mangsa bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Kami sangat bersimpati dengan mangsa dan berjanji membantu mangsa untuk mendapatkan sumbangan daripada agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di samping mendapatkan peralatan seperti tangan palsu.

“Saya juga akan mengadakan perbincangan dengan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berhubung perkara ini bagi mendapatkan bantuan susulan selain Kelab Putera 1Malaysia akan membantu mangsa menjalani kehidupan selepas ini,” katanya ketika ditemui pemberita di ruang legar HTAR, di sini, semalam.

Abdul Azeez juga turut menghulurkan sumbangan RM1,500 daripada Kelab Putera 1Malaysia kepada mangsa yang diwakili kakaknya.
Muhammad Hairuman, pelajar kolej swasta di Kuala Selangor terkena renjatan ketika mengambil upah mengait kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjung Karang pada 26 November tahun lalu.



.

Guru mengamuk, 14 rakan bersembunyi dalam paya


Hentakan pedang kejutkan penghuni tidur di kuarters guru

KOTA KINABALU: Empat belas guru, termasuk dua wanita bertarung dengan nyamuk dan pacat kira-kira 11 jam dalam hutan paya bakau di Kampung Sabur, Pulau Banggi, kira-kira 300 kilometer (km) dari sini, kerana bersembunyi daripada seorang guru lelaki yang mengamuk menggunakan pedang samurai, tengah malam kelmarin.

Mereka terpaksa melompat keluar dari rumah dan kuarters guru setinggi dua meter di Sekolah Kebangsaan (SK) Sabur selepas dikejutkan dengan hentakan pedang di kediaman masing-masing sebelum melarikan diri ke hutan paya bakau bagi mengelak dicederakan dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu.

Dua belas guru lelaki terbabit mengajar di sekolah itu antara dua hingga 10 tahun, manakala dua guru wanita itu baru berpindah ke sekolah berkenaan.

Saksi berkata, ketika kejadian kebanyakan guru di rumah dan kuarters diperbuat daripada papan itu nyenyak tidur sebelum dikejutkan dengan hentakan kuat pada dinding dan pintu, selain pekikan lelaki mengamuk.

“Sebaik membuka pintu, saya terkejut melihat guru lelaki berusia 30 tahun mengamuk dengan melibas pedang samurai dan menghentak pedang ke dinding dan pintu rumah kawan saya.

“Saya terus mengejutkan tiga rakan lain dan melompat keluar dari rumah papan setinggi kira-kira dua meter untuk melarikan diri ke dalam hutan paya bakau.
“Ketika menyelamatkan diri, saya nampak ada beberapa guru lain termasuk wanita turut melarikan diri ke dalam hutan.

"Sebelum melarikan diri, ada seorang kawan saya sempat mengambil telefon bimbit dan menghubungi polis tetapi polis hanya tiba kira-kira jam 12 tengah hari.

“Kami agak kecewa kerana polis dari Balai Polis Banggi di pekan Karakit hanya datang kira-kira 11 jam,” katanya ketika dihubungi di Pulau Banggi, semalam.

Pulau Banggi dengan keluasan 432 kilometer (km) persegi adalah pulau terbesar di Malaysia yang boleh dikunjungi dengan menaiki feri dari Kudat yang perjalanannya mengambil masa satu setengah jam.

SK Sabur mempunyai 18 guru dan lima kakitangan sokongan, kebanyakan guru adalah dari Semenanjung, manakala jumlah muridnya ialah 190 orang.

Saksi itu berkata, mereka hanya dapat keluar dari tempat persembunyian masing-masing selepas mendengar bunyi helikopter Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan bot PDRM.

Difahamkan, guru yang mengamuk itu berasal dari Ranau dan sudah berkahwin dengan wanita tempatan. Dia dikatakan mengajar di sekolah itu sejak lapan tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kudat, Deputi Superintendan Dawi Ossen, mengesahkan guru berkenaan ditahan di rumahnya tidak jauh dari sekolah, tengah hari kelmarin.

"Ketika ditahan, suspek tidak melawan dan kita turut merampas sebilah senjata tajam daripadanya,” katanya.

Mengenai kelewatan anggota polis tiba di tempat kejadian, beliau berkata, angin kencang menyebabkan anggota dari Balai Polis Banggi terpaksa meredah ombak besar dan meminta bantuan Unit Udara PDRM



.

Maut motosikal terbabas

SEBAK...anak mangsa, Khairul Anuar (tidak berbaju) dan Fatin Nasuha sebak di sisi jenazah bapa mereka.
Gambar kecil, Hasim.
SEREMBAN: Seorang pemandu lori terbunuh selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Lingkaran Tengah berhampiran Kampung Datuk Mansor, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, Hasim Hassan, 59, yang menunggang motosikal Suzuki TXR 150 maut di tempat kejadian kerana parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan sebaik menerima maklumat mengenai kemalangan itu.
Menurutnya, berdasarkan kepada siasatan, kemalangan dipercayai berlaku selepas mangsa gagal mengawal motosikal ditunggangnya menyebabkannya terbabas dan terbalik.

“Mangsa yang terjatuh mati kerana parah di kepala dan kejadian dipercayai tidak membabitkan kenderaan lain.

“Polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut mengenai kemalangan itu dan pada masa sama meminta kerjasama orang ramai melihat kejadian supaya tampil bagi membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, suasana pilu menyelubungi tempat kejadian apabila seorang anak perempuan mangsa yang bergegas ke tempat kejadian meratapi kematian bapanya.

Wanita dikenali sebagai Fatin Nasuha itu dilihat pengsan dan terpaksa dipapah orang ramai yang turut berada di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban untuk dibedah siasat dan sudah dituntut ahli keluarganya.

Mereka yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Ahmad Khairi Roslan di talian 06-6033394 atau balai polis berhampiran.



.

Tendang? Wah dah hero ko eh..


SUNGAI PETANI: Seorang warga emas patah tulang rusuk sebelum menghembuskan nafas terakhir selepas dipukul dan ditendang cucunya sendiri yang naik angin apabila tidak mendapat wang RM100 dimintanya.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Khamis lalu, Saad Man, 66, didatangi cucu lelakinya berusia 22 tahun di rumahnya di Kampung Alor Nibong, Kota Kuala Muda, di sini dan meminta wang RM100.

Sumber polis berkata, apabila Saad enggan memenuhi permintaannya, suspek memukul mangsa sebelum keluar dari rumah berkenaan.
“Bimbang cucunya bertindak liar, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kota Kuala Muda. Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan cucunya bertambah marah.

“Sebaik tiba di rumah selepas membuat laporan polis, cucunya terus menendang dan memukul mangsa berkali-kali di luar rumah.

“Akibat serangan cucunya itu, mangsa jatuh dan mengalami kecederaan parah. Cucunya melarikan diri selepas menyedari perbuatannya dilihat jiran, apatah lagi apabila melihat datuknya tidak sedarkan diri.

“Mangsa dihantar jirannya ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini untuk mendapatkan rawatan.

“Bagaimanapun, mangsa yang cedera di beberapa bahagian badan dan patah tulang rusuk meninggal dunia selepas dua hari menerima rawatan di HSAH,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner, Hashim Ali ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan polis sudah menahan suspek beberapa hari lalu.

“Dia kini direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh,” katanya.



.

Entah apa puncanya, sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin bertikam lidah dan saling jerit-menjerit antara satu sama lain.

Suami yang merupakan seorang ahli perniagaan kemudian hilang sabar lalu meminta wanita itu supaya 'pergi mati'.

Ungkapan itu mengguris hati isterinya yang kemudian bertindak memanjat balkoni rumah mereka di tingkat 17, Kondominium Vista Amani, Bandar Sri Permaisuri di sini, hari ini untuk membunuh diri.

Mujurlah perbuatannya dilihat oleh pembantu rumah dan suaminya lalu segera memujuknya agar membatalkan hasrat tersebut.

Pembantu rumahnya yang enggan dikenali ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu, dia bekerja membersih rumah pasangan suami isteri yang baru berkahwin itu secara sambilan iaitu dua atau tiga kali seminggu.

"Apabila tiba di rumah pasangan ini pada pukul 12 tengah hari, saya mendapati mereka sedang bergaduh.

"Tidak lama selepas itu, saya terkejut melihat majikan wanita saya berlari memanjat balkoni dan mahu terjun membunuh diri," katanya.

Katanya, dia dan suami wanita terbabit segera memujuk mangsa agar membatalkan niatnya itu dan pada masa sama menjerit meminta tolong daripada jiran-jiran agar menghubungi polis.

Tidak lama kemudian, katanya, polis bersama sepasukan anggota bomba sukarela datang ke tempat kejadian.

"Setelah dipujuk oleh polis, mangsa yang kembali tenang bersetuju membatalkan hasrat membunuh diri," katanya.



P/S - Gambar hiasan..



.

Mati rentung


Empat lelaki hanya mampu melihat rakan mereka terbakar hidup-hidup apabila mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu gagal keluar dari kereta yang terbakar selepas bertembung dengan kereta lain di Kilometer 7, Jalan Muar-Labis di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8 malam itu, Syed Sarizat Syed Hussain, 36, rentung di tempat kejadian apabila kereta Proton Iswara yang dipandunya disambar api selepas bertembung dengan Honda.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Md Ali berkata, ketika kejadian, Syed Sarizat, seorang kontraktor dalam perjalanan dari Felda Chemplak Barat menghala ke Labis, bersama empat lagi rakannya.
“Setiba di lokasi kemalangan, kereta dipandunya dikatakan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta Honda itu.

“Empat rakan mangsa yang cedera ringan sempat keluar dari kereta bagi menyelamatkan diri tetapi mereka gagal mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.

Menurutnya, apabila api makin marak, mereka terpaksa meninggalkan Syed Sarizat di dalam kereta yang sedang terbakar.


Polis meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat memadamkan api dan mengeluarkan mangsa.

“Selepas kebakaran dipadamkan, kami menemui mangsa dalam keadaan rentung di tempat duduk pemandu,” kata Abdul Majid.

Menurutnya, jenazah mangsa dihantar ke Hospital Segamat untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Keempat-empat lelaki itu dirawat sebagai pesakit luar manakala pemandu kereta Honda berkenaan berusia 32 tahun yang memandu seorang diri menghala ke Felda Chemplak Barat, patah kaki dan tangan kiri.

Menurut Majid, pihaknya mendapatkan keterangan daripada rakan mangsa serta pemandu kereta Honda berkenaan bagi membantu siasatan.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!