Monday, February 28, 2011

Aneh atau kebetulan....?


Cerita mengenai kembar seiras yang hidupnya hampir seiras memang mengejutkan, tapi mungkin tidak ada yang lebih menyerupai dari yang satu ini. Cerita dari saudara kembar yang berasal dari Ohio , yang dipisahkan sejak lahir, dan diambil sebagai anak angkat oleh keluarga yang berbeza.

Tidak mengenali satu sama lain, kedua keluarga menamakan mereka dengan nama yang sama, James. Inilah awal dari kebetulan-kebetulan itu, Kedua James membesar tanpa mengenali antara satu sama lain, namun keduanya menjalani latihan ketenteraan, tertarik kepada mechanical drawing dan pertukangan, dan mengahwini wanita dengan nama Linda. Keduanya memiliki anak lelaki yang diberi nama James Alan. 


Keduanya juga menceraikan isterinya dan mengahwini wanita lain, keduanya memiliki nama Betty. Dan keduanya memiliki anjing dengan nama Toy. 40 tahun setelah terpisah, kedua lelaki ini berkumpul kembali dan berkonbgsi kehidupan mereka yang kembar. 


Macam dalam drama, kan?






.

Anugerah Akademi Oscar Ke-83


Berikut merupakan senarai pemenang Anugerah Akademi Oscar ke-83:
Filem Terbaik: 'The King’s Speech'
Pengarah Terbaik: Tom Hooper, 'The King's Speech'

Pelakon Lelaki Terbaik: Colin Firth, 'The King's Speech'
Pelakon Wanita Terbaik: Natalie Portman, 'Black Swan'
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik: Christian Bale, 'The Fighter'
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik: Melissa Leo, 'The Fighter'
Kesan Visual Terbaik: Inception

Suntingan Filem Terbaik: Angus Wall and Kirk Baxter, 'The Social Network'
Lakon Layar Terbaik: David Seidler, 'The King's Speech'
Lagu Tema Terbaik: We Belong Together, 'Toy Story 3'

Skor Muzik Terbaik: Trent Reznor and Atticus Ross, 'The Social Network'
Rekaan Kostum Terbaik: Colleen Atwood, 'Alice in Wonderland'
Lakon Layar Adaptasi Terbaik: Aaron Sorkin, 'The Social Network'
Filem Bahasa Asing Terbaik: In A Better World (Denmark)
Filem Cereka Animasi Terbaik: Toy Story 3

Sinematografi Terbaik: Inception
Pengarahan Seni Terbaik: Alice in Wonderland
Dokumentari Pendek Terbaik: Strangers No More


Dokumentari Cereka Terbaik: Inside Job
Adunan Bunyi Terbaik: Inception
Suntingan Bunyi Terbaik: Inception


Solekan Terbaik: The Wolfman
Animasi Pendek Terbaik: The Lost Thing


Aksi Pendek Terbaik: God of Love

Jangan Sentuh!!


Penyanyi terkenal yang berusia 16 tahun tetapi kini merupakan seorang jutawan, Justin Bieber menjerit bagi meminta seorang hos program perbualan The Talk supaya jangan menyentuh rambutnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Bieber menjerit: "Jangan, jangan, jangan. Jangan sentuh rambut saya."
Penyanyi lagu Baby itu membuat permintaan itu dengan spontan semasa hos program tersebut, Holly Robinson Peete cuba mengangkat topi besbol Bieber.

Kelakuan penyanyi itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia telah memotong rambutnya pada minggu lalu untuk dilelong dalam satu majlis amal.


Sebelum ini Bieber pernah tampil dalam majlis bual bicara yang dihoskan Ellen DeGeneres.
Penyanyi itu menunjukkan beberapa helaian rambutnya yang telah dipotong yang disimpan dalam sebuah bekas untuk dilihat oleh hos tersebut.



.

Pengalaman pahitku ketika dibangku sekolah..


Beberapa hari ni, ada berita mengejutkan mengenai guru yang 'berminat' dengan pelajar sendiri..
Kes cabul, rogol dan gangguan seksual, sememangnya sudah tidak asing disekolah..


Walaubagaimanapun, bagi lulu keadaan ini benar2 terjadi...
Benar-benar terjadi keatas diri lulu sendiri...
Ketika lulu ditingkatan 3, beberapa tahun yang lalu....


Selepas beberapa hari pendaftaran tingkatan 3, kami gembira apabila mengetahui yang guru kelas kami merupakan seorang guru lelaki yang baru ditugaskan ke sekolah itu. Guru itu seorang yang tegas dan lembut apabila berkata-kata... Dan sejak hari dia mula bertugas menjadi guru kelas, sehinggalah mengajar bahasa melayu, jelas peningkatan prestasi kami disekolah..


Kerana tahun itu merupakan tahun penting, kami bakal menghadapi PMR, peperiksaan percubaan yang berulang kali memang tidak dapat dielak...tensen belajar...huhu...


Kebetulan pada suatu hari.... sedang peperiksaan percubaan diadakan, seorang guru lelaki, Cikgu J (juga baru, tapi hanya berkelulusan guru sandaran..), yang sedang 'menjaga' pelajara peperiksaan di kelas, berhadapan kelas lulu, tiba-tiba terpaku melihat kearah kelas lulu... (haha susah nak explain-harap korang baca-faham eh..)


Entah apa yg buat dia tertarik...


Beberapa hari kemudian, hari cuti persekolahan...Tapi kami, pelajar tingkatan 3, terpaksa ke sekolah-kelas tambahan...so, hanya pelajar tingkatan 3 jer yang hadir.. ketika lepak di kantin, Cikgu J, menghampiri ke arah lulu, dan duduk disebelah lulu... Eh terkejut juga masa tu...






Untuk pengetahuan, cikgu ni ada rupa juga..Tinggi orangnya...Dan agak pemes yer di kalangan pelajar perempuan... Dia berbisik pada lulu...ajak ke library...dan menunjukkan kunci ditangannya...Katanya tiada orang disana..lagipun dia ada kuncinya...


What the hell?
Maksudnya apa? Kawan-kawan lulu dah start pandang lain tau...
Ceh cikgu ni nak buat benda tak elok pula..


Apa terjadi seterusnya???




.

Cari Mawi?


EKIN cari Mawi? Apa kisah pula tu? Tak kan Mawi dah lari dari rumah kot. Bila ada orang bercerita pada Syed hal Ekin mencari Mawi, memang membuatkan Syed terkejut.

Bukan apa, risau takut-takut Mawi lari dari rumah sahaja. Yalah, muka Mawi pun dah jarang keluar surat khabar, mahu tak terkejut orang bila dapat tahu Ekin cari Mawi.

Rupa-rupanya Ekin dikatakan sedang sibuk mencari plat kereta MAW1 untuk dijadikan hadiah hari lahir kepada suaminya itu. Amboi, kelas sungguh hadiah Ekin untuk buah hatinya itu.

Bukan calang-calang orang mampu nak buat macam tu. Sebab Syed dengar cerita yang Ekin sanggup bayar berapa sahaja untuk mendapatkan plat kereta tersebut. Berapa sahaja ok!

Kalau bukan sembarangan orang, memang tak mampu nak sebut berapa sahaja. Bukan apa, kalau orang tu letak beratus ribu ringgit, pitam juga nak membayar tu.



.

Bahagia selepas bertunang


BAGI mereka yang mengenali diri wanita ini, pasti sudah faham benar dengan peribadi dan perangainya. Dia seorang yang cukup berahsia tentang kisah cintanya biarpun sudah bergelar tunangan orang pada akhir tahun lalu.
Setiap kali ditanya tentang siapa jejaka bertuah itu, sampai hari ini ada sahaja ‘jawapan selamat’ yang diberikan sambil disulami ketawa besar.

Prinsip hidup yang dipegang bintang Akademi Fantasia (AF) musim kedua ini, tidak manis sekiranya orang perempuan yang gemar membuka mulut berbanding pihak lelaki.
Puas dipujuk, akhirnya Farah akur dengan harga yang harus dibayarnya lewat statusnya sebagai artis.
Bagaimanapun Farah atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar masih merahsiakan identiti jejaka pilihan hatinya itu.

“Tak payahlah sebut nama dia lagi, cuma apa yang boleh Farah beritahu umur kami sebaya dan Farah sudah mengenali dia sejak beberapa tahun lalu.
“Farah kenal dia ketika berjumpa dengan kawan Farah berkaitan projek persembahan. Dia datang bersama waktu itu.
“Dari situ, kami mula berkenalan. Pertama kali saya bertentang mata dengan dia, terus jatuh cinta,” katanya ketawa besar lagi.

Majlis pertunangan Farah dengan seorang usahawan itu berlangsung di rumah neneknya di Yan, Kedah pada 25 Disember tahun lalu selepas majlis merisik diadakan pada Hari Raya ketiga.
Diajak berkongsi ciri-ciri yang terdapat pada tunangnya itu hingga membuatkan dirinya dilamun cinta, penyanyi yang popular dengan lagu Antara Dunia terdiam seketika.
Selepas menghela nafas, dia mengakui tertarik dengan tingkah laku lelaki itu yang sederhana selain jujur dan setia dalam perhubungan.

“Tapi yang membuatkan Farah tertarik sudah pasti dengan kulitnya yang hitam manis,” ceritanya sambil malu-malu.
Ditanya tempoh lama pertunangan, anak ketiga daripada enam beradik itu berkata semuanya bergantung kepada jadual seni yang semakin sibuk sekarang.


Katanya, apa yang berlaku sebelum ini bermula dari majlis merisik hingga ke majlis pertunangan adalah secara kebetulan berikutan aktiviti seninya yang kosong ketika itu.
“Farah dan tunang memang tidak pernah merancang berapa lama bertunang.
“Namun kalau mengikut nasihat ibubapa kami, mereka mahu mempercepatkan majlis perkahwinan kerana tidak elok bertunang lama-lama,” katanya yang ditaja pakaian dan hantaran oleh Sheila Mohd. pada majlis pertunangannya.

Wanita yang berusia 26 tahun pada Januari lalu memberitahu, tiada apa yang membezakan perjalanan hidupnya pada hari ini walaupun status diri sudah berubah.
Katanya, kehidupan yang dilalui berjalan seperti biasa kerana dia dan tunang lebih selesa menjalinkan hubungan seperti di alam percintaan.
Ujar pengacara rancangan Nasi Lemak Kopi O itu, ini kerana mereka bukanlah pasangan yang gemar berjumpa setiap masa seperti pasangan kekasih lain.

“Sebelum ini pun, kami jarang berjumpa kerana karier seni Farah lebih tertumpu di Kuala Lumpur manakala dia sibuk dengan bisnes di Pulau Pinang.
“Soal cemburu pula tidak timbul kerana tempoh perkenalan yang lama membuatkan kami faham dengan karier masing-masing.

“Apa yang diamalkan, Farah dan tunang saling tegur menegur selain dia faham yang Farah sering bersama abah apabila melibatkan aktiviti seni,” kata pelontar vokal lagu Tangisan Dalam Kerinduan itu.
Mengakhiri perbualan, Farah melahirkan rasa kesyukuran kerana majlis pertunangannya itu memberi seribu hikmah apabila mengeratkan kemesraan dua keluarga yang bakal bersatu kelak.
Dia yang baru selesai penggambaran program Rasa Halal Vietnam berkata, rezekinya juga dalam bidang seni turut melimpah biarpun bertudung sejak pertengahan tahun lalu.



.

Jangan saman saya!!


Seorang bintang bola sepak dari Cameroon yang bermain untuk kelab bola sepak Inter Milan dan memperoleh bayaran RM297,998 (RM909,939) seminggu merayu tidak disaman sebanyak AS$51.54 (RM157.37) kerana kesilapan meletakkan kereta, lapor sebuah akhbar semalam.


Samuel Eto merayu supaya dia tidak disaman tetapi permintaannya tidak dipedulikan oleh seorang kakitangan trafik wanita di sini baru-baru ini.


Eto amat kecewa dengan saman itu walaupun nilainya dalam dunia bola sepak dianggarkan jutaan dolar.




.

Ni cerita betul ke?


Penduduk Kampung Lembah Raja, Pinang Tunggal gempar apabila sebatang pokok petai dikatakan ‘menangis’ sehingga air turun seperti hujan sejak tiga hari lalu.
Pokok setinggi kira-kira 10 meter dan berusia lebih 35 tahun itu dikatakan mengeluarkan air melalui dahannya, malah lebih banyak ketika tengah malam.

Berikutan itu, penduduk kampung berkenaan berpusu-pusu melihat sendiri pokok petai yang dikatakan ‘menangis’, malah sanggup menunggu hingga jam 4 pagi.
Pemilik pokok petai itu, Norhayati Abdul Karim, 38, berkata dia menyedari pokok petai yang ditanam arwah bapanya, Abdul Karim Kassim, mengeluarkan air seperti hujan pada petang Jumaat lalu ketika menjemur pakaian.

“Mulanya, saya sangka hujan apabila terkena titisan air. Namun, saya berasa pelik kerana cuaca cerah selain tiada tanda akan hujan.

“Selepas beberapa minit berada di bawah pokok, baru saya sedar titisan air itu dari dahan pokok petai dan bukannya hujan,” katanya Menurutnya, ia kali pertama kerana sebelum ini tidak pernah berlaku kejadian pelik seperti itu, malah tahun ini pokok berkenaan baru mengeluarkan buah.

“Bukan penduduk kampung ini saja yang berpusu-pusu datang, malah penduduk beberapa kampung berhampiran turut datang untuk melihat sendiri pokok petai ‘menangis’.

“Ramai juga mengambil air yang ditadah dan meminumnya,” katanya.

Penduduk, Sopian Ahmad, 40, berkata, baju dipakainya basah selepas berada di bawah pokok petai itu beberapa minit.

“Saya minum sedikit air ditadah dengan niat dijadikan ubat dan rasanya payau. Namun, setakat ini tiada penduduk membuat perkara bukan-bukan kerana bimbang menjadi khurafat,” katanya.


.

Mati tanpa kepala


Mengerikan apabila mayat seorang mangsa pembunuhan yang ditemui tanpa kepala kelmarin, dikerat kepada tiga bahagian dan dimasukkan ke dalam dua beg pakaian sebelum dibuang ke dalam Sungai Kuang.
Kepalanya hanya ditemui semalam iaitu 500 meter dari lokasi bahagian badannya ditemui.

Bahagian kepala itu ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan siasatan berhampiran lokasi penemuan mayat berkenaan sebelum mereka menemuinya di sungai sama berdekatan Taman Bandar Seri Kelebang, jam 5 petang.
Kelmarin, beberapa kaki pancing yang memancing di sungai itu berdekatan Kilang Hovid, Batu 8 Jalan Kuala Kangsar, terkejut selepas menemui mayat tanpa kepala dalam keadaan mengerikan dalam dua beg pakaian dengan badan mangsa dikerat tiga bahagian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Azisman Alias berkata, siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki berketurunan India berusia lingkungan 40-an.

Beliau berkata, pihaknya percaya bahagian kepala yang ditemui itu dipercayai ada kaitan dengan bahagian badan yang ditemui dalam dua beg pakaian sebelum ini.

Menurutnya, mangsa dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dikerat-kerat dan disumbatkan ke dalam dua beg pakaian sementara kepalanya dicampak di lokasi lain.

“Mayat yang disumbat ke dalam dua beg dicampak ke dalam sungai ditemui beberapa kaki pancing di sungai berkenaan. Mereka kemudian menghubungi polis selepas menghidu bau busuk dari dua beg pakaian itu.

“Mangsa dipercayai sudah dibunuh beberapa hari lalu berdasarkan keadaannya yang sudah berbau,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Justeru, beliau meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau rakan terdekat menghubungi polis bagi membantu siasatan.

Azisman berkata, pihaknya juga tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat itu dan sedang menunggu laporan bedah siasat dari Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian atau kehilangan ahli keluarga terdekat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di talian 05-2451500.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!