Saturday, March 5, 2011

30 tahun berkahwin tapi belum melihat wajah isteri



Apa yang terjadi di wilayah barat daya arab saudi ini benar-benar aneh kerana seorang suami tidak boleh melihat wajah isterinyasedangkan usia pernikahannya sudah berumur tiga puluh tahun.

Sepanjang hidupnya, si istri selalu mengenakan burka, busana tertutup bagi wanita muslim yang hanya memperlihatkan bahagian mata. Bahkan, tidur pun mengenakan busana itu.

Selama 30 tahun tanpa melihat wajah isteri ternyata tidak memadam rasa ingin tahu si suami. Diam-diam, lelaki ini nekad menyingkap kain di wajah isterinya yang tengah lelap tertidur.

Hanya, jawapan atas rasa ingin tahunya itu harus dibayar 'mahal' dengan ugutan cerai si isteri, 2008 yang lalu. Si isteri yang sudah berusia 50 tahun merasa dikhianati. Dia nekad ingin bercerai, meskipun suaminya sudah berulang kali meminta maaf dan berjanji tidak mengulangi perbuatannya.

"Setelah sekian tahun, dia (suami) cuba melanggar komitmen, ini sudah kesalahan besar," kata si istri kepada akhbar tempatan, Al-Riyadh.

Apa yang dilakukan wanita itu merupakan bentuk kepatuhan terhadap tradisi yang tumbuh subur di kampungnya, tidak jauh dari Khamis Mushayt, wilayah barat daya Arab Saudi. Bukan ajaran Islam, namun tradisi ini tumbuh subur di sejumlah kawasan terpencil di beberapa negara Teluk.

Itu bukan satu-satunya kes seumpamanya. Seorang lelaki bernama Ali al-Qahtani juga menerima ancaman cerai ketika cuba membuka kain yang menutup wajah isterinya setelah 10 tahun berkahwin. Mujurlah dia dimaafkan setelah berjanji tidak akan mengulangi perbuatannya.

Sementara Hassan Al-Atibi mengancam akan berkahwin lagi jika isterinya tidak bersedia membuka kain yang menutup wajahnya. Bukannya terancam, si istri malah mencarikan wanita yang tidak mengamalkan tradisi itu untuk dijadikan isteri kedua. Merelakan suaminya poligami agaknya lebih baik daripada menunjukkan wajahnya ke suami.

Om Rabea al-Gahdaray, 70, salah satu wanita yang menjalani tradisi ini mengatakan bahawa suami tidak boleh melanggar komitmen yang telah disepakat sebelum pernikahan. Suami tidak boleh mengubah tradisi yang telah terbangun sejak zaman nenek moyang mereka.

Ketika ditanya bagaimana boleh memiliki anak tanpa mengizinkan suami melihat wajah dan tubuhnya, al-Gahdaray menjawab, "Pernikahan itu tentang cinta, bukan wajah.



P/S - Biarpun menjunjung tinggi adat tu bagus, tapi lulu rasa ini adalah tradisi yang aneh dan menyakitkan. bagaimana  menurut korang?..



.

Gambar keadaan 'sebenar' dari sebuah penjara...huhu


Freetown Central Prison adalah penjara di Freetown, Sierra Leone.


Penjara ini dibangunkan untuk 220 rumah tahanan di era pra-kemerdekaan dan kini
menjadi tempat bagi sekitar 1.000 tahanan.


Banyak tahanan yang dihukum lama di dalam penjara ini kerana kes-kes besar kriminal ...


Republik Sierra Leone adalah sebuah negara di Afrika Barat, tepatnya di pesisir Samudra Atlantik.


Negeri ini bersebelahan dengan Guinea di sebelah utara, Liberia di tenggara dan Samudra Atlantik di barat daya.



.

Dia memang mempunyai semangat juang yang kuat..


Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat menyifatkan jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, yang tetap meneruskan perlumbaan walaupun mengalami kecederaan semasa kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester bulan lepas, sebagai tokoh ikon yang sebenarnya.

"Kamu membuat kami merasa bangga. Kamu telah menunjukkan apa sebenarnya semangat itu.
"Sebenarnya kamu adalah tokoh ikon yang sebenar-benarnya yang tidak mengenal erti menyerah kalah," kata Perdana Menteri pada satu majlis makan tengah hari dengan rakyat Malaysia kebanyakannya pelajar dan turut dihadiri Mohd Azizulhasni, di Universiti Melbourne di sini.

Mohd Azizulhasni merupakan penuntut universiti itu dan kini berpangkalan di sini bersama skuad berbasikal trek negara.
Di majlis itu, Najib kemudian menyampaikan sumbangan AUD10,000 (RM30,679) dari Majlis Sukan Negara (MSN) kepada Mohd Azizulhasni.
Najib juga menyifatkan episod Mohd Azizulhasni itu sebagai satu cerita yangmenarik.

"Dalam hidup, kamu tidak boleh ada perkataan menyerah kalah.
"Anda hadapi rintangan, anda atasi rintangan itu. Anda hadapi cabaran, andamenanggung kesakitan itu dan jika anda tanggung kesakitan itu, anda akan berjaya," katanya.
Mohd Azizulhasni terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan serpihan kayu sepanjang 20 sentimeter tertusuk di betis kirinya sewaktu menyertai Kejohanan Trek Berbasikal Siri Piala Dunia di Manchester dua minggu lepas.

Biarpun betisnya masih tertusuk serpihan kayu itu, Mohd Azizulhasni bingkas menunggang semula basikalnya untuk menamatkan perlumbaan dan meraih pingatgangsa, memastikannya terus mengungguli ranking pertama Siri Klasik Piala Dunia.

Najib berkata Mohd Azizulhasni juga merupakan simbol dalam hubungan Malaysia-Australia seperti yang disebut oleh Perdana Menteri Australia Julia Gillard bahawa "Mohd Azizulhasni adalah pelumba Malaysia bertaraf dunia di bawah asuhan Australia".

Sambil mengucapkan selamat berjaya kepada Mohd Azizulhasni, Najib berkata Malaysia mahu pelumba itu membuat negara berasa bangga dengan meraih emas.
Malaysia menyandarkan harapan kepada Mohd Azizulhasni untuk meraih pingat emas pada Sukan Olimpik 2012 di London.



.

Bas Bergesel Dengan Motosikal

Seorang penunggang motosikal maut manakala empat penumpang sebuah bas ekspres cedera apabila bas yang cuba mengelak sebuah motosikal itu terbalik dan terseret kira-kira 100 meter di Kilometer 12 Jalan Kuantan-Pekan, dekat Tanah Putih, di sini Jumaat.

Dalam kejadian pada pukul 2.45 petang itu, penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mat Deris, 70-an, dari Kampung Ubai, di sini mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Pekan Supritendan Yahaya Othman berkata bas ekspres berkenaan dalam perjalanan dari Terengganu menuju ke Johor Baharu dengan membawa 28 penumpang, manakala penunggang motosikal itu dalam perjalanan ke Kuantan.

Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa keluar secara tiba-tiba di simpang Tanah Putih menyebabkan pemandu bas bertindak mengelak daripada merempuh mangsa.

"Bagaimanapun dalam usaha cuba mengelak dari merempuh mangsa, berlaku sedikit pergeseran antara bas dan motosikal menyebabkan mangsa jatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Yahaya berkata cubaan mengelak itu juga menyebabkan bas terbabit hilang imbangan sebelum terbalik dan terseret kira-kira 100 meter sebelum merempuh pembahagi jalan.
Beliau berkata empat penumpang bas berusia dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun yang cedera dibawa ke Hospital Pekan untuk rawatan.

Sementara itu, pemandu bas berkenaan, Adam Md Noh, 43, berkata beliau melihat motosikal mangsa berada di simpang jalan itu sebelum secara tiba-tiba mangsa bertindak melintas jalan.

Beliau membunyikan hon namun tidak diendahkan mangsa menyebabkannya cuba mengelak tetapi bahagian belakang bas itu tetap bergesel dengan motosikal warga emas berkenaan.
"Saya bersyukur tiada kehilangan jiwa atau kecederaan serius yang menimpa penumpang bas," katanya.



.

Wanita berusia 700 tahun


Tahu bagaimanakah wajah perempuan Cina yang berumur 700 tahun?
Cuba tengok gambar ini. Inilah penemuan mumia terbaru di China, yang secara kebetulan terungkap ketika pekerja sedang membangunkan jalan di China bahagian Timur baru baru ini.


Apa yang luar biasa adalah keadaan tubuh mumia masih sangat bagus. Dianggarkan, perempuan ini adalah seorang pekerja pejabat tinggi semasa Dinasi Ming (1368-1644). Dia ditemukan di kota Taizhou, bahagian Jiangsu. Arkeologi China terkejut dengan bagaimana bagusnya keadaan kulit, rambut, dan wajah perempuan itu. Seakan-akan perempuan ini baru meninggal beberapa tahun lalu. Dia mengenakan pakaian dari sutera yang masih terawat.


Mumia ditemukan di dalam kota kayu di kedalaman dua meter dari permukaan tanah. Apa yang dia kenakan dan bagaimana keadaan dirinya memperlihatkan bagaimana kehidupan masa lalu China. Dari hujung rambut hingga hujung kaki, boleh dikatakan keadaan mumia ini sangat lengkap dan baik.



.

Kongsi Rasa Lega Menang Saman


Selepas tujuh tahun “menderita” akibat fitnah yangdilemparkan oleh pelakon Nadia Mustafar, tahun ini pelakon Lisdawati telah mampu menarik nafas lega selepas dia menang dalam saman fitnah terhadap pelakon itu.
Antara yang paling pedih dan sukar dilupakan oleh Lisdawati apabila kes tersebut mengaibkan dirinya sehingga dia terpaksa membuat ujian dara seminggu sebelum berkahwin.

Tanggal 15 Disember tahun lalu, yang juga jatuh pada ulang tahun hari lahirnya,dia berjaya menangkis saman fitnah terhadap pelakon tersebut.
Maruah yang tercalar bagaikan berbayar dan kini dia sudah mampu tersenyum lebar. Dia bukan sahaja memenangi saman tersebut malahdiperintahkan mahkamah agar Nadia membayar wang ganti rugi sebanyak RM250,000.

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa semua fitnah yang dilemparkan kepada saya di media sebelum ini adalah tidak benar.
"Cerita-cerita buruk yang dikeluarkan oleh Nadia itu telah menjatuhkan maruah danmenggugat karier saya.

"Disebabkan cerita itu, pihak syarikat yang mahu menawarkan saya sebagai duta produk sukar mengambil saya bekerja kerana mempertikaikan diri saya," kata Lisda dalam satu sidang media di Restoran Rebung, Bangsar, di sini, Jumaat.
Tujuannya mengadakan sidang media tersebut bukan untuk membalas dendam atau mahu mencari gaduh dengan Nadia sebaliknya mahu membersihkan namanya dan menutup kes ini secara adil.

Menyelak kes yang berlaku pada tahun 2003 itu, selama dua tahun berturut-turut cerita kurang enak tentang dirinya disiarkan oleh pihak media sehingga dia hilang punca pendapatan serta asetnya hampir ditarik oleh pihak bank.
Disebabkan tidak tahan dengan penderitaan tersebut, Lisda telah memfailkan saman pada awal 2005 di Mahkamah Sesyen di sini dengan diwakili oleh peguam Karpal Singh.

"Saya tidak mahu dilabel kaki gaduh, jadi sebab itu saya memberikan penjelasan ini.
"Alhamdulillah, saya rasa bersyukur setelah penantian ini berakhir dan kebenaran berpihak kepada saya.
"Biarpun masalah ini telah selesai, hubungan saya dengan Nadia tiada masalah dan saya menganggap ia sebagai hubungan kemanusiaan," kata duta Slim World dan tuala penyayang She itu.

Dalam perkembangan lain, ibu kepada dua anak ini sedang menyelesaikanpenggambaran drama Dia Bukan Maryam yang sedang disiarkan di TV9.
Selepas ini, dia dijadualkan terbang ke Mekah selama 14 hari di samping pengarah Erma Fatima, pelakon Fouziah Gous, Fazura, Fahrin Ahmad, Khatijah Tan dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Selain itu, pada Januari lalu dia dan suaminya, Fauzi Nawawi turut dilantik sebagai duta kopi kesihatan.

 
 
.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!