Thursday, March 10, 2011

Sebanyak 162,180 pekerjaan belum diisi


Sebanyak 162,180 pekerjaan kosong masih belum diisi daripada jumlah keseluruhan 193,739 pekerjaan yang didaftarkan dalam portal Jobs Malaysia sehingga bulan lepas, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, daripada jumlah keseluruhan pekerjaan yang didaftarkan, hanya 31,559 penempatan pekerjaan telah dibuat dalam tempoh yang sama.

"Daripada jumlah pekerjaan yang diisi itu, sebanyak 8,477 (26.9 peratus) di peringkat pengurusan dan profesional, 2,544 (8.1 peratus) di peringkat berkemahiran, 16,168 (51.2 peratus) di peringkat separa mahir dan 4,360 (13.8 peratus) pekerja asas,” katanya ketika menjawab soalan Matulidi Jusoh (BN-Dungun).



.

Menghadiri pemakaman untuk diri sendiri


Seorang lelaki mendatangi upacara pemakamannya sendiri. Hal itu lalu membuatkan keluarganya dan hadirin terkejut. Beberapa pengunjung yang terkejut terus melompat keluar dari tingkat bangunan pemakaman diadakan.

Ademir Jorge Goncalves, seorang tukang batu di Brazil, telah disahkan sebagai korban kemalangan kereta. Pemakamannya diadakan sehari selepas itu yang digelar sebagai Dia de Finados atau Hari Kematian. Itu adalah hari ketika warga Brazil biasanya mengenang orang yang mereka cintai dan sudah pergi meninggalkan mereka.

Dipetik dari Xinhua, hadirin tidak menyedari bahawa ada kesalahan semasa mengenal pasti mayat. Selama menghilang, Goncalves menghabiskan waktu meneguk minuman keras di Pinga, sejenis rum Brazil, di sebuah bar dekat tempat kemalangan itu terjadi. Namun dia bukanlah mangsa kemalangan itu.

Lelaki yang berusia 59 tahun itu kemudian menerima khabar mengenai kematiannya, dan Goncalves nekad hadir dihari pemakaman itu.

Namun kehadirannya di lokasi pemakaman, Funeraria Rainha das Colinas, justeru menjadi sesuatu yang mengerikan.

"Sudah 10 tahun saya menjalankan perniagaan ini, dan tidak pernah melihat hal seperti ini," kata Natanael Honorato, pengurus rumah pemakaman itu di negara bahagian Parana.

Identiti mengenai lelaki mati itu kemudian dikenali setelah sebuah keluarga melaporkan anaknya yang hilang.



.

Ready for birth of twins



Mariah Carey isn't really one for subtly, so it's no surprise her baby shower was a lavish over-the-top affair.
The 41-year-old star, who is currently expecting twins with Nick Cannon, 31, has released photographs from the celebration, which was held at the Montage Beverly Hills Hotel on Sunday.
The singer, who wore a Roberto Cavalli dress for the occasion, is seen taking pride of place in a plush chair while her doting husband caresses her growing baby bump.


The venue was decked out in blue and pink balloons - she is set to give birth to a boy and a girl - and no expense was spared in food and decoration.

Guests, included American Idol judge Randy Jackson and CNN's Piers Morgan, were treated to gourmet pizzas, appetizers and banana, chocolate and red velvet cupcakes.
Napkins, servers' aprons and other items were emblazoned with the couples' names and pictures of baby carriages. 

 The pair received many gifts, included a huge stuffed giraffe from Ozzy and Sharon Osbourne, but her favourite present came from her fans. 


'Nick and I were so grateful to everyone who came with us to celebrate,' she told America's Life & Style magazine.

'There was a lot of love in the room, and to top it off, fans from more than 50 countries sent well-wishes in a book they made for our twins titled Always Be My Babies.

'It was a night I will never forget.'
Cannon is said to have also enjoyed the shower, with a close friend of the couple, describing him as 'very loving'.
'Seeing them together as a couple they’re very loving with each other and you can just feel the excitement between them over the babies,' Stefano Zagni told Radar online.
'During the baby shower Nick was running around with his camera taking lots of pictures but every two or three minutes he would go over to check on Mariah and see if she was okay.
'He dotes on her. They completely adore each other and are so much in love. 
'I just think they’re going to be the perfect family. I really do. I think they’re going to make great parents. They’re going to be very loving and hands-on.'
Mariah is expected to give birth in at the end of April. 



.

Kerana penyakit ganjil


Seorang budak lelaki berusia empat tahun, Li Shenghan dari Shenyang, timur laut China menghidap penyakit kanser yang ganjil dikenali sebagai acute manocytic leukemia dengan menyebabkan kulit badannya seperti cangkerang, lapor sebuah akhbar semalam.

Pada mulanya keluarganya mengesan terdapat bintik kecil di lengannya setahun lalu tetapi ia kemudian disilap diagnosis sebagai gigitan serangga.

Bintik kecil itu terus membesar dan merebak ke seluruh tubuhnya termasuk di dalam mulut dan di bawah kelopak mata menyebabkan dia kelihatan seperti terumbu karang hidup.
Doktor-doktor berkata, budak tersebut memerlukan rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser tersebut merebak ke tulang sumsum.

Namun, ibunya, Mu Xiaojie dan bapa budak itu, Li Wenrui yang memperoleh pendapatan kurang 1,061 yuan (RM490.76) seminggu tidak mampu untuk membiayai rawatan perubatan.
Ibu dan bapanya juga tidak mempunyai simpanan wang selepas ia digunakan untuk membiayai rawatan anak mereka setahun lalu.


Menurut ibunya, doktor-doktor mengesyaki penyakit itu disebabkan pencemaran atau alam sekitar.
Walaupun budak itu menjalani pemindahan tulang sumsum dan rawatan kemoterapi untuk mengubati penyakitnya, doktor-doktor memberinya peluang 50-50 untuk budak tersebut terus hidup.



.

Enggan lafaz kerana masih sayang..


Suami pengacara Zakiah Anas, Mohamad Yusof @ Mohamed Yusof Taib masih enggan menceraikan isterinya yang sudah lebih dua tahun tinggal berasingan itu meskipun dinasihati berbuat demikian oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini.

Mohamad Yusof, 49, tidak mahu melafazkan talak dalam prosiding permohonan cerai secara baik yang difailkan oleh isterinya itu atas alasan masih sayangkan perkahwinan mereka yang masuk tahun ke-18.

Sebelum itu, Hakim Syarie, Ghazali Ahmad menasihati Mohamad Yusof selaku defendan supaya menceraikan Zakiah selepas mendapati Jawatankuasa Pendamai yang dilantik sebelum ini telah gagal mendamaikan dan memujuk pasangan itu untuk hidup semula sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Mohamad Yusof yang kelihatan beremosi menyatakan, dia tidak mahu menceraikan isterinya kerana sayangkan keluarga dan kasihankan nasib anak-anaknya pada masa depan.
''Ini melibatkan kehidupan saya dan keluarga, ia bukan sekadar sebuah fail mahkamah,'' kata lelaki itu.
Ghazali kemudian menyatakan, nasihat itu bukan datang daripadanya, tetapi ia termaktub dalam Seksyen 47(14) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Permohonan cerai itu difailkan oleh Zakiah mengikut seksyen tersebut pada Januari tahun lalu.
Menurut hakim itu, mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk menasihati dan bukannya memerintahkan defendan berbuat demikian selepas proses perdamaian gagal.

Ketika disoal oleh Ghazali sama ada terdapat perhubungan antara defendan dan Zakiah sepanjang tempoh tinggal berasingan, Mohamad Yusof mengakui mereka tidak pernah berkomunikasi.
''Dalam perkahwinan kamu wujud 'shiqaq' iaitu perbalahan yang berpanjangan.

''Sehubungan itu berdasarkan Seksyen 48(2) enakmen yang sama, saya memerintahkan wakil 'hakam' dilantik bagi membuat keputusan berkenaan rumahtangga kamu,'' katanya.
Menurut beliau, wakil 'hakam' terdiri daripada ahli keluarga atau rakan kedua-dua pihak yang berpengetahuan tentang hukum syarak.

Beliau menetapkan sebutan semula kes itu pada 11 April ini.
Zakiah yang diwakili peguam syarie, Abdullah Anuar Sahri hadir bersama rakannya manakala Mohamad Yusof hadir bersendirian.
Pasangan itu bernikah sejak 18 tahun lalu dan dikurniakan dua anak lelaki, Aiman Muzammil, 17, dan Amir Muzhaffar, 15.



.

Maut kereta gagal memotong

Seorang pelajar Politeknik Merlimau, di sini, sempat memasak juadah terakhir untuk dimakan bersama rakan serumahnya sebelum maut dalam kemalangan di Kilometer 29, Jalan Melaka-Muar, Sebatu, dekat sini, semalam. Mangsa, Muhammad Jeffrey Jamian, 20, memasak nasi goreng sebagai sarapan untuk dia dan tiga rakan di rumah sewa mereka di Taman Muhibbah, dekat sini, kira-kira jam 10 pagi.

Rakan arwah, Mohd Izwandi Azamey, 20, berkata sebelum ke kelas, Muhammad Jeffrey memasak nasi goreng untuk dia dan dua lagi rakan makan bersama.
“Saya tidak sangka nasi goreng itu juadah terakhir dimasak arwah untuk kami,” katanya ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Jasin, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.40 petang, kereta Proton Wira dipandu Muhammad Jeffrey cuba memotong kenderaan di hadapannya, namun tidak berjaya menyebabkannya bertembung sebuah pikap Mitsubishi Triton yang datang dari arah bertentangan.

Berikutan itu, mangsa maut di tempat kejadian kerana parah di kepala dan badan. Turut terbunuh seorang lagi rakannya, Mohammad Yazair Ingan, 20, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan manakala seorang lagi rakan mereka, Mohd Ikhmahisham Ibrahim, 20, yang berada di belakang parah.

Mereka pelajar tahun akhir Sijil Ukur Tanah (Jabatan Kejuruteraan Awam) Politeknik Merlimau.

Sementara itu, ibu Muhammad Jeffrey, Jumiah Hashim, 46, berkata anaknya itu hampir setiap minggu pulang ke rumahnya di Taman Bakri Jaya, Muar, Johor.

“Anak saya pulang ke rumah petang Jumaat lalu dan kembali semula ke Politeknik Merlimau hujung minggu. Saya tak nampak perubahan pada dirinya kerana dia seperti biasa dan mengikut saya menziarahi keluarga,” katanya.



.

Alasan kembali


LIMA tahun lalu, sewaktu pengacara nombor satu negara ini mengambil keputusan untuk menarik diri daripada mengacarakan program realiti popular, Akademi Fantasia (AF), ramai yang berat hati untuk menerimanya.

Mahu atau tidak, harus diakui, perjalanan AF yang mula diperkenalkan pada tahun 2003 itu sebenarnya banyak dihidupkan dengan keletah dan aksi spontan Aznil Nawawi sebagai pengacaranya.
Sebagai seorang yang cukup berpengalaman dalam bidang pengacaraan, sememangnya Aznil bijak menangani situasi di atas pentas sehingga mampu menyuntik emosi yang pelbagai kepada penonton.
Canda, tangis, ketawa dan duka merupakan rencah lengkap dalam AF setiap minggu sehingga ia menjadi satu tontonan wajib dan mencetus fenomena yang sangat luar biasa.

Lalu, apabila Aznil mengundurkan diri daripada AF selepas kali terakhir mengacarakan AF5 pada 2007, impak yang terhasil selepas itu tidak lagi menjadi sehebat seperti mana sewaktu Aznil mengemudinya.
Bukan mahu merendah-rendahkan kredibiliti Datuk AC Mizal, Sarimah Ibrahim dan Jimmy Shanley yang telah meneruskan legasi seni Aznil sebagai pengacara AF selepas itu.

Tetapi, sebahagian besar peminat dan pengikut setia AF nampaknya masih belum mampu memadamkan ingatan dan nostalgia mereka kepada Aznil.
"Saya sedar pasti akan mempertikaikan keputusan yang telah saya lakukan sebelum ini apabila tidak mahu lagi melibatkan diri dengan AF selepas tahun 2007.

"Malah, saya sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan kalau ada yang mengatakan saya ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri.
"Namun, saya mempunyai justifikasi sendiri mengapa saya tidak teragak-agak untuk menerima tawaran Astro untuk kembali sebagai pengacara AF9," ujarnya dalam nada tenang ketika ditemui pada sidang akhbar yang berlangsung di Hotel Doubletree by Hilton, Kuala Lumpur, petang Isnin lalu.

Turut hadir, Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi dan Penerbit Eksekutif AF9, Irwan Abdul Rauf.
Tidak ketinggalan bekas pelajar AF seperti Akma, Farhan, Haziq, Nora, Diddy Hirdy, Azza, Rosma, Khai, Atie dan Anding termasuk tiga orang juara AF iaitu Zahid, Mawi, Hafiz dan Shahir.
Sebetulnya, pemilihan Aznil sebagai pengacara AF9 bukanlah satu kejutan kerana desas-desus mengenainya sudah tersebar luas sejak pengumuman tentang AF9 dibuat.

Malah, pihak Astro sendiri sudah memberi bayangan yang cukup jelas tentang pengacara yang akan menduduki kerusi panas itu sejak sidang akhbar pertama AF9 pada bulan Januari lalu.
Daripada situ, memang ia bukan lagi satu rahsia. Walaupun pernah diasak berkali-kali oleh pihak media berhubung kesahihan itu, namun, Aznil lebih selesa berdiam diri sehingga Astro mengumumkannya secara rasmi.

Menyingkap kembali tawaran Astro kepadanya berhubung posisi yang sering kali menjadi perbualan ramai setiap tahun itu, Aznil memberitahu semuanya berlaku ketika di Cannes, Perancis, tahun lalu.
Ketika itu, dia menghadiri pasaran televisyen di sana dan pada masa yang sama, beberapa wakil Astro yang mengikuti rombongan itu telah menawarkan peluang itu sekali lagi kepadanya.
"AF sebenarnya mempunyai nostalgia yang tersendiri buat saya dan terlalu banyak kenangan yang saya sendiri sukar untuk lupakan begitu sahaja.

"Seperkara lagi, apa yang membezakan AF dengan program realiti lain adalah nilai kasih sayang yang diterapkan dan elemen itu tidak pernah pudar sehingga kini. Itu membuatkan saya rasa dekat dengan program ini walaupun sudah tiga tahun tidak mengendalikannya.
"Saya juga sudah bersedia untuk menyahut kembali cabaran sebagai pengacara AF dan tiga tahun selepas meninggalkannya, memang saya harus akui pasti cabarannya bukan calang-calang kelak.

"Memandangkan musim ini merupakan AF yang terakhir, jadi saya fikir saya patut kembali mengacarakan program realiti ini yang sebenarnya juga telah meninggalkan kesan besar dalam karier seni saya.
"Malah, saya yang memulakan AF ini, jadi mengapa tidak untuk saya mengakhirinya," kata anak jati Kuala Lumpur ini tanpa selindung.

Memang benar apa yang dikatakan Aznil itu kerana AF sebenarnya telah membuka satu lembaran baru dalam kariernya sebagai seorang pengacara.
Menerusi AF jugalah, Aznil telah diiktiraf sebagai Pengacara TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa untuk dua tahun berturut-turut pada 2004 dan 2005.

Malah, AF juga telah melonjakkan kembali populariti Aznil sebagai pengacara yang diminati ramai dan buktinya, dia menerima gelaran Pengacara TV Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular selama tujuh tahun berturut-turut dari 2003.
Meskipun sudah meninggalkan AF selama tiga tahun, namun Aznil dengan penuh jujur memberitahu, dia tetap mengikuti perkembangan program realiti tersebut.

Pernah menduduki kerusi sebagai pengkritik tetap AF8 tahun lalu, bagi Aznil, peranan seorang pengacara AF hari ini memang sudah jauh berbeza jika hendak dibandingkan ketika zaman dia mengendalikannya lima tahun lalu.
Jelasnya, ketika itu, Astro hanya memiliki saluran Ria dan tidak ada saluran lain yang dapat mengganggu perjalanan serta mengambil masa tontonan AF.

"Tetapi hari ini sudah berubah dan Astro sendiri memiliki pelbagai saluran yang mempunyai program pada waktu tontonan yang sama atau selepas berakhirnya AF.
"Jika dulu, AF boleh terus bersambung walaupun selepas berita ditayangkan tetapi sekarang ia tidak boleh lagi melepasi waktu-waktu tersebut kerana bimbang akan mengganggu perjalanan waktu program lain.

"Jadi, di sini terletaknya cabaran buat saya sebagai pengacara untuk mengawal situasi dan keadaan agar ia tidak melepasi waktu yang sudah ditetapkan.
"Saya tidak menganggap ia sebagai satu kekangan sebaliknya saya akan menjadikan pentas AF9 sebagai pentas untuk menguji diri sebagai seorang pengacara," kata duda beranak dua berusia 48 tahun ini penuh optimis.

Dalam masa yang sama, Aznil juga tidak menafikan bahawa dia merindui untuk mendapat maklum balas dan kritikan secara langsung setiap kali mengacarakan konsert mingguan AF mahupun diari harian.
Bagi Aznil yang juga pengacara Jangan Lupa Lirik! dan Macam-Macam Aznil ini, setiap komen yang diterima akan dijadikan sebagai azimat untuknya melakukan yang terbaik setiap minggu.

"Seboleh-bolehnya saya mahu mengelakkan kontroversi. Atas alasan itu, saya harus menjadi seorang yang peka dan sensitif kepada situasi apabila menjalankan tugas saya secara rasmi nanti.
"Lawak jenaka yang telah diguna pakai dulu misalnya, sudah tidak lagi relevan untuk diaplikasikan kepada tugas saya nanti.

"Jadi, saya perlu melakukan pemerhatian yang menyeluruh untuk menjadikan AF9 sebagai sebuah rancangan yang menarik dan tidak menjadi sesuatu yang klise kelak," kata Aznil bersungguh-sungguh sambil menyifatkan AF sebagai sebuah program realiti yang sarat dengan nilai kasih sayang.



.

Mata macam kena gam


Selamat pagi......Arghhh.....fuh fuh.....entah apa nak jadi ni...
Dah 2 jam menghadap laptop, masuk entri, pastu tidur...(tgh kat atas katil)...
Update lagi...tidur.......ekeke...mata macam kena gam...
susahnya nak buka....


Sedangkan pagi tadi dalam pukul 7, hati dah nekad, hari ni nak update blog,
lepas tu nak cari bahan terbaik....untuk blog.
lepas tu ada kerja lain lagi nak buat...
nak update peserta giveaway lagi...ada beberapa belum release...


lepas tu nak BW lagi...
errr....lepas tu nak packing lagi...
beberapa hari nanti nak jalan jauh...
oppsss....yeah........................
holiday time...............
yeah...............



tapi mata masih susah nak buka......
wake up.................


meh meh pakat cubit lengan ni...ekeke


.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!