Friday, March 11, 2011

Update : Tsunami di Jepun - Himpunan gambar tragedi


Satu gempa bumi kuat bermagnitud 8.8 pada skala richter berlaku di Pantai Timur Honshu, Jepun pada Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter (30 kaki) hingga menghanyutkan kereta dan bangunan di sepanjang pandai berkenaan.


Di beberapa lokasi di sepanjang pantai Jepun, tayangan televisyen memaparkan berlakunya banjir dengan puluhan kereta, kapal serta bangunan dihanyutkan air.


Menurut rakaman stesyen televisyen Nasional NHK, terdapat sebuah kapal besar yang dibawa arus deras melanggar pemecah ombak di Bandar Kesunnuma di Wilayah Miyagi.


Gempa yang melanda kira-kira pukul 2.46 petang waktu tempatan diikuti dengan beberapa siri gempa susulan termasuk magnitud 7.4 sekitar 30 minit kemudian.


Agensi meteorologi mengeluarkan amaran tsunami bagi kawasan pantai Pasific seluruh Jepun.
Stesyen televisyen nasional NHK mengeluarkan peringatan kepada sesiapa yang masih berada di kawasan berdekatan pantai supaya berpindah ke kawasan tanah lapang yang lebih selamat.
Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii berkata, amaran tsunami dikeluarkan kepada Jepun, Rusia, Pulau Marcus dan Marina Utara.


Manakala amaran berjaga-jaga dikeluarkan kepada Guam. Taiwan, Filipina, Indonesia dan Hawaii, Amerika Syarikat.


SEMENTARA itu, Jabatan Kajicuaca Malaysia menggesa orang ramai menghindari kawasan pantai Labuan dan Sabah ekoran kebimbangan ombak besar dan kenaikan paras air laut akibat gempa bumi di Jepun.
"Paras air dijangka naik di pantai sekitar Labuan dan Sabah menjelang jam 6 petang hingga tengah malam ini," kata jabatan berkenaan.


Dalam pada itu, Bilik Operasi Wisma Putra berhubung gempa bumi di Jepun telah diaktifkan.


Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian-talian berikut; 03-88874570; 03-88892746; 03-88892830; 03-88892380 dan 03-88884770.





.

Legs eleven?



Are you pulling my leg? This bird got a photographer twitching with excitement when it went for a walk on the beach.
At one point, the piping plover looked like it had a staggering nine legs as it took its four newborn chicks under its wing to keep them warm.
It would have 'had' ten limbs but one was obscured by the others.


The chicks are able to walk and feed themselves within a few hours of hatching but they have to huddle together for the first week to keep warm. They can fly after one month.
Photographer Michael Milicia, 53, snapped away as the young shorebirds hid from view at Sandy Point State Reservation in Massachusetts in the U.S.
The reservation is a popular nesting site for the threatened species and access to the beach nesting areas is often restricted.



Michael said: 'The chicks are very independent and wander in all directions with no control from the parent.
'If they wander too far, the adult bird will call and the chicks will return.
'For the first week after hatching, the chicks are unable to maintain their own body temperature. They must periodically return to one of their parents to be brooded under the warmth of their protective wings.

'I took the picture as the adult plover took the four chicks on a stroll to feed outside of the protected nesting area.
'In one image, there are four chicks under the parent. One leg of one chick is mostly obscured by another so there are only nine legs clearly visible.

'The chicks are less than a week old as the parent will only brood chicks for the first seven days or so after hatching.'
Michael, from Massachusetts, said it was unclear whether the brooding parent was male or female because they look 'pretty much identical'.
He added: 'I most often lie flat on the beach and move around by crawling commando-style with the camera mounted on a ground pod.

'This not only yields more intimate, eye-level images but also serves to disassociate you in the mind of the birds from the form of a threatening human.
'Once you are down on the ground, you are quickly accepted into the birds' environment and will often have shorebirds approaching you from all directions.Some of them even come too close to focus.
'When I am finished photographing, I either wait for the birds to move away from me or I slowly back well away from them before standing.'  






.

Yeah...best sebab 'dia' warna biru..


Sebuah replika kereta Chevrolet saiz sebenar yang diperbuat daripada 1.5 tan tanah liat dipamerkan di daerah Clerkenwell di sini, lapor sebuah akhbar di sini semalam.


Replika model yang menelan belanja £6,000 (RM29,417) itu dibuat sempena pelancaran kereta model baru, Chevrolet Orlando yang memiliki tujuh tempat duduk.
Sebanyak lapan orang pengukir bertungkus-lumus menyiapkan ukiran kereta tersebut dalam tempoh dua minggu.



.

Bakal menjadi yang terendah..


Seorang remaja yang berumur 17 tahun, Junrey Balawing dari wilayah Zamboanga del Norte di sini bakal mencatat rekod sebagai lelaki paling kecil di dunia dengan memiliki ketinggian cuma 55.9 sentimeter (sm), lapor sebuah akhbar semalam. Ketinggian Junrey yang lebih rendah berbanding kanak-kanak berusia setahun membuatkan dia akan memecahkan rekod terbaru dunia apabila umurnya meningkat 18 tahun pada 12 Jun ini.

Remaja itu masih berusaha untuk berjalan dengan normal kerana dia sukar berdiri dalam tempoh yang lama.
"jika saya merupakan lelaki paling kecil di dunia, ia akan menjadi sesuatu yang amat hebat," katanya.
Junrey bagaimanapun bangga apabila bercakap tentang ketinggiannya bakal mencatat rekod dunia
Remaja itu tinggal di rumah bersama ibunya, Concepcion semasa tiga adik beradiknya, Jaycel, 13, Jay-art, 11 dan Jeanritch, 6 pergi ke sekolah.

Menurut Concepcion, 35, anaknya itu memerlukan perhatian setiap hari kerana dia hanya boleh berjalan dengan bantuan orang lain seperti bapanya, Reynaldo, 37.
Bapanya itu merupakan seorang tukang besi dan jarang berada di rumah atas urusan kerja.
Concepcion hanya menyedari tentang pembesaran anak lelakinya yang terbantut semasa umurnya hampir dua tahun.


"Dia (Junrey) selalu sakit dan kami perasan dia tidak membesar. Justeru, kami membawa dia menemui doktor dan malangnya doktor tidak boleh melakukan apa-apa," jelasnya.
Menurut Concepcion, apabila Junrey meningkat umur 12 tahun, doktor yang sama menyarankan mereka untuk memberi vitamin kepada anaknya.
Namun, mereka tidak berkemampuan untuk membeli vitamin.

"Walaupun Junrey bersaiz kecil, dia masih mempunyai selera makan seperti dia memakan kepingan roti dan jagung," ujarnya yang masih menyimpan sijil kelahiran anaknya yang dibuktikan lahir pada tahun 1993.
Rekod terkini lelaki paling kecil di dunia dipegang oleh Khagendra Thapa Magar dari Kathmandu,Nepal dengan ketinggian 60.96sm.



.

4 penuntut maktab perguruan maut dalam kemalangan

Empat penuntut Maktab Perguruan Sultan Mizan, Besut, terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta lain di KM 12 Lebuh Raya Timur Barat dekat Gerik semalam.
Mereka terdiri Joseph Phuah, 19, dari Sungai Bakap, Pulau Pinang; Yap Sin Wei, 20, berasal dari Seberang Perai, Pulau Pinang; Goh Shu Win, 19, dari Butterworth, Pulau Pinang; dan M. Iniyan, 19 dari Taiping.
Ketua Polis Trafik Perak, Supt Wan Abdullah Ishak berkata, dalam nahas yang berlaku pada 4.30 petang itu, Sin Wei dan Iniyan mati di tempat kejadian, manakala Joseph meninggal dunia di Hospital Gerik pada 8 malam tadi dan Shu Win meninggal dunia di Hospital Taiping pada 5 pagi tadi.
"Keempat-empat mangsa dalam perjalanan ke Pulau Pinang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Wan Abdullah berkata, semasa kejadian kereta jenis Proton Iswara yang dipandu oleh Joseph dipercayai gagal dikawal ketika melalui selekoh dan menuruni bukit lalu terbabas ke kanan jalan dan dirempuh sebuah kereta jenis Toyota Camry dari arah bertentangan.



.

Terkaya didunia...


Taikun telekomunikasi Mexico, Carlos Slim kekal menjadi manusia paling kaya di dunia dengan anggaran kekayaannya mencecah AS$74 bilion (RM224.7 bilion), lapor majalah Forbes kelmarin.

Bilionair berusia 71 tahun itu mengetepikan pengasas bersama Microsoft, Bill Gates yang menduduki tempat kedua dengan kekayaan berjumlah AS$56 bilion (RM170 bilion).
Pelabur AS, Warren Buffet menduduki tempat ketiga dengan kekayaan AS$56 bilion (RM170 bilion).

Tempat keempat menjadi milik taikun barangan mewah dari Perancis, Bernard Arnault dengan anggaran kekayaan AS$41 bilion (RM124.5 bilion).
Senarai Forbes kali ini menyaksikan 332 bilionair adalah dari Asia berbanding 79 bilionair Eropah.
Perkembangan itu menyaksikan Asia memiliki lebih ramai bilionair berbanding Eropah untuk kali pertama.

Menurut Forbes, 115 bilionair Asia dalam senarai tahunannya kali ini berasal dari China
Senarai bilionair dari China itu diungguli Robin Li, usahawan di sebalik kejayaan enjin carian tempatan, Baidu, dengan nilai kekayaan AS$9.4 bilion (RM28.5 bilion).
Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg berada di tempat ke-52 dengan kekayaan dianggarkan berjumlah AS$13.5 bilion (RM40.9 bilion).

Sementara itu, seramai sembilan bilionair dari Malaysia turut berada dalam senarai Forbes kali ini diketuai oleh raja gula, Robert Kuok, 87, dengan kekayaan AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion).
Jumlah itu menyaksikan beliau berada pada kedudukan ke-61 sekali gus mengatasi pengasas Apple, Steve Jobs yang memiliki aset AS$8.3 bilion (RM25.2 bilion) untuk menduduki tempat ke-110 senarai yang sama.

Taikun telekomunikasi tempatan, Ananda Krishnan, menduduki tempat ke-93 senarai Forbes dengan kekayaan AS$9.5 bilion (RM28.8 bilion) manakala bilionair sektor perladangan, Lee Shin Cheng yang memiliki kekayaan AS$5 bilion (RM15.1 bilion) berada di tempat ke-208.

Lain-lain bilionair Malaysia yang menduduki senarai Forbes ialah Tan Sri Quek Leng Chen menduduki senarai ke-219 dengan kekayaan AS$4.8 (RM14.5 bilion).
Bilionair Malaysia, Tan Sri Teh Hong Piow menduduki tempat ke- 229 dengan kekayaan AS$4.7 bilion (RM14.2 bilion).

Tan Sri Yeoh Tiong Lay dan keluarga berada di tempat ke-420 dengan kekayaan AS$2.7 bilion (RM8.1 bilion) manakala Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary menduduki tempat ke-459 dengan kekayaan AS$2.5 bilion (RM7.5 bilion).
Bilionair Tan Sri Tiong Hiew King dan Tan Sri Vincent Tan menduduki tempat ke-993 dengan kekayaan AS$1.2 bilion (RM3.6 bilion).



.

Di tangkap kerana bancuh kopi sambil berbogel..


Seorang warga Amerika Syarikat yang membuat kopi di rumahnya sambil berbogel kini menghadapi tuntutan melakukan perbuatan tidak senonoh.

Eric Williamson, warga Springfield, Virginia, sedang membuat kopi di dapurnya ketika seorang perempuan dan kanak-kanak berumur tujuh tahun berjalan melewati tingkap dan melihatnya. Perempuan itu mengadu kepada polis yang kemudian menangkap Williamson.

Williamson (29) menegaskan dirinya tidak melakukan hal yang salah dan jika ada yang melihatnya tanpa pakaian, maka itu adalah tidak disengajakan.

"Saya memang tidak memakai pakaian, tapi saya sedang bersendirian, di rumah saya sendiri, dan baru saja bangun tidur. Ketika itu gelap dan saya tidak terfikir ada orang di luar yang melihat saya," akuinya.

"Saya tidak pernah bercakap dengan siapa, tidak pernah melihat siapa pun. Tidak terlintas dalam hati saya, orang lalu dan melihat saya membuat kopi. Maksudnya, jika saya berdiri dan selesa di dapur saya, samaada berpakaian atau tidak itu adalah hal peribadi saya. Ini dapur saya," tegas ayah seorang anak berusia lima tahun itu.

Seorang jurucakap polis Fairfax, Mary Ann Jennings, mengatakan Williamson ditahan kerana mereka yakin dia ingin dilihat bogel oleh orang awam.

Lelaki berusia 29 tahun itu menghadapi ancaman penjara satu tahun dan denda USD2.000 jika disabitkan bersalah.

 

.

Film fan has 82 portraits of actress Julia Roberts tattooed onto his torso



Most film enthusiasts would be satisfied with a signed photograph to remind them of their favourite screen idol.
But Julia Roberts devotee Miljenko Parserisas Bukovic has opted for something a little more personal to prove his love for  the Pretty Woman star.
The newspaper vendor from Valparaiso in Chile has spent the last ten years - and about £1,300 - having 82 portraits of the actress tattooed on his torso and arms.

 Mr Bukovic, 56, started his collection after watching  Miss Roberts' Oscar-winning performance in the film Erin Brockovich. 



All of his 82 tattoos of the actress are inspired by scenes in the film.
Mr Bukovic said he plans to get more tattoos of the star on his chest, back and arms - as long as there is space and he has the money. 



.

Owh...Pilunya hatiku


“Dia sempat berjenaka dengan melafazkan akad nikah menerima saya sebagai isteri. Tak sangka impian itu musnah,” kata Tuan Norhidayah Tuan Lah, 24, tunang kepada Muhammad Nur Farhan Razali, 26, yang terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Bukit Gedombak, Jelor dekat sini, petang semalam. Kemalangan maut itu menyebabkan impian Muhammad Nur Farhan melangsungkan pernikahan bersama tunangnya itu sempena tarikh lahirnya ke-26 malam tadi, tidak kesampaian.

Kejadian memilukan itu berlaku kira-kira jam 4.10 petang, apabila kereta Proton Satria dipandu Muhammad Nur Farhan bertembung sebuah lori ketika dia dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya di Pulau Kues, Kuala Berang, Terengganu menuju ke rumahnya di Kampung Baung, Pengkalan Chepa.

Pasangan terbabit sepatutnya diijabkabulkan di masjid Kampung Baung malam tadi, namun kemalangan yang meragut nyawa Muhammad Nur Farhan menyebabkan hasrat itu berkecai.

Menceritakan perbualan terakhirnya, Tuan Norhidayah yang juga lepasan Kolej Komuniti Selayang, Selangor, berkata dia dihubungi Mohd Nurfarhan kira-kira jam 2.30 petang semalam.

“Saya hairan kerana dia (arwah tunang) terlalu ceria dan ghairah untuk bernikah petang tadi (semalam). Ketika berbual melalui telefon, arwah sempat melafazkan ‘Aku terima nikah Tuan Norhayati Tuan Lah dengan mas kahwinnya sebanyak..., tunai’, melalui telefon menyebabkan saya terharu.

“Dia memberitahu akan tiba ke rumah saya di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, kira-kira jam 4 petang untuk mengambil baju persalinan pernikahan,” katanya yang sempat berbual dengan tunangnya itu selama kira-kira 15 minit.

Tuan Norhidayah berkata, tidak menyangka itu perbualan terakhir antara mereka berdua.

“Saya tidak menyangka kejadian ini akan berlaku. Ketika berada di sebuah kedai berdekatan rumah kira-kira jam 5 petang semalam, saya dihubungi keluarga lelaki menyatakan Muhammad Nur Farhan terbabit dalam kemalangan.

“Saya tak percaya sebelum bergegas ke hospital bersama keluarga untuk melihat keadaan sebenar. Walaupun diberitahu mengenai kematiannya, saya seperti sukar menerima kejadian yang berlaku ke atasnya,” katanya yang juga anak bongsu daripada lima beradik.

Tuan Norhidayah berkata, mengikut perancangan, dia akan tinggal bersama bakal suaminya itu di Felcra Pulau Kues, Kuala Berang, Terengganu.

“Sabtu lalu, kami bertemu kerana arwah pulang ke kampung dan dua minggu lalu, dia bercuti sakit selepas terbabit dalam kemalangan di Kecau-Merapoh, namun keadaannya beransur pulih beberapa hari lalu serta dapat memulakan tugas,” katanya.

Katanya, Allahyarham sebelum ini hanya datang merisik bersama keluarganya sebelum menetapkan tarikh pernikahan malam tadi bersempena hari lahirnya ke-26.

“Jika mengikut perancangan, majlis persandingan di rumah saya pada 13 Mac ini, manakala bagi pihak lelaki pula dua hari berikutnya,” katanya.

Bapa mangsa, Razali Salleh, 50, dari Kampung Baung, berkata dia yang sedang sibuk memasang khemah bagi persiapan majlis persandingan anak sulungnya itu terkejut dimaklumkan kemalangan membabitkan anaknya, petang semalam.

Kakitangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Pasir Mas itu berkata, sebaik isterinya, Nur Aini Wan Jaafar, 50, dihubungi polis mengenai kemalangan itu, mereka sekeluarga bergegas ke hospital untuk melihat keadaan anaknya itu.

“Kebetulan saya sedang bercuti sebab nak buat persiapan persandingan anak.
Ketika dihubungi, saya sedang memasang khemah di rumah menyebabkan saya tergamam selepas isteri memberitahu anak terbabit dalam kemalangan maut,” katanya.

Menurutnya, keadaan arwah anaknya itu tidak berapa sihat kerana baru saja terbabit dalam kemalangan, namun begitu bersemangat untuk dinikahkan malam ini (malam tadi).


.

Pemuda maut terjun bangunan


Hasrat seorang pemuda meraikan perkahwinan kakaknya Sabtu ini tidak kesampaian apabila dia maut selepas terjun dari tingkat dua sebuah rumah kedai di sini bagi mengelakkan serangan sekumpulan lelaki.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad, berkata pemuda itu Khairul Helmi Kamaruddin, 20, mengunjungi sebuah pusat Internet di Taman Melati awal pagi tadi apabila sejurus kemudian sekumpulan lima lelaki bersenjatakan parang, rantai dan batang besi menyerbu masuk ke pusat itu pada 3.00 pagi.

Katanya, kerana ketakutan, Khairul Helmi serta tujuh pelanggan lain bergayut pada tingkap bangunan sebelum terjun bagi menyelamatkan diri.

"Tetapi malangnya Khairul Helmi patah tengkuk dan meninggal dunia di tempat kejadian, dua lagi koma manakala lima lagi sempat melarikan diri.

"Beberapa orang pelanggan lain sempat meluru ke bilik belakang pusat internet itu dan mengunci pintu ketika suspek menyerang meja kaunter bayaran dan memukul juruwang.

"Manakala seorang pelanggan diserang dengan parang dan seorang lagi ditarik keluar dan dibawa lari," kata Zainuddin.

Zainuddin berkata, motif serangan itu dipercayai balas dendam berikutan pergaduhan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Katanya, polis kini sedang mengesan kesemua suspek dan seorang lagi mangsa yang dibawa lari itu.

Sementara itu, kakak mangsa, Norazlin Khamaruddin, 27, berkata beliau mengetahui kejadian yang menimpa adik bongsunya itu kira-kira jam 6.30 pagi ini setelah dimaklumkan oleh rakan adiknya.

Norazlin berkata, beliau percaya serangan itu berpunca daripada tindakan balas dendam berikutan seorang lelaki dipukul di Ayer Panas, Setapak dua minggu lalu.

Beliau terkilan perkahwinannya tidak dapat diraikan bersama adiknya itu.

"Khairul sudah berjanji untuk membantu meringankan beban saya pada hari bersejarah tersebut tetapi tidak kesampaian dan saya terpaksa meneruskannya walaupun dalam keadaan bersedih," katanya.



.

Moments from tragedy


Just seconds after this picture was taken, the rider was crushed to death when her horse fell on her.


Focused and determined, she sails over the fence on the cross-country course.
But Jo Rugman was just seconds from tragedy when this picture was taken.
The mother-of-two fell from her horse at the next fence and was killed as her husband and young daughter stood yards away.

Mrs Rugman, 37, is thought to have been crushed by the horse after the animal clipped the top of the fence and fell on her.
Her death is the first fatality of a rider in the sport of team chasing since its inception in 1974.

Mrs Rugman, an experienced rider who was secretary of the Warwickshire Hunt, was following her three team-mates over a tyre fence at the course on a farm outside Cirencester, Gloucestershire, when her gelding, Fitzwilliam Square, stumbled.
The horse was unhurt, but the seriously injured Mrs Rugman was airlifted to the John Radcliffe Hospital in Oxford where she was pronounced dead a short time later.


The photograph was given to the Daily Mail with the blessing of her husband John, 40, a director at PricewaterhouseCoopers who heads the professional services firm’s regional valuations practice.

He was at the event with their seven-year-old daughter Isabel. The couple’s son Harry, nine, was not there. 
Mr Rugman was yesterday being comforted by relatives at the family’s £700,000 farmhouse outside Banbury, Oxfordshire.
He said their children were both ‘keen riders’ and added: ‘Jo was a wonderful wife and mother, and an inspiration to her family. She was a gifted horsewoman operating at the top of her game, who will be sorely missed by everyone.’ 

Mr Rugman said his wife had ‘really connected with a great many people, and it is their support now which is giving me such strength’. In team chasing the teams set off at intervals and race against the clock, the time of the third member of each team being taken as the time of the team.

Many teams use four riders and horses so they can still compete if one horse falls or refuses a fence.
Mrs Rugman’s team, A Class Act, was the second of around 15 teams set to negotiate the course. The event on Sunday, organised by the Vale of White Horse Hunt, was abandoned after the tragedy.
Yesterday team member Jessica Lewis said Mr Rugman had persuaded the team to keep competing in his wife’s honour.

Miss Lewis, speaking on behalf of team-mates Andrew Shipley and Charlotte Alexander, said: ‘Jo was  a beautiful and brave rider, and fiercely competitive. She was always smiling and was a true team player.
‘The team will never be the same without her, but in our hearts we know she will always be with us.’
Sam Butler, joint master of the Warwickshire Hunt, said Mrs Rugman was ‘as good on a horse as anyone I know in Warwickshire’.


Sunday’s event was a qualifier for the national championships and attracted competitors from across the country.
Minutes before the tragedy involving Mrs Rugman, a horse snapped a leg bone while galloping between fences and had to be put down.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!