Tuesday, April 26, 2011

Siti Sarah Hamil


Nampaknya, Siti Sarah Raisuddin yang bernikah dengan Shuib Sepah pada 26 Februari 2010 yang lalu telah pun disahkan hamil sebulan setengah khabarnya..

Sarah Raisuddin yang hampir setiap minggu menemani suaminya ahli kumpulan Sepah di Studio Finas itu kelihatan nampak comel dan sudah nampak sedikit buncit dan bulat pada bahagian perutnya walaupun tidak sampai dua bulan hamil.

Tahniah, tentu seronok dapat menimang cahaya mata di awal perkahwinan mereka ini.



.

Siapa hilang jari?? (Owh dah tau...)


Sepuluh jari yang ditemui dalam sebuah beg plastik berhampiran Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTMB) di Kuang semalam adalah milik seorang bekas banduan yang baru dibebaskan baru-baru ini.

Bekas banduan yang berumur 29 tahun itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh berikutan kejadian itu dan keadaannya dilapor stabil.

Adik lelaki banduan berkenaan yang enggan dikenali ketika ditemui di hospital itu hari ini percaya jari yang ditemui itu milik abangnya setelah abangnya ditetak dua hari lalu.

"Kami tidak tahu apa motif kejadian ini dan dia (mangsa) tidak mahu bercerita mengenai kejadian tetak itu," katanya.

Beliau berkata, abangnya baru keluar penjara selepas sebulan dipenjarakan dan ketika ini tidak mempunyai pekerjaan.

Semalam, seorang pekerja KTMB yang memeriksa trek kereta api terkejut apabila menemui 10 jari manusia dalam sebuah beg plastik.

Turut ditemui dalam beg plastik itu ialah pita pelekat berwarna hijau, manakala sehelai baju berwarna hitam berbelang putih serta seluar panjang hitam ditemui berhampiran beg plastik itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Rahim Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya menahan seorang individu yang dipercayai dapat membantu siasatan kes itu.

"Kami kini sedang mengesan individu-individu lain untuk membantu siasatan," katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu supaya menghubungi balai polis berhampiran.



P/S - Entri terdahulu [~//~]




.
.

Millionaire Manchester City striker Mario Balotelli pays out £10,000 in parking fines


Manchester City striker Mario Balotelli has racked up nearly £10,000 in parking fines and had his white Maserati impounded an astonishing 27 times, it has emerged.
The £100,000-a-week Italian player's attitude to the city's parking regulations has left his club's liaison officers exasperated - especially as each time the car is towed away, they have to go and get it back.
A source at the club told The Sun newspaper: 'Mario will drive from his luxury apartment to a restaurant a few streets away and leave the car on double yellows.

 The other week the Maserati misfired so he just abandoned it. Staff have had to bail it out 27 times.

'The valet the club uses empties the glovebox of tickets every time he cleans it. Mario doesn't seem to care. It's a drop in the ocean to him.'

Balotelli's remarkable attitude to money was further highlighted in the report which stated he was once allegedly pulled over by police with £25,000 in cash on his passenger seat.

When asked why he had the money he simply said 'Because I can'.
Balotelli has also had to pay out £300,000 in club fines, most recently for throwing darts at a youth team player.
And on the field he has had ten yellow cards and two reds in just 24 appearances.
He is also said to have a generous side and gives money to the homeless around Manchester. In the latest act of kindness, The Sun reported he gave £1,000 to a tramp outside a casino after securing a £25,000 win.


His private life is just as colourful. Last August he ended his relationship with model girlfriend Melissa Castagnoli by text message.

But she got her revenge by reading the messages out live on air.
The two texts Castagnoli received from Balotelli read: 'I’m back (Balotelli had caught a private jet from Manchester to Italy) to make you change, but never mind, you’re sunk. Everything is against you tomorrow, bye!'

'You‘re a stupid girl, the real problem is not a child, but stupid! Say hello to the (presenter), which is good for you! Um, OK.'

He was also accused of cheating on model and former Big Brother contestant Sophie Reade with her best friend, another glamour girl named Faye Evette.

Reade, 25, then used as series of posts on her Twitter page to attack both her friend and Balotelli.

One of which read: 'Would like to let everyone know @FayeEvette is a s*** and slept with the guy I was seeing! What a friend and welcome 2011. Mario Balotelli is a ****er!!'




.

Kereta terhumban ke gaung


Seorang terbunuh manakala empat lagi cedera parah selepas kereta yang dinaiki mereka terhumban ke gaung selepas terbabas di Kilometer 187.5, Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara dekat sini, awal pagi tadi.

Mangsa yang maut dalam kejadian jam 5.40 pagi itu ialah R Selvakumaran, 21, dari Taman Kayangan, Simpang Empat, Hutan Melintang, Perak.

Kereta yang dipandu mangsa dari arah Johor Bahru menuju ke Kuala Lumpur, dipercayai dipandu laju sebelum hilang kawalan dan terbabas lalu terhumban ke gaung bersebelahan lebuh raya berkenaan.



.

Berkemban kerana tuntutan skrip dan babak yang sesuai..


KEHADIRAN bakat baru dalam bidang seni tanah air yang silih berganti membuatkan ada di antara mereka melakukan pelbagai cara untuk dikenali.
Ada di antara mereka yang sanggup mencetus kontroversi secara sengaja atau tidak semata-mata untuk popular.
Antara yang dikenali kerana cerita kontroversi adalah Arja Lee dalam filem ...Dalam Botol dan Zul Handy Black menerusi filem Mantra.

Terbaru yang dilihat cuba mengikut jejak langkah dua pelakon tersebut untuk dikenali segera adalah Kilafairy.
Pelakon yang nama sebenarnya, Syakila Nisha Jahangir Khan, 19, itu dikatakan sengaja berkemban dalam filem Karak arahan Yusry Abdul Halim untuk mencipta kontroversi dan populariti.
Ketika soalan itu diaju kepadanya, Kilafairy menafikan dia berkemban untuk mencari populariti atau kontroversi sebaliknya apa yang dilakukan sekadar mengikut skrip dan babak yang sesuai.

Katanya, apa yang dilakukan adalah mengikut jalan cerita dan bukan sengaja mencari publisiti murahan.
Anak penyanyi Rohana Jalil itu berkata, apa yang terlintas di fikirannya hanyalah untuk memberi lakonan berkesan pada adegan tersebut.
" Adegan berkemban itu dibuat pada pukul enam pagi. Sejuknya memang tidak terkata. Untuk adegan itu, Kila sebagai Ida sedang mandi di kampung, jadi sudah tentulah berkemban.

" Kila sedar kesan selepas orang ramai melihat adegan tersebut. Terpulang pada pandangan masing-masing. Bagi Kila ia dibuat berdasarkan kesesuaian skrip dan tidak ada maksud lain," jelasnya yang turut berlakon drama Ayu Suraya.
Kilafairy yang mengaku dirinya seorang penakut namun sanggup berlakon filem bergenre seram semata-mata mahu mencabar kebolehan diri.
Disebabkan filem Karak juga berat badan Kila naik sebanyak dua kilogram (kg) iaitu daripada 44 kg kepada 46 kg.


" Macam mana berat badan tak naik. Penggambaran pula malam. Di lokasi makanan banyak, lepas makan tidur sementara menunggu penggambaran babak Kila," katanya tersenyum.
Menurut pelajar jurusan pemasaran dan pengurusan fesyen di Kolej Raffles, Kuala Lumpur ini, sejak kecil beliau minat berlakon bagaimanapun peluang menyanyi datang terlebih dulu.
" Walaupun orang kenal Kila dalam bidang nyanyian, namun minat sebenar Kila adalah lakonan. Sekarang ini pun kalau ada undangan, Kila akan terima.

" Selalunya untuk persembahan tertutup, orang minta Kila nyanyi lagu Hindi. Lagu-lagu lain Kila nyanyi juga. Sekarang ini bila sudah berlakon, ikut kelapanganlah," kataya terus-terang.
Kila yang mengaku tidak pernah mempunyai teman lelaki tapi ramai yang cuba mendekatinya itu berkata, jika tidak ada halangan beliau akan muncul dengan single sebagai platform dalam bidang seni suara.




.

Resah seorang ibu tunggal


Sudah hampir lima tahun, Ramlah Abdul Rahman, 55, memohon untuk mendapatkan rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan sejak itu, dia tidak pernah berhenti mengharap.

Namun, apabila ibu tunggal itu menerima notis supaya mengosongkan kediaman yang juga tapak gerainya selewat-lewatnya pada 1 Mei ini, dia mula resah, bingung dan tertekan memikirkan masa depan keluarganya.

"Makcik tidak tahu ke mana hendak menumpang berteduh selepas ini kerana selepas tarikh itu, bekalan api dan air juga akan dipotong. Makcik kini cuma berharap rumah PPR sahaja," katanya ketika ditemui di satu kawasan di Jalan Sultan Ismail di sini, semalam.

Sehubungan itu, Ramlah merayu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) agar mempercepatkan proses permohonan penyewaan rumah PPR yang dikemukakannya pada Jun 2006 dan April lalu.

Dia dan adiknya, Mohamad serta dua anak Mohamad yang menumpang di tanah simpanan milik Uda Holdings, yang sebelum ini dijadikan tempat parkir sejak 1999 itu, mengakui menerima notis pertama pada tahun 2009.

Bagaimanapun, katanya, atas pertimbangan Uda Holdings, Ramlah dan Mohamad dibenarkan tinggal di situ dan meneruskan perniagaan menjual makanan dan minuman untuk pekerja-pekerja kontrak di tapak pembinaan di situ.

"Bagaimanapun, sejak projek pembangunan di sini terhenti hampir dua bulan lalu, perniagaan makcik juga terpaksa dihentikan dan bagi meneruskan kehidupan makcik membuat nasi lemak bungkus dan diletakkan di gerai-gerai berhampiran," ujarnya.

Utusan Malaysia yang berkunjung ke kediamannya sebak sedikit melihat keadaan kediaman keluarga itu berikutan persekitarannya cukup daif dan langsung tidak sesuai dijadikan tempat tinggal, lebih-lebih lagi untuk pembesaran anak Mohamad iaitu Akash dan Aiman yang masing-masing berusia 10 dan 7 tahun.

Gerai dan pondok yang didirikan berhampiran sebatang pokok besar di situ menjadi tempat berteduh dan bermain oleh kedua-dua kanak-kanak itu sejak dilahirkan.

Kata Ramlah, permohonan penyewaan PPR pada 2006 dibuat atas namanya manakala permohonan kedua pada April 2011 pula menggunakan nama Mohamad, namun sehingga ke hari ini, maklum balas yang diterima menghampakan.

Ramlah yang mempunyai empat anak dengan tiga daripadanya sudah berumahtangga berkata, dia tidak mahu menyusahkan anak-anaknya kerana kehidupan mereka juga yang agak sederhana.

Katanya, apa yang lebih menjadi keutamaan mereka sekarang ialah tempat berteduh supaya Akash dan Aiman, yang kini bersekolah di Sekolah Kebangsaan Kampung Baru, boleh terus bersekolah.

"Bagaimana hendak mencari rezeki bagi meneruskan kehidupan, itu boleh diusahakan jika sudah ada tempat tinggal," katanya penuh mengharap.




.

White Pouch GA oleh 'Lulu Caldina' DAN 'Lenloy-Closet'.


Woop, masa untuk ber-giveaway.................
Tak sampai pun 2 minggu lepas 1st giveaway lulu, sekarang jom kita memeriahkan giveaway kedua lulu caldina bersama lenloy-closet... Seorang pemenang akan memenangi white pouch menawan...
Ni adalah anjuran 2 blog yer, harap maklum, sebab white pouch yang menawan tu adalah tajaan dari lenloy-closet.. Butik online yang meletakkan iklan kat lulu-pages ni..(Hoho, best ada sponsor, boleh buat giveaway selalu..*wink)...Blognya cantik sangat....lulu suka...yeah..Jom terjah....







Dan seperti biasa, nak join kena patuhi syaratnya...
1. Merupakan follower lulu-pages....dan kena follow juga blog lenloy-closet..
2. Letak banner hadiah diatas, kat entri dan sidebar dan link ke entri ini.
3. Tag 2 orang.
4. Tinggalkan link (URL ENTRI) kat komen ni..Beserta id follower.




Hadiah 'mungkin' akan ditambah jika ramai penyertaan...Harap maklum.


Tarikh Tutup adalah : 08.04.2011-26.04.2011  ~ 11.00PM



.

Nyaris maut..


Seorang kakitangan sebuah syarikat penyelenggaraan nyaris maut selepas terkena 'hujan asid' menyebabkan jaket, baju serta seluar dalam yang dipakainya hancur dalam kejadian di sebuah kilang baru-baru ini.
Insiden berlaku apabila paip asid untuk pemprosesan produk di kilang tersebut bocor ketika kerja-kerja menguji ketahanan paip berkenaan dilakukan oleh Mohd. Riza Jaafar, 35, bersama dua lagi rakannya.

Menurut Mohd. Riza, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi pada 17 Mac itu berlaku ketika dia baru hendak memulakan kerja di sebuah kilang bahan kimia di kawasan perindustrian Teluk Kalong, Kemaman.
Katanya, secara tiba-tiba paip saluran asid di situ pecah dan terus mengenainya menyebabkan dia segera menyelamatkan diri.

"Apabila saya sampai bawah saya dapati saya sudah berbogel sebab semua pakaian saya sudah hancur dan yang tinggal hanya topi keselamatan, cermin mata dan kasut.
"Selepas itu saya terus mencari paip air dan mandi sebab tidak tahan sakit," ceritanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Padang Tanjung, Bukit Payung dekat sini semalam.




.

“Demi Allah, saya tidak ada niat nak bercerai.”


Isteri pelakon Shaharuddin Tambi mengemukakan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur semalam, atas alasan tidak wujud persefahaman dalam perkahwinan mereka yang dibina hampir 33 tahun lalu, selain mendakwa tidak mendapat pembelaan sewajarnya sebagai isteri.

Plaintif, Nor’aini Muhammad, 51, berkata demikian ketika ditanya Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin, berhubung permohonannya itu terhadap Shaharuddin (defendan), 54, dan memberitahu mereka masih tinggal serumah tetapi berasingan bilik, antara dua atau tiga tahun lalu.

Nor’aini berkata, hubungannya dan suami selalu tidak menentu selain banyak bersabar dengan perbuatan defendan termasuk yang terbaru membabitkan kes antara anak dan menantu mereka.
Menjawab dakwaan itu, Shaharuddin berkata, “Demi Allah, saya tidak ada niat nak bercerai.”

Katanya, dakwaan isterinya tidak mendapat pembelaan sewajarnya berdasarkan kepada tindakan beliau membantu menyelesaikan pergaduhan kes anak lelaki dan menantu mereka, baru-baru ini.

“Saya ingin menyelamatkan suasana dengan memarahi anak lelaki kami supaya lebih bertanggungjawab. Waktu itu menantu menelan lima pil tekanan dan apabila ditegur beliau telan lima lagi sehingga lemah dan terjatuh.

“Saya dan anak memapah menantu saya itu dari tingkat lima untuk dibawa ke hospital menyebabkan isteri saya mendakwa saya lebih mengutamakan menantu kerana apa yang menantu saya hendak beliau akan dapat, ” katanya.
Shaharuddin yang kini berlakon dalam filem Ratu The Movie berkata, isterinya mengalami perubahan emosi ketara selepas menjalani pembedahan barah rahim bagi mengelakkan penyakit pada peringkat bahaya itu merebak sehingga menjejaskan kesihatannya.

Katanya, doktor yang merawat isterinya sudah menasihatkannya supaya bersabar dengan emosi pesakit yang akan berubah-ubah dan perkara itu sememangnya berlaku, berkemungkinan emosi terganggu sehingga mendesaknya untuk bercerai.

Shaiful Azli kemudian menetapkan 15 Jun depan untuk sebutan semula kes bagi memberi peluang kepada pasangan itu mendapatkan khidmat kaunseling sebelum memutuskan sama ada meneruskan permohonan bercerai atau tidak.

“Saya syorkan kedua-dua menghadiri kaunseling di pejabat agama. Sayang rumah tangga dibina lama runtuh. Sepatutnya pada usia tua kamu perlu beribadah, bercuti dan menjaga cucu bersama-sama, ” katanya.

Pasangan itu bernikah pada 25 November 1978 dan dikurniakan tiga anak. Sebelum ini, mereka pernah bercerai pada 7 Ogos 1984 sebelum rujuk semula keesokannya.




.

15 jenis makanan dilarang jual di kantin sekolah


Makanan diproses seperti burger, hotdog dan nuget serta teh dan kopi adalah antara 15 jenis makanan 'tidak sihat' yang dilarang dijual di semua kantin sekolah rendah dan menengah seluruh negara mulai bulan depan.

Makanan lain ialah mi segera, gula-gula dan coklat, konfeksi ais dan aiskrim, makanan jeruk, makanan mengandungi pewarna serta perisa tiruan, minuman berkarbonat dan jajan. Larangan itu adalah berdasarkan Garis Panduan Pemakanan Sihat Di Sekolah yang diputuskan oleh Kementerian Kesihatan.

Bagaimanapun, ada 70 jenis makanan, termasuk nasi lemak dihadkan kekerapan jualannya kepada dua kali seminggu, disenaraikan sebagai makanan yang boleh dijual mengikut garis panduan baru yang dirangka bagi menangani masalah obesiti (kegemukan) dan diabetes di kalangan pelajar.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata cadangan itu terkandung dalam draf garis panduan penjualan makanan di kantin sekolah yang diputuskan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada 4 April lalu.

Beliau berkata, cadangan penyenaraian 70 jenis makanan dan larangan 15 jenis makanan itu disediakan Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan mengikut peruntukan Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

“Larangan penjualan makanan tidak sihat sejajar dengan usaha kementerian menangani masalah obesiti dan diabetes yang semakin meningkat di kalangan rakyat, terutama kanak-kanak. Ia langkah mencegah peringkat awal,” katanya kepada Berita Harian semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai sebelum ini mengumumkan, peraturan itu adalah langkah proaktif kerajaan bagi menangani peningkatan masalah obesiti dan diabetes di kalangan pelajar dengan kajian Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 2002-2008 menunjukkan satu daripada empat kanak-kanak mengalami obesiti.
Kajian universiti sama juga menunjukkan, 88.6 peratus pelajar membeli makanan dan minuman yang disajikan di kantin sekolah, sekali gus meningkatkan lagi hasrat kerajaan untuk memastikan makanan sihat dijual di sekolah.

Turut dicadangkan ialah supaya Indeks Jisim Badan (BMI) wajib direkodkan dalam kad laporan prestasi pelajar berbanding amalan sebelum ini yang hanya mengkehendaki guru merekodkan berat dan ketinggian pelajar.

Pakar pemakanan UKM, Prof Dr Mohd Ismail Mohd Noor, berkata amalan merekodkan BMI diamalkan negara maju seperti Amerika Syarikat seawal kanak-kanak berusia dua tahun bagi membolehkan mereka dibimbing dengan amalan pemakanan dan aktiviti fizikal sihat.

“Obesiti sebenarnya disebabkan pelbagai punca makanan, namun peraturan baru itu adalah permulaan baik dalam memastikan pelajar mendapat makanan sihat dan seimbang di sekolah sebelum ibu bapa memainkan peranan di rumah dengan memastikan amalan baik diteruskan,” katanya.

Kajian menunjukkan masalah obesiti di kalangan kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun meningkat daripada 9.7 peratus pada 2001 kepada 13.7 peratus pada 2007. Peningkatan dikaitkan dengan amalan pemakanan tidak sihat dan aktiviti fizikal tidak aktif, iaitu 76 peratus kanak-kanak didapati menghabiskan sebahagian besar masa dengan menonton televisyen atau duduk di hadapan komputer.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!