Thursday, June 2, 2011

Si Hijau Oren Yang Menawan...


Sepatutnya, hadiah ni sampai ke tangan lulu tepat 28.05 baru-baru ni, tepat di hari lahir lulu.. (jelas kat bungkusan), namun oleh kerana tengah sibuk makan angin, lulu lewat terima...


Dup dap dalam dada, tak tahu apa ke benda yang berada didalam bungkusan pos laju tu..
Bila pegang, lembut jer...
Sebaik melangkah masuk ke dalam kereta ku yang masih kemek kena langgar motor ni 
lulu terus buka bungkusan dengan gelojoh..hoho, sila jangan tiru...
Dan terserlah si hijau oren yang menawan..
Walaupun lulu sukakan biru, namun pilihan 'my kakak' ni, memang lawa..
best buat raya ni....


Lulu terharu dengan hadiah dari my kakak ni...
My kakak, semoga hubungan silaturrahim antara kita terjalin sampai bila-bila...
Terima kasih my kakak dengan hadiah ni...
(hari tu bercuti di banting..ngee)




Selamat raya korang... hoho mode raya sudah tiba!!




.

Mayat Dijumpai Di Atas Siling Rumah Kosong Di Sungai Petani


Mayat seorang lelaki ditemui di atas siling sebuah rumah yang kosong di Taman Ria Jaya di sini Khamis.
Lelaki berkenaan dipercayai terkena kejutan elektrik ketika cuba mencuri wayar elektrik di rumah itu yang kosong sejak pemiliknya berpindah sejak dua tahun lalu.

Pemilik rumah tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Faridah kembali melihat keadaan rumahnya itu hari ini.

"Apabila sampai kira-kira 10.30 pagi tadi, saya ternampak lelehan cecair seperti darah mengalir turun daripada siling rumah saya. Saya lalu memeriksanya dan terbau seperti benda terbakar.
"Saya mengesyaki sesuatu yang tidak kena lalu terus melaporkan kepada pondok polis berdekatan," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata anggota polis dari Pondok Polis Insiatif Bandar Selamat yang tiba kemudiannya lalu memeriksa siling itu dan ternampak sesuatu seperti kaki manusia dan akhirnya menemui mayat tersebut.
Mayat itu kemudiannya dikeluarkan oleh anggota Bomba dan Penyelamat Sungai Petani kira-kira tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Hashim Ali berkata mayat itu telah dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat.




.

CONTEST BEST HEADER EVER!!!





Hoho, header yang lulu buat sendiri...
Takde suruh orang buatkan..
tapi kalau ada orang nak buatkan, lulu terima dengan senang hati..ekeke
Semoga lulu bertuah dan menang contest ni...
Korang, fuh fuh, cepat doakan lulu.. ngee
Nak join sila klik banner kat atas sekali...
Tarikh tutup adalah : 01.07.2011



.

'asleenda simple mimple GA'


Jom giveaway, esok dah tutup... Blog yang lawa...hoho, leh tak lulu-pages selawa itu???
Tag makbed.. Jom makbed...........
Tarikh Tutup : 03.06.11
Kalau korang berminat nak join, sila ringan tangan klik pada banner yer...

"Sakai 1st Giveaway"


Siapa nak free top-up???
Kalau nak, kenalah join Giveaway ni..
Hoho blognya comel wooo, cuba klik pada banner tengok..


Lulu nak tag makbed, nini dan cik bintang....
Sempat lagi ni......




.

June For Love Give-Away



Lama tak join giveaway...
mari kita serbu, siapa tau bertuah, leh menang, kan....
Hoh lulu memang suka bulan jun...
Apatah lagi, jun adalah bulan tengah tahun..


Lulu nak tag makbed dan nini untuk join bersama...
Tarikh tutup : 30.06.2011





.

Risiko menghidap kanser otak..





Pengguna-pengguna telefon bimbit berisiko menghidap kanser otak dan mereka dinasihatkan menggunakan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan alat pendengaran telefon, kata beberapa pakar barah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Menurut WHO, penggunaan SMS dan alat pendengaran telefon itu akan mengurangkan si pengguna terdedah pada gelombang telefon bimbit.
Medan frekuensi elektromagnetik radio yang dibebaskan telefon bimbit berisiko menyebabkan kanser pada manusia,” kata kenyataan Agensi Antarabangsa untuk Penyelidikan Kanser (IARC) selepas persidangan lapan hari diadakan di Lyon Perancis kelmarin.
Pakar-pakar membuat rumusan itu berdasarkan penelitian ke atas kajian melibatkan manusia dan kajian epidemiologi yang menunjukkan peningkatan berlakunya glioma iaitu sejenis kanser otak,” kata Presiden IARC, Jonathan Samet.
Dua kajian utama menunjukkan mereka yang paling kerap menggunakan telefon bimbit lebih berisiko dijangkiti kanser otak, katanya dalam satu sidang akhbar melalui telefon.
Beberapa individu berisiko tinggi yang dipantau dalam kajian-kajian tersebut telah menggunakan telefon bimbit mereka pada kadar purata 30 minit sehari selama 10 tahun.
“Kami tidak dapat meramalkan apa yang akan berlaku sekiranya orang ramai menggunakan telefon bimbit untuk tempoh masa yang lebih lama dan sepanjang hayat mereka,” kata Samet.
Terdapat sekitar lima bilion telefon bimbit berdaftar di dunia dan jumlah itu serta masa penggunaannya semakin meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Jelas IARC, bukti saintifik menunjukkan telefon bimbit berpotensi menyebabkan kanser tetapi ia masih perlu dibuktikan.


.

Lupa? Berapa lama lupa???


Bayi perempuan sembilan bulan yang ditemui tidak bernyawa di dalam bilik di rumah ibu bapanya di sini kelmarin, disyaki mati kelaparan akibat terlupa diberikan susu.

Lebih menyayat hati keputusan bedah siasat yang dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh mendapati Nurliyana Muhammad Hafizi sudah 36 jam meninggal dunia sebelum mayatnya ditemui.
Nenek mangsa hanya mahu dikenali sebagai Azizah, 68, berkata seluruh ahli keluarga trauma dan sedih dengan kejadian menimpa cahaya mata kepada anak lelakinya itu.

Namun dia menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang mengaitkan kematian mangsa disebabkan didera secara fizikal oleh anak atau menantu perempuannya.

“Saya akui ibu bapa mangsa menghidap sakit mental tapi belum sampai tahap sanggup mendera anak sendiri hingga mati, malah mangsa adalah anak kedua mereka.

“Jika benar mereka tidak pandai menguruskan anak dan tidak berperikemanusiaan, mustahil mereka boleh membela serta membesarkan kakak mangsa yang berusia dua tahun,” katanya ketika dihubungi, semalam.




.

" Penulis Senja Bagi Iklan Percuma "



PS pelawa lulu join segmen terbarunya...
Dan segmen yang mudah, namun best gak eh kalau dapat di review..
Lama lulu-pages tak direview...ngee...


Lulu nak lulu-pages direview, sebab blog ni memang sarat dengan info-info yang wajib dikongsi bersama..
rugi tak baca.. hoho..

Bagi lulu, blog PS memang dah lawa... Apatah lagi dengan warna biru tu... Haih tak tau kenapa suka dengan warna biru.. Tapi siyes, memang lawa.... So, buat masa ni, PS tak perlu nak buat apa2 lagi dengan blog tu... Dah terbaek... Dan yang paling penting, PS ni rajin buat segmen... aktif... Tak hairan follower pun dah ramai...




P/S - Sila pilih lulu-pages eh...



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!