Thursday, June 9, 2011

Tips untuk dapat Buffered Earning



Hari ni hari khamis.. alaa semua orang pun tahu...

Hari khamis hari keempat lepas hari isnin.. ish, tulisan budak sekolah ke?

Dan, hari ni, lulu dapat BE ketiga untuk minggu ni...

Maksudnya, hari isnin dapat 1..

dan seterusnya sehinggalah hari ni..



Bertuahnya???

Yer, lulu memang bertuah.. syukur alhamdulillah..





Tapi macam mana nak dapat BE?

"saya dah bertahun berblogging, tapi BE susah nak dapat... kalau ada pun kejap jer lekat terus turun gi ME (metered Earnings)... Jangankan nak berpuluh ringgi, ringgit pun susah woo"
Lulu dah hampir setahun berblogging... bila mula baca entri orang, dapat BE 1 jer pun dah bersorak kat entri.. Hoh, masa tu blurr jer kan.. Terus buka nuff, tengok BE sendiri, laa aku ada 7, tapi tak pernah lak sorak kat entri.. (Bukan apa, sebab tak reti..ekeke).



"Saya tak pernah ada BE.. selalu nampak orang tulis dalam entri.. Tapi haram apa pun tak tau.."
Memula, pasang nuffnang, lulu pun tak tahu apa tu BE, ME... Hairan juga selalu tak bertambah duit dalam akaun nuff tu.. Pernah lulu sangka, sistem ada masalah, sebab pendapatan tak pernah bertambah...

Tapi sekarang pun masih tak berapa tahu :)

Apa yang lulu tahu, dalam iklan nuff, kalau kita dapat iklan BE, hoh itu dah kira baik.. Masa tu lah masa yang paling tepat untuk up trafik dan kaut sebanyak-banyaknya PV/trafik. Tapi, BE ni, dia kumpul dulu...... Bila satu masa, duit dah tak pandai bercambah, hah, dalam 2 hari turunlah ke ME... yang mana ME ni takkan bertambah dah.. statik jer kat situ, dan otomatik duit dah jadi total. maksudnya leh lah cash out jika cukup RM50...



"Macam mana nak dapat BE sekali gedabak, dapat 1k, 2k..."
Ini jangan tanya lulu lah.. Lulu pun tak pernah dapat 1k, 2k lagi.... Tapi bagi lulu, PV/ trafik kena jaga...

Tak guna tau follower ribu riban, tapi tak jengah ke blog kita... Huh, sedih dengar, tapi ketahuilah, something tak kena dengan blog kita.. Orang mungkin tertarik nak follow, tapi setia ke dia dengan blog kita? Maksudnya, adakah dia akan datang kembali, dan lagi dan lagi???





Lulu, bukan nak buat entri ni, untuk menunjukkan yang lulu dah pandai... Tapi, wajarlah kita berkongsi sesuatu untuk pengetahuan orang lain.. Lagipun, masa lulu bermula dengan nuff dulu pun, lulu tak tahu apa2. Dan lulu memang amat memerlukan penjelasan yang terperinci untuk berada dijalan yang betul..













Jangan sangka, sesebuah blog yang famous amos tu, memilki BE yang banyak...

EH, cuba bukalah mana2 blogger tu, dan tengok/baca bila mereka buat entri mengenai BE..

Sungguh, sama jer dengan blogger baru.. Kadang-kadang BE lekat, kadang tu entah sesat kat mana...

Siyes bagi lulu, BE yang banyak ke sikit, tak payahlah nak risau sangat..

sebab, ala, kalau banyak sangat BE pun, boleh ke nak beratur menari-nari kat blog tu?

Susah, kan? baiklah ada sekurang-kurangnya 1, hah, elok jer dia gelek kat iklan tu..





Bila dah lekat iklan BE tu, jangan pula korang malas nak cari PV/trafik..

maksud lulu disini, updatelah blog... berceritalah sesuatu yang menarik, the bomb, yang boleh membuatkan pembaca membaca.. itu yang penting.. Takkanlah korang buat blog untuk baca sendiri, kan? baik tulis dairy.. Buat/tulis sesuatu yang menarik dan berisi' maksudnya yang dapat memberi faedah bersama orang lain..

Dan rajinlah BW...apa tu BW? Blog walkinglah...ekeke..





EH, tau tak, buat segmen dan giveaway/contest juga berpotensi besar untuk menjana BE eh menggoda BE lekat kat nuff kita? hah... ni tips dari lulu...





Bagi yang buat blog tanpa tujuan dapat wang sampingan, kira tips lulu ni takde maknalah buat korang, kan? terserah eh... lulu sekadar berkongsi apa yang lulu tahu... semoga menjadi pengetahuan berguna buat kita semua...dan semoga rezeki lulu semakin murah....amin..





P/S - Entri ini adalah entri repost (hilang masa blogspot masalah hari tu...)




.

Lulu Caldina | Selamat Datang Follower ke 2000



Syukur alhamdulillah, impian lulu mencapai 2000 follower menjelang genap setahun lulu-pages pada 10 jun ini tercapai.... Malah awal dari itu.... 


Pada mulanya memang macam tak percaya, sebab sebulan sebelum ni, lulu pasang impian dan hebahkan kat blog.. Kalau tak tercapai, memang kira malu besar... Tapi redhalah kan....
Walau bagaimanapun, syukur alhamdulilah... lulu berjaya....


Lulu bermula dari beberapa follower, setiap hari naik sedikit demi sedikit..
Hati memang kena kuat dan usaha kena berlipat ganda...
Dari 1k, kini 2k... Dan sekarang lulu dah jadi tamak... nak 3k pula...
adakah tercapai? atau 4k menjelang ulangtahun ke 2 lulu-pages?
Hoho... memang berani mati tu....
Tapi, bagi lulu tidak ada yang mustahil asalkan kita mahu berusaha..
betul tak?


Buat semua blogger baru, lulu pernah ditempat itu...
Melihat mereka-mereka yang memiliki 500 follower saja sudah membuatkan lulu respek..
Apatah lagi ribu-ribu... Dalam hati, tertanya-tanya, apa rahsia kejayaan itu?
Dan, lulu kini berada dikeadaan itu...
sukar digambarkan perasaan gembira ini..
Dan semua ni diatas sokongan padu korang semua...
Terima kasih!!


Buat semua follower dan bakal menjadi follower lulu-pages,
juga buat nombor 2000 yang istimewa,
http://sukedukeblog.blogspot.com/



TERIMA KASIH...





.

Ending Cinta Melody yang tak best


Dah beberapa minggu layan cerita sinetron yang satu ini...
Lulu suka dengan pelakon wanita yang memegang watak melody ini...
Tahu tak nama betulnya? chelsea olivia...
Hoho adakah dia dinamakan sempena chelsea fc??? 


Cerita sinetron ini tak panjang...
Hanya sampai episod ke 36....
Hari tu seminggu tak nonton dek kerana sibuk makan angin..
Bila tengok jer dah tak faham apa-apa..
So, surfinglah kat internet...
Nak tengok juga adakah sweet couple, melody dan elang akan bersama juga akhirnya...
Hoh, pada penghujung cerita ni, rupa-rupanya melody kekal bersama suaminya...
Raffi..



Apa dah punya ending....




.

NEKAD | Semuanya gara-gara gila gadjet


Seorang remaja china, dikenali sebagai xiao zheng (si kecil zheng), minggu lalu telah menjual ginjalnya setelah melihat iklan online yang menawarkan wang kepada orang yang mahu mendermakan organ tubuhnya.

Zheng memperolehi 22000 yuan setelah pembedahan pengambilan ginjal di hospital di chenzhou, china. tindakan Zheng menjual organnya adalah kerana dia ingin mempunyai iPad2 buatan Apple Computers.

Sampai di rumah, ibu zheng, hairan melihat anaknya membawa iPad2, komputer notebook, dan sebuah iPhone. Semua gadget ini mahal untuk ibunya, dan kecurigaan pun bertambah setelah melihat bekas luka jahitan pembedahan di badan anaknya.

Bagi Zheng, iPad2 dan iPhone yang dibeli dengan menjual ginjalnya adalah contoh bagaimana apple dengan berbagai produknya menjadi produk yang harus dimiliki. Zhang beranggapan, dengan memiliki iPad2 dan iPhone, dunia berada dalam genggamannya, dan tidak peduli dengan komplikasi akibat pembedahan pengambilan ginjalnya.

 


.

Tolonglah jangan bergurau..


“Arwah sempat bergurau dengan berpura-pura lemas sebelum dia terus hilang daripada pandangan kami,” kata Mohd Nor Arif, 18, rakan kepada Mohd Ikram Hashim, 15, yang lemas ketika mandi-manda di Sungai Kedah berhampiran Tanjung Chali, di sini, petang kelmarin.

Mohd Ikram, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tajar, di sini, yang mandi bersama tiga lagi rakannya termasuk Mohd Nor dikatakan mengalami kekejangan kaki sebelum tenggelam ke dasar sungai berkenaan tanpa disedari tiga rakannya.
Sebelum kejadian Allahyarham bersama seorang lagi rakannya sudah naik ke tebing sungai, manakala mangsa masih leka manda bersama seorang lagi rakan mereka sebelum dia tiba-tiba hilang kira-kira jam 6.30 petang.

“Sebelum itu, mangsa sempat bergurau dengan berpura-pura lemas sebelum dia terus hilang daripada pandangan kami. Masa itu, saya dan seorang lagi rakan sudah naik ke tebing manakala seorang lagi berenang bersama arwah.

“Tiba-tiba dia hilang dan usaha mengesannya gagal menyebabkan kami bergegas membuat laporan di balai polis,” kata Mohd Nor ketika ditemui di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 7 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

“Berikutan itu anggota bomba, RELA dan penduduk kampung menjalankan gerakan mencari dan mayat mangsa ditemui jam 10.47 pagi semalam di dasar sungai kira-kira tiga meter daripada tempat mangsa dan rakannya mandi,” katanya.







.

Lelaki OKU hilang selepas keluar rumah

eorang lelaki kelainan upaya (OKU), Mohd Fikril Munir Mohd Yusoff, 25, dari Kampung Pida Tiga, Air Hitam dekat sini, hilang sejak 25 Mei lalu selepas keluar dari rumahnya.

Bapanya, Mohd Yusoff Saidin, 55, berkata dia dan isteri, Che Embun Mustafa, 50, menyedari kehilangan anak ketiga mereka itu selepas waktu maghrib pada hari sama apabila anaknya itu tidak pulang ke rumah.

"Kebiasaanya, Mohd Fikril keluar rumah merayau-rayau sekitar pekan Air Hitam dan Kuala Kedah dengan menunggang basikal dan akan pulang sebelum waktu maghrib.

"Saya bimbang kerana anak saya tidak boleh makan sendiri kerana keadaan fizikalnya tidak stabil," katanya.

Mohd Yusoff membuat satu laporan di Balai Polis Jitra sehari selepas kehilangan anaknya itu.

Orang ramai yang menpunyai maklumat mengenai Mohd Fikril boleh menghubungi Mohd Yusoff di talian 013-5229103 atau menghubungi Balai Polis Jitra di talian 04-9172222.




.

Artis masuk hospital..


Pelakon Rozita Che Wan, 38, dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby Subang Jaya, dekat sini kerana dipercayai menghidap hepatitis.

Sumber memberitahu, Rozita pada mulanya mendapatkan rawatan di pusat perubatan itu pada Isnin lalu selepas berasa sakit kepala dan akhirnya terpaksa ditahan untuk pemeriksaan.
“Doktor yang membuat pemeriksaan mengatakan Rozita menghidap hepatitis dan dia perlu ditahan untuk pemantauan,” kata sumber berkenaan.

Jelas sumber itu lagi, Rozita enggan menerima sebarang pelawat kerana mahu berehat melainkan ahli keluarga terdekat sahaja yang dibenarkan berhubung dengannya.
Akibat kejadian itu, beberapa penggambaran drama yang melibatkan Rozita terpaksa ditangguhkan sehinggalah pelakon itu benar-benar sembuh.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!