Tuesday, June 21, 2011

Hadiah sudah diterima..


Lulu dapat hadiah ni semalam, dari seorang rakan baik lulu...
Hah, selain makbed, Nini juga merupakan kawan baik/rapat lulu dalam dunia blogging ni..
Tapi lulu jarang cakap mengenainya kan???
selalunya makbed kan??? (oh makbed masih ditahan di hospital.. Bukaan masih 3cm)
Tapi, jom lah terjah blog nini... dan lihat apa keistimewaan nini di mata lulu menerusi blog kepunyaannya...


Sepatutnya, hadiah dari nini lulu terima menjelang hari lahir lulu 28 mei yang lalu..
Namun kerana sebab-sebab yang tidak dapat dinyatakan disini, hadiah itu tidak sampai dan nini terpaksa send sekali lagi.. Tengok punyalah baik hati my nini ni... huhu
Dan, hadiah dari nini tu memang jelas menunjukkan dia tahu apa yang lulu suka...
yeah jelas tudung itu berwarna biru........


Thanks dear....
Semoga ikatan persahabatan kita kukuh selama-lamanya...
Juga bersama makbed..... :)



Psstt, nini ada anjur contest.... jom join yer...






.

Juta-juta tu weii...


Kejayaan KL Gangster sebagai filem Melayu paling tinggi mengutip sebanyak RM10.3 juta selepas 10 hari ditayangkan di 80 buah pawagam seluruh negara sejak 9 Jun lalu amat membuka mata banyak pihak.
Pengarah Urusan Skop Production dan penerbit filem tersebut, Datuk Yusof Haslam, akur dengan idea anaknya Syamsul selaku pengarah filem itu walaupun sebelum ini mereka selalu bertelingkah pendapat.

“Saya kena akur bahawa Syamsul lebih memahami selera penonton hari ini. Saya sudah berusia 57 tahun dan idea saya mungkin agak lama kerana memikirkan filem yang hanya boleh melepasi Lembaga Penapis Filem.
“Bagaimanapun, saya bangga dengan dirinya yang berani membuat pembaharuan dan mahu keluar daripada kepompong. Itu saya katakan dari konteks filem. Tetapi saya rasa filem KL Gangster kurang sesuai untuk dijadikan siri televisyen dan tidak akan membenarkan Syamsul mengadaptasi filem itu kepada drama,” katanya.

Filem itu menewaskan sebuah lagi filem tentang gengsterisme berjudul Kongsi yang mengutip RM8.4 juta setelah ditayangkan pada bulan lalu.
Yusof yakin kutipan filem itu akan meningkat sehingga RM12 juta jika terus ditayangkan sehingga hujung minggu ini.
Filem ini turut dilakonkan oleh Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan (Raja Lawak), Adam Corrie Lee, Soffi Jikan dan Sheera Iskandar.
Memikirkan tentang perancangan selanjutnya tentang filem ini, Syamsul bakal mengarah filem KL Gangster 2 (Prekuel), iaitu kesinambungan cerita yang akan mengimbas semula di sebalik cerita dan konflik yang berlaku sebelum itu.

Kata Yusof, anaknya sedang dalam proses penyediaan skrip dan perancangan rapi tentang filem aksi itu.
“Setelah mendapat respons positif daripada pengedar filem dari Thailand, kemungkinan filem ini akan dipasarkan ke sana dan bakal menggunakan khidmat pelakon dari negara itu untuk prekuel filem KL Gangster.

“Selain itu, kami akan mencuba mencari pasaran negara lain seperti Indonesia dan Filipina. Walau bagaimanapun, semuanya masih di peringkat perbincangan,” katanya lagi.
Filem ini turut memecah rekod filem Melayu pertama yang mengutip RM1.5 juta selepas ditayangkan di 80 pawagam tempatan pada hari pertama tayangan.
Kos pembikinan dan promosi filem ini membelanjakan sebanyak RM2 juta.





.

'Hello, world!' Amazing photos show mother giving birth to tiny sextuplets in three minutes... just in time for Father's Day



These pictures show the incredible moments as Heather Carroll gave birth to sextuplets over a three-minute period, just in time for them to give her husband Mitchell his best-ever Father’s Day gift.
Mrs Carroll, 30, of Dallas County, Texas, had spent weeks in a hospital in Birmingham, Alabama, waiting for the birth, which happened by Caesarean section on Saturday morning.
More than 50 medical professionals at Brookwood Medical Center helped in the delivery of the five girls and one boy, who were described as healthy and ranging in weight from 1lbs 10oz to 2lbs 5oz.

Mr Carroll is wearing six ID bracelets to allow him to visit his newborns and told The Birmingham News he was ‘on top of the world’. ‘Everything this morning was perfect,’ he added.
‘Heather and Mitchell Carroll were committed to this journey, their family and community were supportive, and God was faithful,’ Dr Bill McKenzie said in a hospital statement.

‘I am so proud of this mother’s toughness and appreciative for the excellent preparation and care she received at Brookwood Medical Center.’
The Carroll household more than doubled in size with the successful births of the six babies on Saturday morning between 8:05am and 8:08am, as the couple now have nine children.
Hospital staff were so prepared for the birth that they had performed six formal run-throughs and each baby had its own care team for the delivery, reported The Birmingham News.
 Mrs Carroll was around 28 weeks pregnant when she gave birth to the babies, who were labelled with the letters ‘a’ to ‘f’, around 12 weeks early.


They all came out crying and breathing by themselves, although they did required help in the delivery room and are on ventilators at the moment, a hospital neonatologist said.
‘This is a historical day for Brookwood Medical Center,’ a spokesman said. ‘Our Labour and Delivery and neonatal intensive care unit teams are seasoned providers of high risk pregnancy and neonatal care.
‘While multiple births are a common occurrence in our facility, this delivery required a high level of preparation and orchestration. We were well prepared - and I couldn’t be more proud of our team.’
Mrs Carroll is the second woman in the U.S. to give birth to sextuplets this month, after Stacey Carey gave birth to six children in Abington, Pennsylvania, around two weeks ago.



P/S - Teringat makbed yang masih di tahan di hospital... Dah beberapa hari ni, baby masih belum keluar.. caiyok makbed, semoga semuanya selamat..
.

Terus luaskan empayar


SEMUANYA bermula dengan wang sejumlah RM2,000 yang diberikan oleh syarikat rakaman ternama, EMI untuk trio adik-beradik ini merakamkan album sulung mereka, Canggih pada tahun 1992.
Meskipun menerima pelbagai kritikan hanya kerana memperjuangkan irama rap yang masih lagi baru ketika itu, namun KRU tidak ambil peduli dengan apa yang diperkatakan orang.
Visi mereka hanya satu iaitu menghasilkan muzik yang berkualiti sekali gus meletakkan nama mereka di tahap tertinggi.

Siapa sangka muzik KRU berjaya memecah tradisi pasaran muzik pada waktu itu yang didominasi genre pop dan rock sekali gus menjadi penyanyi berkumpulan kegilaan remaja.
Dalam diam, usia pembabitan KRU dalam bidang seni sudah mencapai 19 tahun yang pastinya bukan satu jangka masa yang singkat.

Sudah pasti dalam tempoh itu, pelbagai onak duri telah ditempuhi oleh Norman Abdul Halim dan dua adiknya, Yusry dan Edry dalam memperjuangkan misi KRU dalam bidang seni.
Kesungguhan dan kesabaran merupakan tunjang utama kepada kejayaan KRU sehingga berjaya mencipta sebuah empayar seperti mana yang dapat dilihat hari ini.

Semuanya dapat dibuktikan dengan penubuhan KRU Studios yang tersergam indah di tanah seluas 15 ekar di Cyberjaya, Sepang, Selangor yang mula beroperasi sejak 1 April tahun lalu.
“Kalau kami renungkan kembali apa yang sudah kami lalu, KRU sendiri tidak pernah menyangka begitu banyak pengalaman yang kami perolehi.
“Semuanya sudah kami rasai. Pahit, manis, susah dan senang semuanya kami telah harungi untuk membina jenama kami. Sudah pasti, ia bukan satu tempoh yang singkat dan laluan yang mudah untuk diambil.

“Namun begitu, kami tidak pernah lupa asal-usul kami bagaimana mula-mula kami mahu menapak dan membina nama sebagai artis. Semua itu menjadi pegangan kami sehingga ke hari ini,” ungkap Norman penuh luhur sewaktu ditemui pada sidang akhbar usai majlis ulang tahun ke-19 penubuhan KRU di KRU Studios, Cyberjaya, Selangor, baru-baru ini.
Daripada menjadi seorang penyanyi, komposer dan penulis lirik, Norman, Yusry dan Edry, perlahan-lahan mengembangkan sayap seni mereka dengan mengorak cabang lain.

Yusry dan Edry misalnya, masing-masing sudah membuktikan kehebatan mereka sebagai pengarah filem dengan meneroka genre filem baru yang berjaya mendapat tempat di hati peminat.
Lihat sahaja bagaimana Yusry mencipta fenomena luar biasa menerusi filem Cicak-Man dan Hikayat Merong Mahawangsa manakala Edry pula dengan Magika.
Norman pula lebih selesa memainkan peranan sebagai penerbit eksekutif untuk filem-filem terbitan KRU Studios dan mula berjinak-jinak dengan dunia penulisan skrip.
Buktinya, filem Karak yang baru sahaja ditayangkan baru-baru ini telah mendapat kutipan pecah panggung sehingga mencecah RM4 juta.

Ditanya mengenai resipi kejayaan mereka sehingga mampu bertahan selama 19 tahun di dalam industri, Edry menjelaskan semuanya berlandaskan profesionalisme di mana mereka bertiga sama sekali tidak mencampur aduk antara peribadi dan kerjaya.
“Masing-masing ada tugas tersendiri dan sejak dulu lagi, kami ada portfolio masing-masing. Memang ada yang berkata kalau menjalankan perniagaan keluarga ini tidak akan mampu bertahan lama.
“Tetapi kami telah membuktikan sebaliknya. Apa yang penting adalah sentiasa bersama dan bersatu antara kami adik-beradik. Setiap masalah diselesaikan dengan cara baik dan penuh diplomasi.

“Walaupun ada kalanya kritikan pedas perlu kami telan tetapi kami menganggap semuanya adalah proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik daripada sebelumnya.
“Dalam konteks ini, kami menjadikan Walt Disney dan Warner Bros. sebagai inspirasi untuk meluaskan pengaruh empayar kami. Siapa tahu ada orang lain yang akan meneruskan legasi kami nanti,” jelas Edry yang pernah dinobatkan sebagai Pengarah Harapan Festival Filem Malaysia Ke-23 tahun lalu menerusi filem Magika.

Melihatkan keseriusan KRU dalam merancakkan industri perfileman tempatan, ada yang bertanya apakah trio popular ini tidak mahu meneruskan lagi bidang nyanyian yang telah melonjakkan nama mereka dulu?
Sambil ketawa kecil, Norman menjelaskan dalam usia mereka sekarang ini agak mustahil untuk mereka kembali mewarnai dunia nyanyian lantaran komitmen dan kesibukan masing-masing.
Lagipun katanya, zaman mereka sudah berlalu dan bagi mereka untuk kembali seperti dahulu adalah mustahil.
“Dengan ini, saya mengumumkan secara rasmi bahawa kami memang sudah bersara dari dunia nyanyian tetapi kami tetap akan menghasilkan lagu terbaru yang sesuai dengan usia kami.
“Alhamdulillah, percubaan kami menghasilkan lagu Ganas membuahkan hasil dan diterima dengan baik oleh peminat setia kami serta peminat baru,” ujar Norman sambil dipersetujui Yusry dan Edry di sebelahnya.




.

Serius mencintainya..


JIKA dilihat dari luaran fizikalnya, mungkin ramai yang tidak menyangka si gadis yang berperwatakan lemah lembut ini baru berusia 19 tahun. Diana Danielle Danny Beeson atau nama komersialnya Diana Danielle sering disangka orang bahawa dirinya telah berumur 20-an.

Namun begitu walaupun penampilannya matang, ramai yang beranggapan dan melihat perangainya masih kebudak-budakan. Bagaimanapun, Diana Danielle yang mesra disapa sebagai D kini dilihat semakin matang menguruskan penampilan dan juga semakin serius di dalam bidang yang diceburinya baik lakonan mahupun nyanyian.
"Pengalaman banyak mengajar saya di mana kerjaya sebagai pelakon banyak membantu iaitu dengan bergaul dengan pelbagai watak. Itu membuahkan kematangan dalam diri saya," jawab D dengan penuh sopan dan diiringi senyuman manis.

Pembabitan dirinya dalam industri seni telah mengajar D bagaimana untuk bergaul dan belajar mengawal emosi kebudak-budakan.
Bagaimanapun, D sudah sebati dilihat sebagai wanita berusia, ramai yang tidak menyedari yang dirinya masih lagi remaja kerana apabila melihat D melompat atau sebagainya, mereka menganggap dirinya gedik.
Keadaan sekeliling dianggap proses pembelajaran yang akan mematangkan karier seninya dan dirinya sendiri juga.


Barah
Semasa menghadiri sidang media Fun Run & Charity Carnival yang telah diadakan di Teeq Brasserie, Kuala Lumpur baru-baru ini yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi pesakit kanser di negara ini, D sempat bercerita mengenai pengalamannya yang hampir dijangkiti kanser.
"Saya hampir terkena kanser namun saya dapat kesan ketumbuhan tersebut awal. Mama juga pernah dijangkiti kanser jadi ia dekat dengan diri saya.

"Kerana kesedaran inilah saya faham dengan apa yang dilalui pesakit kanser. Saya juga pada mulanya tidak tahu langsung yang di bahagian serviks saya telah mengalami ketumbuhan yang agak teruk dan hampir menjadi kanser. Namun, saya syukur kerana saya kini telah dikurniakan kesihatan yang baik," cerita D tentang pengalamannya itu.
Pada mulanya D mendapat tahu dirinya telah mempunyai ketumbuhan setelah menemani ibunya yang mana pada ketika itu kurang sihat. D dan ibunya yang pergi menemui seorang doktor yang merawat menggunakan herba tradisional Cina telah ditawarkan untuk turut memeriksa kesihatan badannya.

Sambungnya, setelah memeriksa, dia didapati tidak sihat di bahagian separuh ke bawah. Untuk memastikannya, dia dicadangkan untuk ke hospital bagi membuat pemeriksaan lanjut.
"Setelah membuat pemeriksaan di hospital, memang benar saya disahkan mempunyai ketumbuhan di bahagian serviks saya. Oleh kerana saya tidak mahu tinggal di wad, saya menjalani rawatan di pusat rawatan tradisional Cina tersebut," bicara D yang mana setelah sebulan menjalani rawatan di Pusat Rawatan Chi, ketumbuhannya telah hilang.

Apa yang terjadi padanya memberi kesedaran untuk lebih menjaga kesihatan diri kerana pendapatnya, kos perubatan yang tinggi bagi pesakit kanser tidak dapat ditanggung oleh semua.
Nasihat gadis berdarah kacukan Melayu dan Amerika Syarikat ini, apapun sakit yang melanda diri, jangan dipandang remeh kerana apa yang dilihatnya, mentaliti masyarakat kini takut untuk membuat pemeriksaan kerana risaukan kehadiran penyakit yang serius 'menghuni' diri.
"Jangan biarkan penyakit tersebut melarat baru mahu berubat. Seperti kata pepatah, merawat lebih baik daripada mengubati. Itu yang saya pelajari dan sentiasa pegang," jelas D yang juga mengatakan mungkin ramai yang malu dan takut berbicara menyebabkan mereka terlambat.


Perkahwinan
Kisah cinta antara D dan pelakon serta pengarah, Farid Kamil yang bertaut kembali bukanlah lagi satu rahsia kepada peminat industri seni tanah air.

Dikatakan punca perpisahan mereka sebelum ini kerana perangai D yang kurang matang dan kebudak-budakan. Setelah beberapa lama sepi dengan kisah perpisahan tersebut, kini D dan Farid kembali bermadu kasih sebagai pasangan kekasih sekali lagi.
Semasa berpisah dulu, kedua-duanya matang dalam menangani perpisahan dan masih lagi berkawan dan saling menghubungi.

"Sebenarnya setiap orang tidak akan lari dari melakukan kesilapan yang mana akhirnya kita sendiri akan menyedari kesilapan yang telah dilakukan.
"Kadangkala, kita juga akan sedar yang mana mungkin sesetengah perkara masih punyai harapan dan kita juga masih lagi boleh mengharap mengenainya," jelas D mengenai perhubungannya bersama Farid.
Diakui hubungan mereka serius sebagai kekasih kali ini namun mungkin belum ke tahap ke alam perkahwinan memandangkan umur masih muda dan banyak lagi yang perlu dikecapi dalam hidup ini.

"Kami ada bercakap mengenainya (perkahwinan) dan memang kami berada dalam sebuah perhubungan yang serius. Tapi, mungkin belum lagi untuk ke tahap yang lebih dari perhubungan yang ada kini. Saya baru 19 tahun, mungkin jauh lagi masa saya, saya perlu belajar dan sebagainya," bicara D jujur tentang fasa perhubungan percintaannya bersama penggarap filem Kongsi itu.

Buat masa ini, kedua-duanya masih belum mempunyai rancangan serius untuk mengambil keputusan bagi mendirikan rumahtangga dan mereka juga saling tidak mengongkong antara satu sama lain.
Ini kerana, D mempunyai perancangan untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara, namun disebabkan kontrak yang masih wujud bersama Nano White dan Sunsilk, D menangguhkan sementara perancangannya untuk menimba ilmu di perantauan.




.

Anggota JPJ maut


Sebagai seorang penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), menjadi rutin tugas Wardi Ahmad, 28, untuk memeriksa mana-mana kenderaan yang berhenti di bahu jalan atau dalam keadaan mencurigakan.
Namun siapa sangka dia menemui ajal ketika menjalankan rutinnya itu – iaitu ketika dia bersama tiga lagi penguat kuasa JPJ memeriksa sebuah lori rosak di tepi Jalan Batang Benar, Mantin, dekat sini.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, sebuah kereta Ford Laser terbabas merempuh Wardi yang sedang membuat pemeriksaan terhadap lori berkenaan. Pemandu kereta itu, Ismail Dahlan, 44, turut terbunuh.
Jurucakap polis memberitahu, kereta yang dipandu Ismail hilang kawalan lalu merempuh kenderaan mangsa yang diletakkan berdekatan lori berkenaan.

“Wardi yang berada di belakang kenderaan JPJ cedera parah di kepala dan anggota badan. Wardi dan Ismail dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja‘afar Seremban (HTJ) di sini, namun kedua-duanya meninggal dunia semasa menerima rawatan,” katanya di sini hari ini.
Jurucakap polis itu memberitahu tiga lagi anggota JPJ dan pemandu lori terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi hari ini mengesahkan kejadian itu. Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan.
Katanya, mayat kedua-dua mangsa akan dibedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian.




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!