Saturday, July 2, 2011

Aneh, sekeras kulit kayu?


Dilihat penampilan fizikalnya, tidak ada yang salah dengan Tohari, lelaki berusia 34 tahun yang sekilas pandang sama seperti orang lain.
Namun, lengannya keras seperti kulit kayu apabila dicubit.Kelopak matanya pula sukar dibuka secara sempurna dan kerongkongnya turut menyempit, manakala rahangnya kini semakin kaku dan dia juga mengalami kesukaran menyebut huruf R.

Tahap kekerasan kulit Tohari berlainan dengan orang normal. Kulit lengannya sangat kaku sehingga tidak boleh dicubit sementara memukul bahu atau punggungnya seperti memukul benda keras, seolah-olah ada pelindung keras di sebalik kulitnya.

Ditemui di rumah bapa angkatnya di Jalan Nginden 3/4 Surabaya pada Isnin lalu, Tohari mengaku dia mula mengalami keadaan itu sekitar 2006.
Kali pertama dia menyedarinya daripada seorang tukang gunting di kampung halamannya di Ngadibuyut, Mukim Rejoso, Nganjuk.

"Tukang gunting rambut memegang tengkuk saya dan berkata 'Lho, tengkuknya keras'. Meskipun hairan, saya masih menganggapnya sebagai perkara biasa. Lagipun, keadaan saya ketika itu baik-baik saja," kata lelaki itu.
Tohari mengabaikannya sehinggalah dia menyedari bahagian yang mengeras itu telah menjalar ke seluruh tubuh.

Secara perlahan-lahan, kulit muka, bahu, perut, hingga pahanya mula mengeras, bahkan, kelopak matanya pun ikut mengeras, dan hanya kulit betisnya yang masih normal kerana belum mengalami keadaan aneh itu.
Tidak sekadar itu, kesan daripada kulit keras turut membuat alat sulitnya mengecil, meskipun masih boleh berfungsi seperti biasa, katanya.
Walaupun sebahagian besar kulitnya mengeras, Tohari tidak pernah mengalami sakit, demam, atau masalah lain.


Bapa kepada seorang anak itu sudah menemui pakar kulit di hospital Nganjuk, tetapi dia tidak berpuas hati dengan jawapan empat doktor pakar yang ditemuinya.
Mereka 'hanya' memberikan ramuan ubat herba dan 10 botol air mineral. "Sudah saya minum, tetapi keadaan saya tetap sama, tidak bertambah baik," katanya.
Tohari dan keluarga angkatnya turut mencuba perubatan alternatif dan cara rawatan Islam tetapi hasilnya sama saja, bahkan kini dia berasa organ dalamannya mulai terjejas.

"Saya juga sukar menelan ketulan makanan yang agak besar kerana kerongkong menyempit. Bahkan, saya nyaris mati tercekik kerana potongan bakso tersangkut di dalam kerongkong," tambahnya.
Ayah angkat Tohari, Iswahyudi, 48, mengaku tidak tahu ke mana lagi hendak membawa lelaki itu bagi mendapatkan rawatan.

Jelas Iswahyudi, meskipun kulit Tohari keras, bukan bererti dia kebal senjata, malah kulitnya tetap boleh terluka dan berdarah bila ditoreh dengan pisau. Begitu juga ketika digigit nyamuk, Tohari juga berasa gatal.
Iswahyudi berkata, anak angkatnya taat beragama dan tidak pernah melupakan solat lima waktu, tidak pernah meneguk minuman keras atau main perempuan.

Kerana itu, dia sangat yakin Tohari tidak memakai azimat atau seumpamanya sehingga menjadi seperti ini.




.

Victoria and David Beckham prepare for the arrival of their daughter with a birthing ball



She's already mother to three sons, so Victoria Beckham knows now what's involved in giving birth.
But it seems as she prepares for the arrival of her first daughter, Victoria is getting some help from husband David with her breathing.
In astonishing new photos, the pair are seen sitting on a birthing ball, with David's hands clasped around Victoria's pregnant tummy.

In another shot, Victoria and David are seen trying to choose from an unusual list of baby names.
With ideas including Benditlike, Gucci and Santa Monica, Victoria clutches a book of 1000 Girl's Names, while David reads America's Favourite Baby Names.


 Victoria and David's little girl, who is due on July 4, will be Victoria and David's fourth child and first daughter and sister for eight-year-old Romeo, Brooklyn, 12, and Cruz, six. 




.

"Semoga kami kekal selamanya...."


Selepas lapan bulan bertunang, vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh,27, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman,31.
Majlis pernikahan mereka dilakukan di kediaman keluarga Nina di Ukay Heights, Ampang, dekat sini.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh bapa Nina, Tan Sri Azman Hashim kira-kira pukul 9.30 malam, Jumaat.

Manakal bapa bapa Noh, Salleh Ibrahim dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia Sdn Bhd, Datuk Adnan Alias bertindak sebagai saksi kepada kedua-dua pengantin.
Turut serta menyaksikan upacara akad nikah itu ialah ibu Nina, Puan Sri Arishah Tuanku Maamor dan ibu Noh, Dayang Soraya Abang Fadzail.

Pada majlis itu, pihak lelaki menyerahkan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 dan mas kahwin pula sebanyak RM888.88 berserta tujuh dulang hantaran yang terdiri daripada sirih junjung, set barang kemas, iPad 2, cincin dan kek lapis Sarawak.

Ia dibalas tujuh dulang hantaran oleh pihak perempuan yang terdiri daripada sirih junjung, sepasang kasut, dompet, sepasang baju bersanding, coklat, “Playbook” dan cincin.
Menurut Noh, dia bersyukur kerana akhirnya pernikahan mereka berjalan dengan lancar dan berharap ia akan kekal sehingga akhir hayat.

"Saya berdoa supaya kami kekal selamanya. Selepas ini kami merancang untuk berbulan madu di United Kingdom, Rome dan Maldives selama dua minggu.
"Percutian ini juga dikira sebagai masa rehat memandangkan jadual kerja kami begitu padat dengan aktiviti seni sebelum majlis ini (nikah)," katanya.
Bagaimanapun Nina belum memikirkan untuk memperoleh anak dalam masa terdekat.

"Kalau nak diikutkan, kami merancang untuk menerima seorang anak selepas dua tahun perkahwinan kami bagi mengukuhkan kerjaya.
"Tetapi jika rezeki itu datang lebih awal, kami tidak menolak," ujar Nina.
Pada majlis nikah itu, Noh mengenakan pakaian rekaan Shaiful Baharim manakala Nina mengenakan pakaian rekaan Lady Jane.


Pada 3 Julai ini, resepsi untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat akan diadakan di Hotel Shangri-La bertemakan Ungu Elegan.
Kemudian, pasangan ini akan diraikan pada sebuah resepsi berkonsep Jepun bersama pihak media dan rakan-rakan pada 6 Julai ini manakala majlis sambut menantu (sebelah lelaki) akan diadakan di Miri, Sarawak pada 15 Julai depan.

Pasangan ini bertemu sewaktu sama-sama bekerjasama menyanyikan lagu Kurnia ciptaan Noh pada 2008 dan cinta mula berputik setahun selepas itu.




.

Selamat Bernikah


Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.


Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.


Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11.
Manakala pihak lelaki pula menerima sebanyak 11 dulang hantaran.


Kedua-dua mempelai kelihatan cukup berseri apabila mengenakan pakaian nikah berwarna krim rekaan Hatta Dolmat.


Dianggarkan seramai 200 tetamu termasuklah keluarga, dan rakan media memeriahkan majlis nikah bertemakan bidadari itu


Sementara itu, pasangan ini akan melangsungkan tiga resepsi perkahwinan iaitu sebelah pihak perempuan di lokasi yang sama (2 Julai), majlis bersama-sama rakan media di Saloma Bistro, Kuala Lumpur (6 Julai) dan resepsi sebelah pihak lelaki di rumah keluarga Tomok di Alam Damai, Cheras (9 Julai).




.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!