Friday, July 8, 2011

Isteri tolak poligami dosa besar


Isteri yang menolak syariat berpoligami secara mutlak adalah berdosa besar dan perlu segera bertaubat, kata Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadut.

Beliau berkata, tindakan bakal isteri atau isteri yang sejak awal dan terang-terangan menolak syariat menuntut bakal suami atau suami tidak berpoligami dengan menandatangani perjanjian juga boleh membawa jatuh hukum murtad.
“Ini dosa besar dan perlu segera bertaubat sebab Allah syariatkan sesuatu mesti ada kebaikan.
“Tindakan itu juga boleh jadi murtad kerana menolak secara total syariat ditetapkan Allah yang menjejaskan kepercayaan kita kepada-Nya dan ketentuan-Nya,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Imam Masjid Al-Aqsa, Sheikh Dr Akram Sabri yang berkata, wanita Islam boleh menolak poligami dan tidak berdosa sekali pun Islam menghalalkannya.

Kelmarin, Akram dilaporkan berkata, wanita mempunyai hak menuntut syarat ke atas suami supaya tidak berpoligami.
Bagaimanapun, katanya, penolakan isteri itu tidak mewajibkan suami mematuhinya kecuali jika pasangan sudah menandatangani perjanjian tidak berpoligami.
Ditanya pandangan beliau yang bertentangan dengan Akram, Nooh berkata, persepsi berlainan mungkin disebabkan suasana dan budaya negara berbeza.

“Mungkin suasana negara Arab lain, budaya kita lain, saya tidak kata pendapatnya tidak betul, itu persepsi dia.
“Kita kena melihat ‘nyamuk dengan kelambu’... kalau nyamuk yang silap kenapa kelambu dibakar, mungkin kesilapan suami, bukan syarat poligami itu sendiri sebab sudah jelas dalam al-Quran ia tidak boleh ditolak, namun ia tertakluk kepada syarat tertentu.

“Yang penting, wanita mesti tahu hak, kalau nak tolak poligami jangan sampai jejas secara total kepercayaan kepada Allah,” katanya.
Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohd Shukri Muhamad ,berkata adalah tidak berdosa seseorang isteri tidak mengizinkan suami berpoligami jika mempunyai alasan kukuh.

“Tapi berdosa sekiranya menolak mentah-mentah hukum Allah,” katanya.






.

Eh, saya belum kahwinlah..


Peserta program realiti televisyen, Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Amylea Azizan menafikan khabar angin yang mengatakan dia sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasihnya, Mohd. Farouk Abdul Razak atau Farouk Flava.

Amylea, 25, berkata, berita perkahwinannya dengan jejaka berusia 21 tahun itu amat mengejutkan kerana sehingga hari ini, dia masih belum bergelar isteri orang.
"Entah macam mana boleh timbul cerita begini. Kalau benar saya sudah kahwin, sudah pasti saya mahu semua peminat tahu mengenainya. Saya tidak marah apabila tersebar cerita seperti ini kerana beranggapan kata-kata merupakan doa dan mendoakan perkahwinan saya adalah sesuatu yang baik.

"Cuma, saya sendiri belum tahu bila saya akan menamatkan kehidupan solo ini," katanya.
Menurut Amylea, dia mengenali Farouk sejak empat tahun lalu, namun hanya dua tahun kebelakangan ini baru perasaan cinta berputik setelah mengenali hati budi masing-masing.
Sementara itu Farouk berkata, selama menjalin percintaan dengan Amylea, tidak pernah terlintas di fikirannya tentang perbezaan usia antara mereka.

"Perbezaan usia empat tahun bukan satu masalah atau isu bagi diri saya, kerana yang penting dia tidak pernah membuat saya rasa rendah diri atau sentiasa mahu mendominasi dalam segala hal.
"Sikapnya itu membuatkan saya senang berdampingan dengannya apalagi jika ada masalah, dia begitu matang berbincang untuk sama-sama menyelesaikannya," katanya yang berhasrat menghantar rombongan meminang Amylea pada tahun depan.



.

Enam Orang Mati Rentung Rumah Terbakar

Enam orang mati rentung selepas sebuah rumah di Kampung Jawa 2 di Batu 12 dekat sini terbakar awal Jumaat.
Lima mangsa adalah orang dewasa dan seorang lagi kanak-kanak.
Penguasa Bomba dan Penyelamat Sandakan Alias Abu berkata setakat ini pihaknya belum dapat mengenal pasti identiti mangsa.

Mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Duchess of Kent Sandakan untuk dibedah siasat bagi mengenal pasti identiti mereka, katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran membabitkan rumah tersebut pada pukul 1.15 pagi.

Katanya dua jentera bersama 18 anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian dan berjaya mengawal api pada pukul 2.41 pagi.
Menurutnya selepas kebakaran berjaya dikawal, mayat semua mangsa yang rentung ditemui di dalam rangka rumah yang musnah terbakar itu.

Beliau berkata keseluruhan struktur rumah itu musnah terbakar dengan tingkat atas rumah dua tingkat itu juga runtuh ke bawah.
Alias berkata punca kebakaran itu sedang disiasat dan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat dihantar ke lokasi kejadian hari ini bagi menjalankan siasatan.

Panggilan buat semua peserta [Giveaway | "love to look gorjes!"]



Sukacita dimaklumkan, pada 11hb ni, 11 pagi, maka akan tamatlah giveaway ni...
Buat yang sudah join, terima kasih...
Namun buat yang belum join, silalah join kerana giveaway ni akan tamat beberapa hari saja lagi...
Lepas ni akan jadi sesuatu yang besar kat Lulu-Pages ni..
Ngee, nak tahu kenalah 'melekat' kat Lulu-Pages, kan...


Giveaway ni, untuk pengetahuan, dianjurkan oleh 3 orang blogger..



Sebelum ni memang hadiahnya menjadi teka-teki...
Dan bila lulu terjah setiap peserta, jawapan untuk hadiah yang bakal diraih bagi pemenang ni, ada macam-macam...
Ada yang jawab barang make-up.. ada yang jawab lipstick.. 
Dan tak ketinggalan ada yang jawab dengan tepat.. ekeke..
Tahniah....


Namun, kemenangan bukan ditentukan melalui betulnya jawapan korang eh..
Harap maklum..
Maknanya, jawab tak tepat, dalam erti kata sebenar, tembak jer, pun masih ada peluang yang besar untuk menang... siyes...
Dan oleh kerana gambar banner tu macam yer yer jer bagi make-up,
blogger lelaki takut nak masuk, kan...
Namun, jangan terkejut, sebelum ni lulu buat GA, 
yang mana hadiahnya lip gloss, ada pemenangnya merupakan seorang lelaki..
Siapa tau owh rupanya dia antara pemenangnya, kan???


Bukan bermakna hadiahnya berupa kelengkapan perempuan, blogger lelaki tak boleh ikut..
Boleh hadiahkan buat isteri ke, kekasih, tunang, mahupun adik angkat..
Kalaulah hadiahnya betul kelengkapan perempuan, kan?
Lulu takde pula cakap hadiahnya khas untuk perempuan jer..
ekeke...


Hadiah dari lulu memang istimewa..
Dan lulu juga dah tahu hadiah dari kak risa..
Tapi hadiah dari pinky momma, lulu tak jelas lagi...
betul surprise...
Yang pasti bukan hanya buat 3 pemenang...
Ada ramai yang akan menang..
Itu beerti ada banyak peluang...




P/S - Nak join? [KLIK SINI]








.

day 2 - movie yang paling best pernah anda tonton


Lulu memang meminati wayang yang bergenre seram...
Bayangkan, kawan pernah suggest movie yang tersangat seram kononnya, so, semangatlah nak tengok.. tapi, bila tengok, adeh, tak cukup seram.. biasa jer...


Bila tengok movie seram, lulu suka tutup lampu, lepas tu kuatkan sound..
Dan, nonton ditengah malam..
Kononnya, nak tambah mood seram.. tapi memang selalunya mengecewakan...
Namun, ada 1 movie yang boleh kira best...
Movie tagalog... "SUKOB"


Pertama kali tengok, memang seram habis...
hoho, jantung laju berdegup..best-best..
Tapi bila dah kali kedua, ketiga dan seterusnya....
dah tak seram..ngee...
Eh, yang penting 1st impression maa...
betul tak???


Cubalah tengok, seram ke tak..ekeke...


Walaupun banyak lagi movie best yang lulu tengok, 
bukan saja bergenre seram, cinta-cintun pun ada ngee...
eh kartun pun ada (kungfu panda best), namun, SUKOB berbekas dihati tau...




P/S - Cabaran dihari kedua dah selesai :) 
(Nak tgk cabaran sebelum ni? [KLIK] )






.

Balikin cincin gue dong.


Seorang pemain bola sepak Amerika, Roy Williams menyaman bekas kekasihnya untuk mendapatkan semula sebentuk cincin berharga AS$76,600 (RM230,604) yang diberikannya kerana menolak lamaran perkahwinannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Williams mengemukakan saman di sebuah mahkamah di sini pada 30 Jun lalu dengan mendakwa bekas kekasihnya, Brooke Daniels enggan memulangkan cincin tersebut selepas mereka berpisah pada Februari lalu.
Bekas kekasihnya itu memberitahu Williams bahawa dia hilang cincin tersebut menyebabkan pihak insurans melakukan satu siasatan.


Siasatan itu mendapati, cincin tersebut berada dalam simpanan bapa Brooke, Michael Daniels.
Williams melamar Daniels yang merupakan bekas peserta ratu cantik dengan menghantar wang sebanyak AS$5,000 (RM15,052) dalam sebuah kotak, sebentuk cincin dan rakaman suara yang meminta wanita itu berkahwin dengannya.
Brooke dikatakan akan memulangkan semula cincin itu bagi mengelak implikasi undang-undang.



P/S - Beli cincin sendiri weh..ngee
Dah tengok ni??? [KLIK SINI]




.

18 hari kritikal


Seorang murid tahun dua yang mengikuti latihan sukan sekolah, kini bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, akibat disengat tebuan pada 20 Jun lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Muhamad Al-Amin Ibrahim, 8, dari Kampung Darat Sungai Ular bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular, di sini, belum sedarkan diri akibat cedera di kepala, leher, rusuk, lengan dan belakang badan.

Bapa angkat mangsa, Aziz Mamat, 49, berkata dia mendapat tahu kejadian terbabit melalui isterinya, Rosilawati Abdul Rahman, 39, sebelum bergegas pulang ke rumah.
“Isteri memberitahu dia yang berada di rumah didatangi guru yang membawa anak kami pulang dan memberitahu dia disengat tebuan sebelum mendapati keadaannya separuh sedar.

“Isteri bertanyakan mengenai kejadian terbabit, namun guru memberitahu anak kami disengat di luar kawasan sekolah padahal sarang tebuan itu berada di sebuah bangunan sekolah itu,” katanya.

Menurutnya, melihat keadaan dan rupa anaknya bertukar kebiruan dia membawanya ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dipindahkan ke HTAA.
Katanya, sehingga kini, anaknya sudah 18 hari menerima rawatan dan dipercayai paru-parunya dijangkiti kuman.

Aziz berkata, susulan itu dia merujuk Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang untuk mengambil tindakan lanjut berikutan kecuaian guru yang mendakwa lambat menghantar anaknya ke HTAA Kuantan.

“Saya sedih apabila melihat keadaannya ketika menerima rawatan yang menyeksakan.
“Bayangkan 10 sengatan tebuan sehingga menyebabkan bisa serangga itu merebak ke paru-parunya,” katanya ketika ditemui, semalam.
Katanya, dia difahamkan, sarang tebuan itu yang berada di bangunan sekolah sudah dibuang sepasukan anggota bomba dan penyelamat sehari selepas kejadian terbabit.

Menurutnya, dia sudah membuat surat aduan untuk diserahkan kepada Pengarah JPN selain akan mengambil tindakan undang-undang selepas mendapati kecuaian berlaku dalam sekolah berkenaan.




.

Semoga nasibku dan anak-anak terbela..


Ibarat menunggu buah yang tak jatuh. Begitulah nasib yang dialami oleh seorang ibu tunggal, Maimah Tui, 41, dari Kampung Tanjung Pasir, Sembirai dekat sini.
Maimah yang telah menjadi ibu tunggal semenjak 11 tahun lalu kerana kematian suami akibat kanser tulang, kini tinggal bersama empat orang anaknya di dalam sebuah rumah uzur.
Katanya, dia berusaha untuk mendapat bantuan daripada pihak berkenaan di sini, namun permintaannya tidak mendapat perhatian dan membuatkannya begitu sukar untuk membesarkan anak-anaknya.

“Saya telah beberapa kali memohon bantuan kebajikan untuk ibu tunggal, bantuan membaiki rumah dan Bantuan Kanak-Kanak (BKK) untuk anak-anak saya yang bersekolah, namun permintaan saya itu tidak mendapat perhatian,” katanya yang ditemui di sini semalam.
Menurutnya, semua anaknya bersekolah dan tiga daripadanya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pekan 1, Kota Belud.

Jelasnya, selain terpaksa menanggung pembiayaan sekolah anak-anak, dia juga terpaksa membayar sewa pengangkutan sebanyak RM90 sebulan.
Apa yang menyedihkan katanya, anak sulungnya kadang kala tidak dapat bersekolah kerana terpaksa membantunya mencari nafkah hidup.

“Kadang kala dia tidak dapat ke sekolah kerana terpaksa bekerja sebagai pencuci kereta bagi membantu saya menyara keluarga,” katanya.
Pendapatan bersih Maimah adalah sebanyak RM10 sehari, hasil daripada jualan sayur-sayuran yang dibelinya daripada orang kampung di Bypass Kota Belud-Jawi-jawi.

“Saya tidak minta berlebihan, jika kerajaan dapat membatu saya membaiki rumah yang diduduki, saya sudah berasa sangat bersyukur,” katanya penuh mengharap.
Sementara itu, seorang penduduk, Ibrahim Abas, 55, berkata, nasib Maimah sekeluarga sewajarnya dibantu oleh pihak berkenaan dan rumahnya juga harus dibaiki kerana sudah tidak selamat untuk diduduki.
“Saya telah beberapa kali membantu Maimah membuat tiang pendua untuk enam batang tiang rumahnya yang reput dimakan anai-anai, namun rumah tersebut tetap berada dalam bahaya,” kata Ibrahim.




.

Blogspot ni aniaya lulu ni..


Salam, selamat pagi....
Tetiba bila buka blogspot hari ni, lulu dapati blogspot berubah segala-galanya...
Woo, lain weh....
Adakah laptop HP compaq lulu yang bermasalah,
atau line stremyx lulu tak berapa lancar pagi ni???
eh, bingung seketika...


Gosok mata lagii...
cuba lagi sekali...
Betullah lain weh...
atau adakah masa blogspot bermasalah hari tu, 
sebab nak upgrade jadi macam ni???
Susahlah nak faham..
siyes, mungkin memula jer kot...?



Macam mana nak update blog ni?
owh mesti hari ni lulu update blog slow...
Kena faham betul-betul sistem baru blogspot ni...




Blogspot aniaya lulu??



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!