Friday, July 8, 2011

18 hari kritikal


Seorang murid tahun dua yang mengikuti latihan sukan sekolah, kini bertarung nyawa di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini, akibat disengat tebuan pada 20 Jun lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, Muhamad Al-Amin Ibrahim, 8, dari Kampung Darat Sungai Ular bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Ular, di sini, belum sedarkan diri akibat cedera di kepala, leher, rusuk, lengan dan belakang badan.

Bapa angkat mangsa, Aziz Mamat, 49, berkata dia mendapat tahu kejadian terbabit melalui isterinya, Rosilawati Abdul Rahman, 39, sebelum bergegas pulang ke rumah.
“Isteri memberitahu dia yang berada di rumah didatangi guru yang membawa anak kami pulang dan memberitahu dia disengat tebuan sebelum mendapati keadaannya separuh sedar.

“Isteri bertanyakan mengenai kejadian terbabit, namun guru memberitahu anak kami disengat di luar kawasan sekolah padahal sarang tebuan itu berada di sebuah bangunan sekolah itu,” katanya.

Menurutnya, melihat keadaan dan rupa anaknya bertukar kebiruan dia membawanya ke klinik kesihatan berhampiran sebelum dipindahkan ke HTAA.
Katanya, sehingga kini, anaknya sudah 18 hari menerima rawatan dan dipercayai paru-parunya dijangkiti kuman.

Aziz berkata, susulan itu dia merujuk Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Pahang untuk mengambil tindakan lanjut berikutan kecuaian guru yang mendakwa lambat menghantar anaknya ke HTAA Kuantan.

“Saya sedih apabila melihat keadaannya ketika menerima rawatan yang menyeksakan.
“Bayangkan 10 sengatan tebuan sehingga menyebabkan bisa serangga itu merebak ke paru-parunya,” katanya ketika ditemui, semalam.
Katanya, dia difahamkan, sarang tebuan itu yang berada di bangunan sekolah sudah dibuang sepasukan anggota bomba dan penyelamat sehari selepas kejadian terbabit.

Menurutnya, dia sudah membuat surat aduan untuk diserahkan kepada Pengarah JPN selain akan mengambil tindakan undang-undang selepas mendapati kecuaian berlaku dalam sekolah berkenaan.




.

1 Penyokong CHELSEA:

Kancil 8349 on July 8, 2011 at 1:13 PM said...

kalau dah terjadi mesti guru juga yang disalahkan...sedangkan banyak faktor lagi...mungkin pihak sekolah sudah memaklumkan kepada murid2 agar menjauhkan diri dari sarang tebuan sebelum diambil tindakan oleh pihak bomba...mungkin juga ada pendapat lain. apapun jika pihak sekolah tersebut bersalah atas kecuaian membiarkan sarang tebuan, apa pula kes kanak2 tidak balik ke rumah sedangkan sudah diarahkan balik....masih juga guru yang disalahkan

 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!