Sunday, July 31, 2011

Segmen | Rancangan ku dihujung minggu..menjelang ramadan..


Sejak segmen yang lulu buat mendapat sambutan hebat walaupun dihujung minggu, maka lulu jadi semakin terujalah kan nak buat lebih banyak segmen ni.. Kata orang buat segmen hujung minggu ni susah nak ada orang join, sebab ramai blogger yang menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga dan ehem ehem dihujung minggu.. Mana ada masa nak buka blog dan join segmen.. Namun, lulu dah beberapa kali buat, memang sambutannya kurang sikit berbanding hari-hari biasa, namun seperti segmen sebelum ni, ada 50 orang join.. hebat tu.. Laa, tempoh segmen ni berjalan pun bukannya lama, 2 hari jer....


Kali ni kita dengan segmen baru..
  1. Ambik header Lulu-Pages, letak kat entri beserta link ke entri ini
  2. Buat entri Bertajuk "Rancanganku dihujung minggu..menjelang ramadan.."
  3. Jom kongsi/cerita apa rancangan hujung minggu korang.. Dan yang paling best, menjelang ramadan ni, apa persiapan korang... Owh mesti best.. Lulu betul tak sabar nak terjah...
  4. Dah siap, tinggalkan link entri korang tu kat komen entri ni..
  5. Tarikh Tutup ahad ni, menjelang tengah malam...


P/S - Seperti biasa, entri senarai penuh buat yang join segmen ni akan melekat kat Lulu-Pages selama 48 jam... mesti ramai yang nak blogwalking masa bersahur kan??? Wink.....




.

day 24 - tempat yang paling anda gemari untuk makan


Lulu memang gila kepsi..
Seminggu paling kurang mesti makan 2x..
Bila terbayang ayam panas, makan cicah dengan sos cili.. adeh siyes terliur..


Pastukan kepsi ni selalu ada menu baru..
lengkaplah kan dengan pakej-pakej yang berbeza dan murah..
Bila makan, nak diet pun dah tak ingat dah..
Hayati makan ayam...


Bila tengok pekerjanya lunch dengan kepsi,
siyes jeles.. Macam nak kerja jer kat situ supaya hari-hari boleh makan kepsi.
Atau sekali pindah jer rumah sebelah kepsi..
ngee...



Rasanya nak kena saman kepsi ni..
Ketagihan melampau..



P/S - Tamat cabaran hari ke 24 ~baca~



.

Selamat Menyambut Puasa Ramadan




Sabda Rasulullah saw.:
"Apabila datang bulan Ramadan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap  umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:
"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah 
(fisabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Bagi pihak lulu dan Lulu-Pages, mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan, selamat berpuasa kepada seluruh pembaca setia dan follower yang beragama islam... Semoga puasa penuh tahun ni.. :) 



.

Heil Kitler! Abandoned puss who looks just like a furry Fuhrer



She is cute, cuddly and very affectionate. Sadly, there’s a downside.
She also bears an uncanny resemblance to Adolf Hitler.
This six-week-old puss has been named Kitler by staff at Wood Green Animal Shelter in Godmanchester, Cambridgeshire, who took her in after she was found abandoned at a roadside.
 Staff say no one wants to adopt her and believe her markings – in the distinctive shape of a toothbrush moustache and slicked-down, side-parted hair – are putting them off.


Spokesman Tara Dundon said: ‘Kitler is an adorable little girl who will make a wonderful addition to the right family. She is really playful and a typical sweet kitten.’
'We rehome five and a half thousand animals every year but we cannot find a loving owner for Kitler. We think her unusual markings are putting people off.
'She is not a specific breed and we don't know where her black and white patches came from because we have no idea who her parents are.


'We think Kitler was either dumped by someone who didn't want her or couldn't look after her or she could have been a wild cat who was left by her mother.
'Sadly, Kitler is just one of hundreds of stray cats we take in every year. Last year we took in 1,294 cats and kittens, of which 422 were strays.'
Kitler was found alone and close to death at the side of the A421 near Kempston, Bedfordshire.


The severely malnourished kitten would have died but recovered her health after receiving food and treatment at the Wood Green animal shelter.




.

"Saya masih hidup"


Seorang lelaki berusia 50 tahun yang dikatakan sudah meninggal dunia tiba-tiba saja bangkit di dalam sebuah rumah mayat yang sejuk dan menjerit minta tolong di keluarkan sehingga menakutkan dua orang penjaga yang menyangka dia hantu.
“Keluarganya ingat dia sudah meninggal dunia,” kata jurucakap kesihatan Sizwe Kupelo.

“Keluarganya telah memanggil pengurus mayat swasta dan terus membawa lelaki yang dianggap sudah mati, ke rumah mayat, tetapi lelaki itu tiba-tiba bangun jam 5 petang dan menjerit mahu keluar dari tempat sejuk.” Jeritannya menyebabkan dua orang penjaga bangunan yang terletak di Libedo di kawasan pendalaman Cape Timur melarikan diri kerana mereka menyangka lelaki itu hantu.
Selepas mereka meminta bantuan dan pulang ke bangunan itu, mereka dapati lelaki itu masih hidup dan terus memanggil ambulans. Lelaki itu sudah “terdedah di dalam suhu yang sangat sejuk hampir 24 jam,” kata Kupelo.

Katanya, orang ramai sepatutnya tidak membuat kesimpulan seseorang itu sudah mati dan terus hubungi rumah mayat.



.

Artik tiada ais menjelang 2030


Lautan ais di Artik dilaporkan cair pada kelajuan tertinggi pada tahun ini, menunjukkan kenaikan suhu di Kutub Utara semakin meningkat menyebabkan sebahagian besar kawasan Artik diramalkan tiada lagi ais 30 tahun lagi.

Menurut pemantauan satelit Pusat Data Ais dan Salji Kebangsaan Amerika Syarikat (NSIDC), hanya 15 peratus kawasan Artik diselaputi ais baru-baru ini, iaitu seluas 8.5 kilometer persegi, kadar paling rendah berbanding rekod sebelumnya yang dibuat pada 2007.

Selain itu, data terbaru Pusat Sains Pola Universiti Washington menunjukkan ketebalan ais kawasan Artik tahun ini juga adalah yang paling nipis.
Pengarah NSIDC, Mark Serreze, berkata sejak dua minggu lalu laut Artik kehilangan 150,000 kilometer persegi kawasan berais sehari.

“Kadar ais yang menutupi kawasan semakin berkurangan dan pada masa sama semakin menipis. Keadaan cuaca yang sebelum ini mencairkan ais menyebabkannya cair lebih pantas.

“Keadaan boleh berubah tetapi proses itu akan berterusan sehingga tiada lagi ais di Artik menjelang 2030. Kecairan ais akan berterusan,” kata Serreze.
Pemanasan global mencairkan ais Artik sejak 30 tahun lalu pada kadar tiga peratus setiap dekad secara purata. Tetapi dua data baru menunjukkan bahawa Artik yang bebas ais boleh menjadi kenyataan dalam masa 30 tahun, jika ia berterusan.

Ia adalah 40 tahun lebih awal daripada yang dijangkakan dalam penilaian laporan terakhir Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC).

Lautan ais yang berada pada tahap maksimum pada Mac dan paling rendah dalam September setiap tahun disifatkan ‘keadaan yang membimbangkan’ bagi perubahan iklim kerana cuaca kutub semakin panas lebih cepat berbanding tempat lain di Bumi.

Berdasarkan NSIDC, suhu udara bagi Jun 2011 adalah antara 1 dan 4 darjah Celsius lebih tinggi kepanasannya berbanding kebanyakan tempat lain di Artik.

Keputusan itu menyokong kajian dalam jurnal sains baru-baru ini yang mengatakan bahawa aliran air dari Atlantik ke laut Artik adalah lebih panas hari ini berbanding 2,000 tahun dan boleh menjadi satu penerangan kepada kecairan lautan ais besar-besaran sekarang yang dipantau.

Simulasi komputer oleh NASA menunjukkan bahawa kecairan ais Laut Artik tidak akan berterusan secara tetap. Berbanding dengan 1950-an, lebih separuh ais Laut Artik sudah hilang.

Pengasas halaman web pemantauan iklim Weather Underground, Jeff Masters, berkata satu sistem tekanan tinggi berpusat di utara Alaska menyebabkan langit cerah dan sinaran matahari mencairkan ais Artik.

“Gabungan tindakan udara mengikut aliran jam di sekitar kawasan tinggi tinggi dan melawan arah jam di seluruh sistem tekanan rendah berhampiran pantai barat Siberia menyebabkan panas, angin selatan ke Artik yang mendesak ais jauh dari pantai Siberia, menggalakkan pencairan,” katanya.



.

Eat your greens... and pinks and yellows



Children reluctant to eat their veg has been a never ending struggle for parents.
That could be about to change, however, as brighter colours are worked into cauliflowers that hit the shelves at Tesco today.
The supermarket chain has launched 'rainbow' packs that will have sprigs of purple, orange and emerald green cauliflower to appeal to awkward youngsters who see the veg as boring.


 Tesco greens buyer Jeni Gray said: 'These cauliflowers are almost works of art and have a real wow factor that should really create a stir with shoppers and hopefully children at dinnertime. 

'Cauliflower got its poor image from baby boomer generation schoolchildren who generally loathed them as they were always being told to eat their greens for health reasons.
'When food was rationed during and after the Second World War cauliflower became part of the nation's staple meat and two veg diet at school and at home.' 


Grown in Lincolnshire the garish varieties of the boring vegetable are intended to combat a dip in demand, after sales of the veg fell 35% over ten years.
The move is hoped to help improve cauliflower's popularity after it was overtaken by broccoli.
Tesco said statistics from retail analysts Kantar Worldpanel show in the last two years volume sales of cauliflower have fallen by 6.5% across all retailers while demand for broccoli has grown by 2.5%.
The coloured cauliflowers are all naturally produced but have been crossed with other types of the brassica family, which includes green cabbage and broccoli.
They have been grown by one of the UK's largest growers of brassica, TH Clements of Benington, near Boston, Lincolnshire and are exclusive to Tesco.



.

Harapan buat anakku


MELIHAT anak comel yang bertubuh montel ini, pasti sesiapa jua akan bertanya berapa usianya. Raut wajahnya menggambarkan dia masih terlalu kecil, namun fizikalnya berbeza daripada kanak-kanak seusia.
“Saya rasa Eiffa sendiri ada perasaan rendah diri untuk bergaul dengan kawan-kawan sebaya. Bukan saya mahu menyekat pergaulannya ketika kecil. Apa kan daya, masalah kesihatan yang dialami menyebabkan perkembangannya tidak sama seperti kanak-kanak lain,” kata ibunya, Sharifah Aminah Syed Abd. Hamid.

Pada usia 29 tahun, ibu muda kepada tiga cahaya mata itu sudah meredah onak dan duri yang bukan calang. Bayangkan dua daripada anaknya termasuk Eiffa mengalami masalah jantung berlubang. Namun dia tidak pernah berputus harap. Apa yang diingininya agar anak-anaknya itu kembali sihat dan menjalani hidup normal seperti kanak-kanak seusia mereka. Mujur sokongan yang tak pernah putus daripada suami, ayah dan ibu membuatkan Sharifah Aminah terus bertahan.

Bercerita mengenai keadaan permata hati sulungnya itu, dia berkata Eiffa atau nama penuhnya Nur Eiffa Hazeeqa dikesan menghidap penyakit jantung berlubang ketika berusia sebulan. Kesukaran bernafas menyebabkan doktor menyarankan dia mendapatkan pemeriksaan lanjut di hospital pakar bagi mengesan masalah sebenar yang dihadapi anaknya.
Hanya Allah yang tahu perasaannya apabila doktor mengesahkan bayi kecil itu mempunyai dua lubang di bahagian jantung yang mana satu daripadanya melibatkan masalah major.

Ketika berusia empat bulan, Eiffa mengalami komplikasi jantung yang teruk sehingga dimasukkan ke wad kecemasan selama 16 hari. Wajahnya biru dan dia terpaksa bernafas menggunakan alat sokongan. Mujur tiada perkara yang lebih buruk berlaku dan sejak dari itu, Sharifah Aminah sentiasa memantau keadaan anaknya. Dia terpaksa memberi perhatian lebih teliti kerana tidak mahu memburukkan lagi keadaan.
“Kalau kanak-kanak lain aktif dan bebas bermain, Eiffa pula terpaksa berulang-alik ke hospital setiap bulan. Doktor juga menyatakan sebarang tekanan pada Eiffa boleh memburukkan lagi keadaan,” katanya.

Menurutnya lagi, masalah jantung yang dialami oleh Eiffa melibatkan beberapa komplikasi lain yang saling berkait. Antaranya dia juga mengalami masalah pada bahagian paru-paru menyebabkan dia pernah dijangkiti bronkitis yang seterusnya mengundang masalah asma pula. Disebabkan keadaan itu, anak kecil itu turut mengalami masalah gangguan tidur seperti kencing ketika tidur dan berdengkur yang kuat. Pengambilan steroid juga menyebabkan badan Eiffa meningkat mendadak walaupun mereka sentiasa memantau pemakanannya.
“Eiffa sudah menjalani pembedahan memperbaiki jantung ketika berusia sembilan bulan. Doktor yang merawat kata, disebabkan keadaan yang saling berkait, maka prosesnya agak lambat dan rumit. Keadaan ini juga menyebabkan dia mungkin akan mengalami masalah pembelajaran dan lain-lain lagi,” katanya.

Sharifah Aminah sedih memikirkan bagaimana masa depan Eiffa nanti terutama dari segi pembelajaran dan lain-lain. Dia tidak meletakkan harapan yang tinggi, cukup sekadar anak itu mampu berdikari sudah cukup membahagiakan dirinya. Namun katanya, Eiffa anak yang baik dan mendengar kata. Sifatnya sebagai anak sulung terserlah terhadap dua adiknya. Malah, dia sering yang menamakan adik bongsu yang baru lahir, Nur Hana Hazeeqa. Sesekali dia juga meminta untuk memangku si kecil itu.

Bukan setakat Eiffa sahaja yang mempunyai masalah jantung berlubang, anak kedua Sharifah Aminah, Muhammad Eirfan Hazeeq turut mengalami masalah yang sama. Namun ia tidak terlalu serius dan tidak menjejaskan tumbesarannya. Eirfan aktif seperti kanak-kanak lain seusia dengannya dan doktor berkata dia tidak memerlukan pembedahan seperti kakaknya. Berita menggembirakan buat Sharifah Aminah apabila anak bongsu yang baru berusia 30 hari disahkan sihat sepenuhnya.

“Saya yakin ada hikmah tersendiri atas apa yang saya lalui semua ini. Bila saya bersedih, saya lihat ada orang lain yang lebih susah lagi, itu membuatkan saya kembali muhasabah diri,” katanya.
Bangkit

Serba-salah untuk memilih antara anak dan kerjaya, akhirnya Sharifah Aminah tekadnya meninggalkan karier kerana perlu memberi perhatian kepada anak-anaknya. Walaupun memikirkan sekurang-kurangnya dengan berkerja, segala kos perubatan anak ditanggung majikan, namun dia merasakan itu tidak adil kerana sering terpaksa bercuti.

“Akhirnya saya ambil keputusan berhenti. Anak-anak lebih perlukan perhatian saya. Dengan bantuan abang yang memberi modal, saya menjalankan perniagaan About Umi & Baby,” katanya.
Menurut Sharifah Aminah, butiknya itu menyediakan sokongan keibubapaan dan penyusuan susu ibu di samping jualan barang-barang yang berkaitan dengannya. Alhamdulillah, walaupun secara kecil-kecilan kerana terpaksa memberi lebih tumpuan kepada anak-anak, ia menampakkan perkembangan memberangsangkan.

Ketika ini, walaupun masih dalam tempoh berpantang, dia sudah kembali menguruskan perniagaan dibantu ayah dan ibu demi untuk menanggung kos rawatan Eiffa.
Bagi Sharifah Aminah, dia ingin membuang jauh-jauh kesemua kesedihan yang dialaminya. Air matanya sudah kering untuk dititiskan lagi. Apa yang penting semoga Eiffa kembali sihat dan sekurang-kurangnya mampu berdikari bila dewasa nanti. Dia juga berharap, pembedahan kedua anaknya sekitar bulan September ini mampu memberi sinar harapan kepada anak kecil yang masih belum mengerti kehidupan yang sebenar itu.



.

Bas RapidKL rempuh tapak pembinaan

Sebuah bas RapidKL terbabas lalu merempuh pintu pagar sebuah tapak pembinaan berdekatan di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields.

Ketua Trafik Kuala Lumpur, ACP Rusli Mohd. Noor berkata, empat pekerja asing tapak tersebut mengalami kecederaan ringan akibat pelanggaran itu dan mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur.
Sementara itu, Pengurus Media PRASARANA, Azhar Ghazali berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, pemandu bas berkenaan bersama lapan penumpang selamat dan tidak mengalami kecederaan.

"Kejadian dipercayai berlaku apabila pemandu cuba mengelak sebuah kereta di hadapan yang tiba-tiba berhenti mengejut sebelum ia terbabas dan melanggar rumah kongsi itu. Kejadian bagaimanapun tidak serius dan semua penumpang selamat,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.


 

.

Pelajar, guru diserang lebah


Sekumpulan 20 pelajar dan dua guru dari Sekolah Antarabangsa Lodge yang berkhemah di Kem Permai, Santubong dekat sini, cedera apabila diserang dan disengat ratusan ekor lebah.

Dalam kejadian pukul 10.30 pagi itu, kumpulan terbabit diserang ketika sedang menyediakan hidangan makan tengah hari menyebabkan mereka bertempiaran menyelamatkan diri.
Hampir semua daripada mereka disengat dan dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, dua pelajar mengalami kecederaan serius apabila disengat di seluruh badan. Salah seorang daripadanya pula menunjukkan tindak balas alergi namun dilaporkan tidak kritikal.
Menurut jurucakap Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), pihaknya menggunakan semburan asap dan mengambil masa beberapa minit untuk menghalau kawanan lebah berkenaan.

"Lebah tersebut dipercayai terganggu dengan asap dan aroma daripada aktiviti membakar ayam 'pansuh' (ayam dalam buluh) kumpulan pelajar berkenaan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Sementara itu, dua guru pengiring kumpulan berkenaan enggan mengulas kejadian tersebut malah meminta semua pelajarnya supaya tidak memberi sebarang kenyataan kepada pihak media.




.

Derita itu akhirnya berakhir..


Tidak sampai 24 jam setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, akhirnya menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira pukul 5 pagi ini.
Lelaki yang gagal dalam permohonannya untuk menukar kepada nama Aleesha Farhana Abdul Aziz itu dipercayai meninggal dunia akibat serangan jantung yang tidak stabil atau 'unstable angina with cardiogenic shock'.

Jenazahnya kemudian diuruskan di hospital berkenaan atas nama Mohd. Ashraf Hafiz seperti yang diputuskan oleh mahkamah.
Pada masa sama, mahkamah juga menetapkan supaya jenazah Mohd. Ashraf dikebumikan sebagai lelaki walaupun mempunyai fizikal seorang wanita.

Jenazah kemudian disembahyang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seberang Takir di sini kira-kira pukul 5 petang dengan disaksikan oleh ahli keluarga, sahabat handai dan beberapa jiran terdekat.
Mohd. Ashraf Hafiz sebelum ini menjadi perhatian media setelah mengemukakan permohonan untuk menukar kepada nama wanita di dalam MyKad di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.

Bagaimanapun, permohonan itu ditolak hakim dengan alasan lelaki itu tidak mempunyai kromosom, alat kelamin serta organ dalaman wanita sebaliknya hanya mempunyai fizikal dan psikologi seorang wanita sahaja.
Sementara itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedih kerana tidak sempat memberi bimbingan kepada Mohd. Ashraf Abdul Aziz yang ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana apabila pemuda itu meninggal dunia awal pagi ini.
Shahrizat berkata, kementerian sentiasa 'membuka pintu' kepada Mohd. Ashraf untuk membantunya sebelum ini namun hasrat itu tidak kesampaian.


"Kita tidak pernah memaksanya untuk datang kepada kita. Dia pun tahu kita mahu berbuat demikian tetapi takdir lebih menentukan," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Wanita UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di Kuala Lumpur, hari ini.




.

Chelsea down Villa to win Asia Cup



Chelsea strolled into the final after brushing aside Hong Kong champions Kitchee 4-0 in their opening game, while Darren Bent’s second half goal against Blackburn Rovers earned Villa their spot.

And the 18-year-old McEachran poked home after a superb double save from Shay Given before second half substitute Fernando Torres scored with his first touch as Chelsea cruised to victory.

There was no separating the two sides in the Premier League last season – with a 0-0 deadlock at Villa Park in October followed by a 3-3 thriller at Stamford Bridge in January – but Chelsea soon charged into the lead in Hong Kong.

Shay Given, who signed from Manchester City in July, made a superb double save to deny Nicolas Anelka and Florent Malouda but McEachran was on hand to poke home the loose ball.

And Chelsea continued to dominate after their razor-sharp start, forcing Villa to chase shadows in the humid Far East conditions.

Andre Villas-Boas’ side had the ball in the back of the net twice more before half-time but both Anelka and John Obi Mikel were correctly adjudged to have strayed offside.

Gabriel Agbonlahor cut an isolated figure as Villa’s lone front man and Alex McLeish’s side were reduced to pot shots.

With Chelsea brimming with confidence, a series of quick one-touch passes gave Anelka sight of goal but the former Arsenal man shot at Given from the edge of the box.

McLeish brought on Emile Heskey at half-time in a bid to add a physical presence to the Villa attack and it nearly paid off when Chelsea could only half-clear a corner, leaving Stiliyan Petrov to drag his volley wide.

But Chelsea continued to control the tempo, with John Terry's header cleared off the line by Fabian Delph before Given produced another first-class save to keep out Frank Lampard’s close-range header.

Villas-Boas made a triple substitution after 58 minutes, bringing on Torres, Didier Drogba and Patrick van Aanholt, and Torres was on the scoresheet just two minutes later, adding a glancing touch to Malouda’s shot to take it past Given.

Torres almost grabbed his second 10 minutes later but the Spaniard’s low drive was kept out by the superb Given, while, at the other end, substitute Darren Bent fired over after latching on to Heskey’s flick-on.

But that was as close as Villa came as Chelsea, who start their Premier League campaign at Stoke City on August 14, went on to lift the trophy without conceding a goal.




P/S - Piala pertama musim ni ;)



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!