Tuesday, September 13, 2011

Sos ada DNA babi..


Sebanyak 15 premis makanan termasuk restoran makanan segera popular dan berstatus halal di negeri ini serta beberapa negeri lain dikesan menggunakan sos serta beberapa bahan yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi.

Perkara tersebut terbongkar selepas pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melakukan pemeriksaan mengejut di premis berkenaan pada bulan lalu.
Hasil pemeriksaan tersebut mendapati, premis terbabit masih menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce yang disahkan mengandungi DNA babi oleh Jakim.

Seorang jurucakap JHEAINS berkata, susulan itu semua premis makanan tersebut termasuk semua peralatan yang digunakan premis berkenaan terpaksa menjalani proses samak.
Katanya, premis berkenaan yang termasuk beberapa buah restoran, kedai kek dan restoran makanan segera telah disamak sebagai syarat untuk mereka memperoleh sijil halal.

“Kita melakukan pemeriksaan di premis-premis berkenaan selepas pihak Jakim mengesahkan bahawa dua sos berkenaan dan satu serbuk penaik jenama Puratos mengandungi DNA babi,” katanya di sini semalam.
Menurut jurucakap itu, ketika pemeriksaan, pemilik premis berkenaan mendakwa mereka tidak tahu bahawa produk yang digunakan oleh mereka mengandungi DNA babi.



.

Lulu Caldina dah ada Pesbuk.. :)


Hai korang..
Selamat berhujung minggu..
Ngee, lulu dah ada pesbuk tau... baru jer sign in 2 hari lepas..
ekeke, my kakak, kak risa, eksaited bukan main..
dah lama tunggu lulu ada pesbuk yer kak..


Sebelum ada pesbuk, ramai tanya.. 
lulu takde pesbuk? nape takde..
hah ambik, sekarang dah ada, silalah beramai-ramai add jadi kawan..
Harap maklum, sekarang betul2 tak tau lagi apa tu pesbuk..
apa tu like, apa tu ini apa itu.
siyes tak tau apa-apa samalah macam mula-mula buka blog dulu..
Bila masa tu bergerak, owh dapatlah belajar kan sedikit demi sedikit..


Banyak juga masalah..
sebab semua tak tau, nak belajar pun tak tau nak tanya siapa,
tapi 'perjalanan' yang sukar itu, sudah lulu tempuhi..
Buktinya, pesbuk dah berjaya dibuka.. yeah..
tepuk dahi.. eh tangan...


Hari ni lulu sangatlah terkejut..



Encik Ben nak jadi kawan lulu dalam pesbuk.. ekeke, terbangga disitu..
Korang ada??? ekeke


Setakat ni sikit jer lah kawan kat pesbuk ni..
Dah korang tak nak kawan, itu yang sikit tu..lalala..
Jom jadi kawan...
Untuk direct ke pesbuk lulu, ada icon FB kat sebelah kiri bwh blog Lulu-Pages ni..
Klik jer dan anda akan terbuai, eh terbawa terus ke situ..











*



















Dah klik dah?




ok TQ :)




P/S - Iklan apa ni??




.

Gulai Ikan Merah


Yeah menjadi juga... Thanks to papa yang tak jemu-jemu nak ajar, walaupun hanya menggunakan lisan..
Walaubagaimanapun, bila papa ambik gambar bahan-bahan buat gulai ni, menjadikan lulu bersemangat untuk mencuba... Tengok melalui gambar memang menjadi, kan?? yeah...

Jom kita kongsikan resepi istimewa yang ringkas dan sedap ni.. Bertambah-tambah nasi masa makan :)

  • Ikan merah (boleh jer ikan apa pun.. tapi untuk 1st try lulu, lulu gunakan ikan merah..)
  • Lada kering.. tak perlu banyak, cukuplah sekadar 4 biji lada kering, dibersihkan..*
  • 3 ulas bawang merah *
  • Sedikit halia*
  • Sedikitr kunyit hidup*
  • Serai..*
  • Air asam jawa (banyak)
  • Perasa
  • Daun kesum
  • kacang bendi

Mula-mula, blender bahan yang bertanda *.. Masukkan sedikit air, dan blender jangan sampai ada yang berketul. Panaskan minyak kat kuali, minyak pun jangan kedekut yer.. Tumis bahan yang diblender sehingga pecah minyak.. Meletup-letup, dan baunya memang wangi..

Masukkan ikan.. Tambahkan air asam jawa.. Nak banyak kuah, biarlah ikan tu tenggelam...
Bila nak kacau ikan tu, hah papa bagi petua, jangan guna senduk, memadai goyangkan jer kuali, untuk menggelakkan ikan daripada hancur...

Masukkan kacang bendi dan daun kesum.. Juga perasa.. Letaklah sedikit gula, jangan banyak, nanti manis lak.. Hah, dah ready :)

Percubaan pertama, rasanya memang boleh tahan, cuma tak sesedap masakan papa lulu lagi....
Next time lulu cuba lagi yer pa... :)
Jemput makan semua...............




P/S Perkongsian yang menarik [klik sini]



.

Peritnya menjadi hamba..


Polis Britain menyerbu sebuah tapak karavan dan menyelamatkan 24 lelaki yang ditahan dan dipaksa hidup dalam keadaan yang kotor seperti hamba, semalam.
Kira-kira 200 anggota polis menyerbu tapak karavan Grenn Acres di Leighton Byuzzard dan menahan empat lelaki dan seorang wanita kerana disyaki melakukan jenayah perhambaan.

Menurut polis, lelaki yang dibebaskan kebanyakannya rakyat Britain dan beberapa lelaki dari Timur Eropah. Pegawai detektif berkata, kesemua mangsa adalah orang tidak berumah atau kaki botol.
Pasukan polis Bedfordshire telah melakukan siasatan berterusan mengenai kes yang mengatakan mangsa telah ditahan tanpa rela dalam keadaan yang teruk dan dipaksa bekerja tanpa diberi gaji.

Kata Detektif Ketua Inspektor Sean O’Niel dari Unit Jenayah Utama Bedfordshire dan Hertfordhire, “Kesihatan mereka tidak memuaskan dan tempat tinggal mereka tinggal juga sangat kotor dan sempit.”

Katanya, “Kami percaya, sebahagian mereka telah tinggal dan bekerja seperti hamba abdi selama beberapa minggu, tapi ada yang sudah 15 tahun.”

Katanya lagi, “Mereka direkrut dan disuruh datang ke sini dengan janji diberi 80 pound (RM385) sehari. Makan dan minum ditanggung.

“Tapi apabila mereka tiba di sini, rambut mereka dipotong dan mereka tinggal di dalam kandang kuda, anjing dan karavan buruk.”



.

Kereta itu ada dimana??


Bukan selalu kita bangun pagi dan lihat sebuah kereta tersepit di pintu masuk rumah.
Tapi, itulah yang berlaku kepada seorang pemilik rumah apabila sebuah kereta Vauxhall Astra merempuh rumahnya di Oliffe Way, Aylesbury, Buckinghamshire, akibat terlalu laju.

Pemandu kereta itu dikatakan telah memandu antara 80-100 batu sejam dan hilang kawalan ketika melalui sebuah bulatan dan merempuh hadapan rumah milik Miriam dan Ormund Robin.

Rempuhan kuat itu menyebabkan bilik air di bahagian bawah rumah itu pecah. Dinding rumah yang pecah bertaburan di laman hadapan.


“Tiba-tiba saja saya mendengar satu bunyi yang kuat,” kata Miriam.
“Apabila saya keluar untuk menyiasat, saya amat terperanjat melihat kereta itu.

“Tubuh saya menggeletar dan waktu itu saya takut kalau rumah ini akan terbakar.

“Kalaulah waktu itu saya ada di bilik air bawah, tentu saya akan mati,” katanya.

Jurucakap polis Thames Valley berkata, dua orang di dalam kereta itu telah ditahan.



.

"Saya redha..."


Anak kepada penyanyi, pelakon dan penggiat teater, Safura Yaacob, Nur Aisyah Mariam, tiga tahun meninggal dunia semalam selepas Maghrib kerana demam berpanjangan sejak tiga hari lalu.
Anak ketiga kepada penyanyi yang popular menerusi lagu Sedalam Mana Cintamu itu adalah anak sulung hasil perkahwinannya dengan Sharonizam Noor juga seorang pelakon.
Safura ketika dihubungi berada di Hospital Ampang Puteri sedang menunggu jenazah anaknya dimandikan sempat menyatakan rasa hibanya kerana kehilangan anak secara tiba-tiba.

“Saya tidak tahu dan tidak mampu berfikir ketika itu kerana semuanya mengejut. Apapun saya menyifatkan kehilangan Mariam adalah ketentuan dan suratan buat saya sekeluarga. Saya terima walaupun hakikatnya begitu pedih untuk ditelan.

“Saya memang tidak tahu punca kematiannya kerana apa yang saya tahu, anak saya demam dan badannya panas sejak tiga hari lalu. Lantas Mariam saya hantarkan ke Hospital Ampang Puteri, namun ketika itu doktor hanya mengklasifikasikan demam biasa. Peliknya selepas pulang dan mengambil beberapa ubat yang diberi, suhu badannya tidak menurun.

“Justeru petang tadi selepas beberapa hari suhu badannya masih sama malah lebih teruk, saya bawa sekali lagi Mariam ke hospital yang sama petang semalam. Namun selepas beberapa jam dirawat, doktor mengesahkan Mariam sudah meninggal dunia dan tidak dapat diselamatkan.

“Jadi saya memang tidak tahu untuk menjelaskan bagaimana,” katanya yang tidak mampu memberi kenyataan lanjut kerana tidak mampu menahan perasaan sebak.

Safura ketika dihubungi berada di hospital bagi menunggu jenazah anaknya dimandikan sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Ampang. Jenazah Mariam akan dikebumikan hari ini sebelum Zuhur.

Hasil perkahwinan Safura sebelum ini, dia dikurniakan dua anak, Nurul Natasha 17 dan Muhammad Daniel Khaqim 11. Bersama suami sekarang, Sharonizam Noor, pelakon itu dikurniakan dua anak Nur Aisyah Mariam dan Yusoff Firdaus yang masih berusia setahun.

Malah Safura yang pernah tampil bersahaja menerusi teater Ronggeng Rokiah dan Terima Kasih Cinta kini sedang sarat mengandung lima bulan.



.
 

Lulu pages Copyright © 2011 Designed by Alieff. Wanna get one? CLICK HERE!