Manchester City menggantung Carlos Tevez, hari ini, bagi membolehkan siasatan dilakukan susulan keengganannya untuk keluar bagi digantikan dalam perlawanan Liga Juara-Juara Eropah ketika menentang Bayern Munich, baru-baru ini.
Bagaimanapun, beliau menafikan enggan keluar seperti yang diarahkan pengurusnya, Roberto Mancini, yang mana selepas perlawanan yang menyaksikan pasukan Liga Perdana Inggeris itu tewas 2-0, berkata karier Tevez sudah tamat di kelab itu.
P/S - Apa dah jadi dengan Tevez? Pemain bola sepak yang berbakat ini, nampaknya sedang memperjudikan masa depannya yang cerah dalam dunia bola sepak.. Tidak ada mana-mana kelab yang menginginkan pemain yang mempunyai moral tidak baik..
.